Senarai Cawangan Pos Laju Negeri Melaka (Alamat & No Tel)

Cawangan Poslaju Negeri Melaka

Berikut adalah senarai lengkap cawangan Pos Laju yang terdapat di negeri Melaka berserta alamat lokasi terdekat, nombor telefon, waktu operasi kaunter an pejabat bagi memudahkan urusan anda.

Poslaju adalah salah satu perkhidmatan penghantaran terbaik di negara ini dengan kendalian Pos Malaysia yang menghubungkan hampir seluruh kawasan dan daerah di setiap negeri.

Konsep Next Day Delivery atau hantar pada hari ini, esok akan terima barang kiriman dengan harga Pos Laju yang sangat murah menjadi perhatian ramai pelanggannya tersendiri.

Pos Malaysia juga mempunyai banyak cawangan serta ejen yang dilantik untuk memudahkan semua rakyat Malaysia yang ingin menghantar atau menerima barangan walaupun tinggal di luar bandar.

Servis yang ditawarkan menjanjikan penghantaran surat atau barangan akan dapat diterima oleh penerima dengan kadar segera dan antara perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut:

  • Next Day Delivery
  • Same Day Delivery
  • Time Certain Service (Waktu Tertentu)
  • Borneo Economy Express
  • Putrajaya Express
  • Pos Laju Prepaid Boc & Envelope
  • Pos Parcel
  • Pos Ekspres dan Pos Ekspres Xpresdrop
  • Pos Laju Antarabangsa International Delivery

Senarai Cawangan Pos Laju di Negeri Melaka


Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Pos Laju serta sedang mencari cawangan-cawangan yang terdekat dengan anda atau ingin menghubungi pihak Poslaju, kami sediakan senarai berikut:

Waktu operasi pos laju

Pos Laju Melaka

Jalan Tun Fatimah, Pasir Putih,
75350, Bachang, Melaka

Nombor Telefon
06-336 3560
06-336 3561

Waktu Operasi / Posting Hour / Window Collection Hour

Hari Waktu Kaunter Rehat Waktu Kaunter
Isnin - Khamis 8.00 AM - 7.00 PM - -
Jumaat 8.30 AM - 1.00 PM 1.00 PM - 2.30 PM 2.30 PM - 7.00 PM
Sabtu 8.00 AM - 6.00 PM - -
Sabtu Pertama 9.00 AM - 3.00 PM - -

Pos Laju Melaka Service Centre

C/O Pejabat Pos Melaka,
Jalan Bukit Baru,
75670, Melaka.

Nombor Telefon
06-2833840

Waktu Operasi / Posting Hour / Window Collection Hour

Hari Waktu Kaunter
Isnin - Jumaat 8.30 AM - 5.30 PM
Sabtu 8.30 AM - 1.00 PM
Ahad & Sabtu Pertama TUTUP / CLOSED

Pos Laju Alor Gajah

RM57, RM58 & RM59,
Jalan Rembia Hub 3,
Taman IKS Rembia Hub,
78000, Alor Gajah, Melaka.

Waktu Operasi / Posting Hour / Window Collection Hour

Hari Waktu Kaunter
Isnin - Jumaat 8.30 AM - 6.00 PM
Sabtu 8.00 AM - 5.30 PM
Ahad & Sabtu Pertama TUTUP / CLOSED

Track and Trace Online

Pos Malaysia telah menyediakan perkhidmatan untuk menjejak (tracking) ataupun untuk kesan shipment bagi setiap kiriman penghantaran yang menggunakan Pos Laju seperti pautan yang dikongsikan berikut.

Cara untuk semak tracking poslaju untuk mengetahui status kiriman barang, anda perlu memasukkan tracking number di dalam ruangan pautan tersebut:


Semoga perkongsian senarai cawangan Pos Laju negeri Melaka Bandaraya Bersejarah dan alamat lokasi, nombor telefon serta waktu operasi ini dapat membantu anda untuk pergi ke sana. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog