Resepi kek pisang coklat chip yang gebu dan lembut ini guna sukatan cawan sangat sedap dan anda boleh buat sendiri di rumah dengan cara untuk menyediakannya amat simple dikongsikan di sini.
Yang paling menarik dan istimewa namanya dipanggil sebagai kek pisang coklat kluster kayangan yang dicampurkan dengan susu fresh full cream dan cuka tanpa telur tapi rasa macam premium gitu.
Jika anda penggemar kek ini, sila ikut step by step dari mula sehingga akhir bagaimana untuk membuatnya walaupun guna blender tanpa mixer serta dapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini.
Resepi Kek Pisang Coklat Chip
Perkongsian kek pisang coklat viral ini daripada Puan Nurha Muhammad yang mengatakan bahawa resepi berikut adalah original daripada seseorang menerusi laman sosial Facebook.
Bahan Utama
- 4 biji pisang size besar
- 1/2 cawan susu segar (Dutch Lady)
- 1/2 sudu makan cuka
- 120 gram Soft Brown Sugar
- 115 gram mentega (Pure Butter Lurpark)
- 160 gram tepung naik sendiri
- 1/2 sudu kecil soda bikarbornat
- 25 gram serbuk koko (Van Houten)
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan Untuk Hiasan
Untuk topping terpulang kepada selera anda seperti walnut dan badam yang dibakar. Saya guna walnut dan hazelnut yang disangai atas pan sebentar dan Chocolate Chip yang brand Dark Coin Callebaut 811.
Cara-Cara Membuatnya
1. Lenyekkan kesemua pisang di dalam bekas, lalu campurkan susu berserta dengan cuka dengan tujuan untuk jadikan ia buttermilk. Biarkan sementara dalam masa 10 minit.
2. Kemudian, cairkan mentega dan cara saya, cairkan di dalam microwave seketika kemudian sejukkan atau sehingga ia jadi suam.
3. Campurkan susu dengan gula, kacaukan seterusnya masukkan pula mentega iaitu Pure Butter.
4. Ayakkan tepung bersama soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam bekas adunan. Seterusnya masukkan garam diikuti dengan buah pisang.
5. Masuk pula dua genggam coklat chip dan juga segenggam walnut sekiranya anda inginkan ada kekacang seperti ini.
6. Kemudian taburkan di atas kek itu tadi dengan lebihan coklat serta kekacang mengikut citarasa anda sendiri.
7. Kek pisang coklat dibakar dengan suhu 150 C dalam jangka masa selama 45 minit atau sehingga ia masak sepenuhnya. Anda perlu memantau ketika ia dalam proses memasak.
Untuk pengetahuan, saya guna loyang bersaiz 7 inci dan bakar pada suhu 150 Darjah Celcius selama 1 jam 15 minit sebab 45 minit ia masih tidak masak.
Walau bagaimanapun, perkara ini berpandukan kepada jenis oven masing-masing dan jika nak tahu ia sudah masak, boleh cucukkan kek dengan lidi sate untuk tahu tahap ia masak.
Sedap sangat kek ni, ala-ala kayangan gitu katanya. Memanglah sebab semua bahannya pun premium kan dan kebetulan pisang yang ada di rumah telah masak ranum, saya pula baker maka jadilah kek pisang.
Apabila siap dan sejuk saya masukkan simpan dalam peti sejuk, esoknya bila nak makan, potong dan panaskan dalam microwave, sedap makan panas-panas dengan coklat melting dan rasa kekacang rangup.
Kesimpulan
Ramai pakar yang buat biskut dan kek mengolahkan resepi kek pisang ini mengikut kreativiti mereka dengan campurkan bahan lain seperti Chocolate Rice, Cadbury, Nestle dan banyak lagi.
Anda sendiri boleh reka dengan menggunakan idea yang ada, manalah tahu jadi sedap sampai boleh buat jual dan akan jadi bisnes besar sehingg ke luar negara, siapa tahu kan?
Semoga perkongsian Puan Nurha resepi kek pisang coklat chip yang moist rasa premium sedap dan ringkas ini dapat membantu anda di rumah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog