Dikongsikan maklumat lengkap alamat lokasi cawangan Klinik Siti Shah Alam, Seksyen 18, Selangor berserta dengan nombor telefon, Facebook dan Whatsapp Messenger untuk memudahkan anda menghubunginya.
Klinik Siti adalah sebuah pusat kesihatan yang diuruskan oleh Siti Healthcare Sdn. Bhd. memberikan perkhidmatan dalam bidang kesihatan secara keseluruhan dan ianya adalah 100% dimiliki oleh bumiputera Malaysia.
Kelebihan klinik kesihatan ini adalah dengan persediaan peralatan yang lengkap dan moden serta memenuhi setiap kehendak dan permintaan tinggi yang mana perkara ini dititikberatkan untuk keselesaan pelanggan.
Di semua cawangan klinik ini, rawatan atau konsaltasi adalah bersama dengan doktor wanita yang mana perkhidmatan disediakan amat profesional mengikut garis panduan perubatan yang terkini dan diiktiraf.
Turut disediakan adalah penjagaan untuk warga tua lelaki dan wanita termasuk orang dewasa serta kanak-kanak dengan mengambil berat tentang pengambilan dan keperluan perubatan yang konsisten.
Lokasi Cawangan Klinik Siti Seksyen 18 Shah Alam
Klinik Siti Shah Alam Seksyen 18
No. 8-G, Jalan Pinang D 18/D,
Seksyen 18, 40000 Shah Alam,
Selangor.
Nombor Telefon & Whatsapp
+60192756020
Facebook Messenger
http://m.me/104444434517680
Google Maps
https://g.page/KlinikSitiSeksyen-18
Waze
https://bit.ly/3kgdoPy
Berikut adalah antara perkhidmatan terkini yang boleh didapati di seluruh cawangan Klinik Siti yang terdekat dengan kawasan tempat tinggal anda:
- Pakar Kanak-Kanak
- Perkhidmatan Pakar Pediatrik
- Sunat Bayi Perempuan
- Ultrasound Scan 2D
- Khatan Lelaki
- Rawatan Asma
- Pap Smear
- Pemeriksaan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD)
- Perunding Pakar Pemakanan
- Klinik Kesuburan
- Pemeriksaan Darah
- Rawatan Pesakit Luar
- Buku Pink (Buku Mengandung)
- Perunding Pakar Penyusuan
- Vaksin Bayi
- Vaksin Umrah & Haji
- Pencegah Kehamilan
- Swab Test
- Vaksin Covid 19
- Medical Check Up
- Dan banyak lagi
Semoga perkongsian alamat lokasi bagi cawangan Klinik Siti Seksyen 18, Shah Alam ini dapat membantu serta memudahkan segala urusan anda untuk pergi ke sana. - Bukit Besi Blog