Bubur lambuk Terengganu sememangnya amat popular serta menjadi kegemaran ramai, selain sedap dimakan ia juga baik untuk kesihatan. Anda boleh buat sendiri dengan cara yang dikongsikan iaitu resepi rahsia asli.
Keunikan bubur lambuk adalah kerana ia berempah dan berlemak dan mempunyai berbagai versi samada pedas dan memasukkan santan kelapa, walau bagaimanapun ia tetap mempunyai peminat tersendiri seluruh Malaysia.
Dikatakan bubur lambuk Terengganu paling sedap dan ini tidak bermakna dari Kelantan atau utara tidak sama sebaliknya ia mempunyai kelebihan masing-masing serta mengikut selera dan citarasa seseorang.
Setiap negeri di Malaysia seperti Selangor, Johor, Sarawak, Kedah atau pantai timur resepinya pasti berbeza dengan cara buat sama saja tetapi bahan-bahannya tentunya ada kelainan namun pucuk midin itu wajib katanya.
Masakan yang biasanya banyak ditemui ketika bulan puasa boleh dimasak secara beramai-ramai seperti gotong royong di Kg Baru, KL ini boleh juga dibuat di rumah, boleh cuba dulu dalam kuantiti sedikit saja.
Resepi Bubur Lambuk Terengganu Simple Sedap
Jika anda ingin cuba masak bubur lambuk asli dari Terengganu, anda boleh buat dengan mengikut langkah demi langkah seperti yang dikongsikan oleh Puan Farah Diyana berikut.
Bahan-Bahan
- Beras
- Santan
- Ikan selayang rebus atau panggang
- Bawang merah
- Lada hitam
- Budu
- Ikan bilis
- Garam dan perasa
- Kerisik
- Ubi keledek
- Halia
Daun Ulam-ulaman
- Daun kayu
- Pucuk midin
- Daun kadok
- Cekur manis
- Daun ulat bulu
- Daun kesum
- Pucuk ubi kayu
- Serai kayu
- Daun kunyit
- Daun kemangi
- Bayam hijau
- Pucuk labu kuning
- Kangkung
- Pucuk paku hijau
- Pucuk cili padi
- Pucuk asam keping
Cara Membuatnya
1. Rebuskan beras sehingga ia menjadi hancur atau empuk. Apabila ia jelas menjadi bubur masukkan santan atau air terpulang kepada anda yang ingin kuah pekat dengan rasa lemak atau sebaliknya.
2. Kemudian masukkan ubi keledek atau sebarang ubi mengikut kemahuan sendiri.
3. Masukkan lada hitam dan bawang yang telah siap ditumbuk atau dikisar halus.
4. Letakkan isi ikan yang telah siap ditumbuk berserta dengan tulang yang diblend menjadi halus.
5. Kemudian kacau sehingga sebati sepenuhnya dan masukkan kerisik atau nyior gula berserta dengan budu, ikan bilis yang ditumbuk, garam serta ajinomoto.
6. Kemudian masukkan semua daun ulam-ulaman yang menjadi pilihan dan yang pastinya pucuk midin jangan ditinggalkan. Pucuk daun semua tidak wajib, jika tak ada tak perlu masukkan sekadar buat dengan apa yang ada.
7. Sekiranya bubur lambuk nampak terlalu pekat, anda boleh masukkan air. Tahap kepekatan terpulang kepada citarasa sendiri.
Tutorial Cara Masak
Berikut adalah video daripada Channel Aida's Kitchen yang berkongsi bagaimana beliau memasak bubur lambuk original Terengganu dengan menunjukkan step by step dari mula sehingga akhir.
Baca : Resepi Bubur Nasi Ayam Untuk Orang Demam
Kesimpulan dan Rujukan
Untuk pengetahuan, anda tak perlu carikan semua bahan seperti daun untuk melengkapkan bubur lambuk Terengganu ini, cukup sekadar ada dalam 5 atau 6 jenis, walau bagaimanapun, jika ada lebih sedap. Kan?
Macamana? Mudah kan nak buat? Sebenarnya, bubur lambuk tak susah pun, yang paling penting ada keinginan dan kerajinan semestinya ia akan menjadi seperti mana yang kita kehendaki.
Tentang kuantiti beras pula, perlu dipastikan berapa orang nak makan, jangan terlalu banyak nanti menjadi pembaziran. Anda juga boleh olahkan masakan ini mengikut kreativiti sendiri, kata Farah Diyana.
Zaman sekarang, bubur lambuk semakin diminati malahan ada yang menambahkan bahan-bahan lain seperti baby jagung, kentang dan banyak lagi yang membuatkan rasanya sangat sedap.
Semoga perkongsian resepi bubur lambuk Terengganu simple dan sedap ini dapat memudahkan kerja anda untuk sediakannya di rumah serta dimakan bersama keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog