Cara Semak Bil TNB Online Payment (Portal & MyTNB)

Cara semak bil elektrik TNB

Panduan untuk buat semakan bil elektrik TNB secara online samada melalui portal rasmi Tenaga Nasional Berhad atau menerusi aplikasi MyTNB serta SMS yang disediakan khas untuk semua pelanggannya.

Cara semak bil pembayaran TNB sangat mudah dengan install aplikasi tersebut serta dengan melayari website yang boleh anda guna pada bila-bila masa walau di mana sahaja anda berada, semuanya di hujung jari.

Online payment sememangnya amat digalakkan serta menjimatkan masa kerana anda tidak lagi perlu pergi ke setiap cawangan kedai TNB untuk membayar bil elektrik yang dicaj pada setiap bulan.

Lebih-lebih pada waktu sekarang, musim PKP kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan tiada sebarang penghantaran bil bercetak yang dikeluarkan oleh pihak TNB serta bil boleh dibayar secara atas talian.

Cara Semak Bil TNB Via Portal dan Aplikasi MyTNB


Check My TNB Portal

Untuk makluman, anda boleh mendapatkan salinan bil TNB terkini menerusi portal www.mytnb.com.my atau aplikasi MyTNB yang boleh anda download di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan jumlah baki pembayaran dalam akaun TNB anda melalui aplikasi MyTNB dengan step by step bermula dari pendaftaran sehingga ke bahagian pembayaran.

1. Muat Turun Aplikasi MyTNB

Sila download aplikasi tersebut di telefon pintar anda mengikut versi dan jenis telefon masing-masing samada Android atau iPhone (iOS) serta jenama Huawei.


2. Register Account

Selepas download dan buka aplikasi MyTNB, sila daftar mengikut apa yang dikehendaki dalam app tersebut untuk aktifkan akaun dan berikut adalah langkah seterusnya:

  • Isi maklumat yang diminta
  • Nama sebenar dalam akaun TNB
  • Premis atau rumah yang diduduki
  • Anda bersetuju dengan Terma & Syarat

Untuk lebih mudah, anda boleh melihat tutorial yang disediakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad bagaimana untuk register account via apps, verify acc via sms, online payment bills dan sebagai melalui video berikut:


3. Add Account

A. Setelah pendaftaran dibuat, anda perlu masukkan nombor akaun TNB di bahagian Add Account.

B. Masukkan 12 digit nombor akaun TNB kemudian sila sahkan semua maklumat berkenaan adalah tepat dan benar.

C. Anda juga boleh imbas atau scan code bar yang terdapat di dalam bil elektrik anda. Sila semak.

D. Sekiranya akaun anda adalah dengan nama sendiri, sila pilih Ya dan jika sebaliknya, pilih Tidak.

E. Untuk menambahkan akaun TNB yang lain seperti rumah sendiri, rumah sewa, yang kedua, premis perniagaan atau sebagainya, sila klik tambah akaun yang dipaparkan.


4. Bil dan Maklumat Akaun

Apabila anda telah berjaya memasukkan akaun bil elektrik serta semua maklumat yang dikehendakki, seterusnya semua butiran berkaitan dengan jumlah bil dan sebagainya dapat dilihat di paparan skrin tersebut seperti:

  • Lihat Bil
  • Bayar Bil (Online Payment)
  • Pay Your Bill & Bill Payment
  • Hantar Maklum Balas

Untuk buat bayaran bil TNB sangatlah mudah semudah ABC dengan hanya menggunakan berbagai kaedah seperti guna kad kredit, kad debit atau secara perbankan internet atas talian iaitu Financial Process Exchange (FPX).



Melalui SMS


Untuk semakan bil dan pendaftaran juga boleh dibuat menerusi sistem pesanan ringkas iaitu SMS dengan menaip semua maklumat butiran diri dan nombor akaun bil elektrik anda seperti berikut dan hantarkan kepada 15454.

1. Taipkan REG atau DFTR seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
2. Hantar ke nombor TNB Careline berikut 15454
3. Masukkan semua details yang diperlukan iaitu:

  • Nama
  • Negeri
  • Kad Pengenalan
  • Nombor Akaun Bil

TNB online payment

JomPAY Online Payment


Selain itu, kaedah lain untuk bayar bil elektrik adalah dengan JomPAY dalam sistem perbankan internet online banking melalui akaun bank pilihan anda sendiri dan pastikan biller code TNB adalah tepat seperti berikut:

  • Biller code : 5454
  • Ref-1 : Your TNB Account Number

Semakan Melalui Website Rasmi


Untuk menyemak segala maklumat berkaitan dengan bil elektrik melalui portal MyTNB juga sangat mudah serta boleh terus buat online payment serta status bayaran dan sejarah pembayaran terdahulu.

1. Pertama sekali layari website TNB : https://myaccount.mytnb.com.my/.

2. Sila buat pendaftaran sekiranya belum daftar atau terus login jika telah mempunyai akaun.

3. Anda boleh juga terus buat semakan bil tanpa mendaftar iaitu klik pada Express Payment.

4. Seterusnya masukkan 12 digit nombor akaun yang tertera dalam bil elektrik anda.

5. Kemudian, sahkan identiti iaitu klik I'm Not A Robot.

6. Jumlah bayaran bil akan tertera selepas no akaun dimasukkan.

7. Anda boleh terus buat pembayaran online dengan klik pada butang PAY.

Anda sangat digalakkan terus buat pendaftaran akaun TNB memandangkan bil elektrik dikeluarkan secara bulanan dan anda boleh terus memantau setiap harga ringgit dan sen dalam akaun tersebut.

Sila register akaun dengan memasukkan segala maklumat diri melalui pautan Register Now dan Create Account serta ikuti dan masukkan segala butiran yang diminta ketika berada dalam borang pendaftaran akaun TNB.

Online Booking Temujanji TNB

Jika anda perlu pergi ke cawangan Kedai Tenaga yang berdekatan disebabkan urusan yang tertentu, anda perlu membuat permohonan tempahan temujanji online terlebih dahulu sebelum pergi ke premis tersebut.

Isi borang yang disediakan menerusi pautan berikut https://www.mytnb.com.my/tnbtemujanji anda perlu memasukkan segala maklumat berkaitan termasuk tarikh yang dipilih untuk appointment di kaunter berkenaan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan yang berkaitan dengan Tenaga Nasional Berhad, anda boleh terus menghubungi pihak berkaitan melalui Pusat Panggilan Customer Service di talian hotline atau email address berikut:

CareLine at 1-300-88-5454
Email us at tnbcareline(@)tnb.com.my

Weekdays: 8.00 AM - 7.00 PM
Weekend & Public holiday: 8.00 AM - 5.00 PM

Diharap perkongsian cara semak bil elektrik TNB melalui aplikasi MyTNB dan cara-cara buat pembayaran online ini dapat memudahkan segala urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog