Cawangan KPJ Specialist Hospital Negeri Perak

KPJ Specialist Hospital Negeri Perak

Dikongsikan senarai cawangan KPJ Specialist atau dikenali sebagai Hospital Pakar bagi daerah negeri Perak berserta alamat lokasi yang terdekat, nombor telefon, waktu operasi dan waktu melawat pesakit.

Hospital yang di bawah kelolaan KPJ Healthcare Berhad ini adalah antara hospital swasta yang terbesar di Malaysia dengan mempunyai ratusan cawangan di seluruh negara dengan perkhidmatan yang amat baik.

Senarai Cawangan KPJ Specialist Hospital Perak


Hospital Pakar Perak

KPJ Ipoh Specialist Hospital


Hospital Pakar Ipoh menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat di negeri Perak. Hospital Pakar Ipoh merupakan hospital perintis di negeri ini yang menyediakan perkhidmatan Cardiac Thoracic.

Yang mana ia telah membantu masyarakat di daerah berdekatan untuk perjalanan lebih dari 300km ke Kuala Lumpur atau lebih dari 200km ke Pulau Pinang untuk pembedahan kardiotorasik.

Branch Address
26, Jalan Raja Dihilir,
Ipoh,
30350 Perak.

Contact Number
+6052408777

Laman Website
https://www.kpjipoh.com

Waktu Melawat / Visiting Hours
12.00pm - 2.00pm
5.00pm - 8.00pm

Perhatian:
Penting bagi pengunjung untuk mematuhi peraturan ini kerana pesakit perlu berehat dan pulih di luar waktu lawatan.

Tiada pelawat dibenarkan selepas jam 8.00 malam. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan untuk melawat pesakit.

KPJ Sri Manjung Specialist Hospital


Pusat Pakar KPJ Sri Manjung amat terkenal di daerah ini yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan kesihatan kepada komuniti setempat semenjak tahun 2012 dengan bermula hanya 23 katil kesemuanya.

Walau bagaimanapun, pihak KPJ telah mengambil alih pada tahun 2013 yang kemudiannya telah membuat perubahan serta meningkatkan kualiti dengan menawarkan begitu banyak perkhidmatan khas untuk pelanggan.

Branch Address
Lot 14777, Jalan Lumut,
Sitiawan, Sri Manjung,
32000 Perak, Malaysia.

Contact Number
+6056918153

Laman Website
https://www.kpjsrimanjung.com

Taiping Medical Centre


Pusat Perubatan Taiping (TMC) dimiliki dan diuruskan oleh KPJ Healthcare Bhd. Ia terletak di tengah-tengah bandar bersejarah Taiping. Hospital ini menawarkan perkhidmatan perubatan yang komprehensif 24 jam sehari.

TMC juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Farmasi, External Laboratory, CT Scan, Ultrasound, General X-Ray, Dialysis, Operating Theatre, and Accident & Emergency Unit (24 hour).

Branch Address
KPJ Taiping Medical Centre
45-49, Jalan Medan Taiping 2,
Medan Taiping, 34000,
Taiping, Perak.

Contact Number
+6058071049

Laman Website
https://www.kpjtaiping.com

KPJ Contact Information

Sebarang pertanyaan, kemusykilan, pendapat dan apa saja yang berkaitan dengan appointment serta hospital, anda boleh hubungi pihak KPJ melalui telefon, email address atau portal rasmi seperti berikut:

Customer Service Number
+603-2681 6222

Health Tourism
medtourism(@)kpjhealth.com.my

Website Rasmi
https://kpjhealth.com.my/

Semoga perkongsian senarai cawangan KPJ Specialist di negeri Perak Darul Ridzuan berserta alamat lokasi, nombor telefon dan waktu operasi ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog