Jika anda menerima panggilan daripada mana-mana nombor dan nak semak apakah rangkaian yang digunakan, ini adalah cara yang dikongsikan bagi memudahkan kerja anda untuk mengenalpasti.
Walau bagaimanapun, apa yang dikongsikan ini bukanlah untuk menyemak siapakah tuan punya nombor telefon tersebut tetapi rangkaian atau syarikat telefon yang mereka gunakan sahaja.
Zaman sekarang, pelbagai syarikat telco yang terdapat di Malaysia berserta dengan nombor-nombor telefon yang sama sahaja tetapi tidak menggunakan rangkaian yang sama digunakan oleh semua orang Malaysia.
Jadi bagi memudahkan anda untuk semak apakah syarikat telco yang mereka gunakan, sila ikut tutorial serta perkongsian yang sangat mudah dibuat pada bila-bila masa sahaja, mudah sangat semudah ABC.
Semakan Nombor Telefon Telco di Malaysia
Kenapa anda perlu menyemak setiap rangkaian yang digunakan oleh pemanggil ke nombor telefon anda? Kerana ia berkait dengan caj panggilan yang perlu dibayar oleh anda sekiranya anda memanggil atau mendail semula.
Sememangnya caj panggilan ke setiap telco berbeza-beza berpandukan kepada rangkaian tersebut, sebagai contoh panggilan On-Net iaitu dalam rangkaian yang sama dan Off-Net rangkaian yang berlainan.
Jadi, apabila anda tahu nombor telefon mudah alih tersebut yang mungkin anda akan dail nanti, anda boleh menganggarkan bajet atau kos pembayaran anda nanti serta dapat menjimatkan prepaid atau postpaid anda.
Cara untuk menyemak jenis telco yang digunakan oleh setiap nombor telefon mudah alih di Malaysia adalah dengan menghantar SMS seperti yang tertera dalam gambar di bawah mengikut penggunaan talian telco anda:
Khas Untuk Pengguna Telco Celcom
Taip CHECK (Nombor Telefon) hantar kepada 22099
Contoh : CHECK 0191234567 hantar kepada 22099
Khas Untuk Pengguna Telco Digi
Taip CHECK (Nombor Telefon) hantar kepada 20000
Contoh : CHECK 0161234567 hantar kepada 20000
Khas Untuk Pengguna Telco Maxis
Taip CHECK (Nombor Telefon) hantar kepada 22011
Contoh : CHECK 0121234567 hantar kepada 22011
Khas Untuk Pengguna Telco UMobile
Taip CHECK (Nombor Telefon) hantar kepada 28011
Contoh : CHECK 0181234567 hantar kepada 28011
Selain menggunakan cara semakan dengan SMS, anda boleh juga menyemak menggunakan portal rasmi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) / Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC).
Laman tersebut adalah https://mnpcheck.skmm.gov.my Mobile Number Check yang membolehkan para pengguna telefon bimbit menentukan samada nombor yang ingin dipanggil berada dalam telco yang sama atau tidak berdasar nombor pangkal masing-masing.
Caranya, anda perlu masukkan nombor sendiri atau nombor yang digunakan untuk buat panggilan berserta dengan nombor telefon yang akan didail itu nanti dan paparan berikut adalah contoh yang perlu diisi security code.
Kesimpulan
Mudah tak? Kaedah semakan yang mana lebih mudah? Bagi saya, cara buat semakan melalui laman Mobile Number Check lebih efektif serta menjimatkan duit dan masa, jadi gunalah cara ini sebaiknya.
Semoga perkongsian cara menyemak nombor telefon yang menggunakan rangkaian Telco di Malaysia ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog