10 Tempat Makan Menarik & Western Food Best di Kuala Lumpur

Tempat makan best

Teringin nak cuba makanan Western Food, lamb chop, chicken chop, steak dan sebagainya tapi tak tahu tempat makan yang paling best dan menarik dari segi masakan sedap harga murah yang terdekat di bandaraya Kuala Lumpur?

Sebenarnya, Kuala Lumpur segala macam ada bukan saja port makan tapi semuanya yang kita cari pastinya ada yang mana ia dipenuhi dengan berbagai benda termasuk orangnya yang berbilang bangsa dan kaum.

Di sini kami kongsikan tempat makan yang menarik di KL dengan maklumat penting seperti alamat lokasi, nombor telefon, Facebook, Instagram dan sebagainya bagi memudahkan anda untuk berkunjung ke sana.

10 Tempat Makan Best Western Food di Kuala Lumpur


Port menarik Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan anda, di KL banyak restoran yang menawarkan berbagai jenis makanan seperti menu sarapan pagi, lunch, dinner, masakan kampung, makanan Thai termasuk western food dengan pelbagai genre citarasa anda.

1. Me'nate Steak Hub


Tempat makan western food KL

Menate Steak Hub memang popular di Malaysia bukan hanya di KL kerana cawangan restoran istimewa ini turut ada di beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Bahru.

Me'nate Steak House pernah viral di laman sosial tidak beberapa lama dulu kerana pilihan menu yang sangat banyak berserta dengan western food yang menarik menjadikan ia pilihan orang ramai untuk mencubanya.

Antara makanan yang mempunyai permintaan yang tinggi adalah Lamb & Beef Rack, Sirloin, Wagyu dan Rib Eye yang dihidangkan dengan rasa yang anda carikan selama ini dan pastinya memuaskan hati semua pelanggan.

Alamat Lokasi

C-01-02 & C-01-03,
StarParc Point,
Jln Taman Ibu Kota,
53300 Kuala Lumpur

Contact Number
03-41419133

Waktu Operasi Perniagaan
11.00 pagi - 11.00 pm setiap hari

Facebook Rasmi
https://www.facebook.com/menatesteakhub/

2. HR Steak House


Hr Steak House Kg Baru

Restoran yang menyajikan makanan barat paling best dan sedap, HR Steak House antara yang menjadi perhatian kerana rasa dan harganya berpatutan berserta dengan lokasi di tengah-tengah bandaraya KL di Kampung Baru.

Alamat Lokasi

56, Jalan Raja Alang,
Kampung Baru, 50300,
Kuala Lumpur.

Nombor Telefon
013-294 8043

Waktu Operasi
3.00 pm - 12.00 am setiap hari

3. Killer Gourmet Burgers (KGB)


Restoran

Jika burger yang anda suka, KGB lah pasti menjadi pilihan kerana restoran western food yang bertapak di Bangsar ini sangat terkenal dengan rasa dan kualiti burger yang dijual sangat terbaik dan sedap.

Antara jenis-jenis burger yang ditawarkan adalah seperti Bob Cat Club, Bella Bomb, Tornado dan The Shack malahan banyak lagi makanan lain yang terdapat di sini seperti steak sedap dan sebagainya.

KGB juga mempunyai 6 cawangan keseluruhan iaitu di Gardens Mid Valley, Taman Tun Dr. Ismail, IOI Putrajaya, Pavilion KL, Empire Subang termasuk Bangsar.

Alamat Lokasi

23, Jalan Telawi 2,
Bangsar, 59100,
Kuala Lumpur.

Contact Number
03-2201 1220

Operation Hours
12:00pm – 10:30pm Daily

Facebook Rasmi
https://www.facebook.com/KGB.Killer.Gourmet.Burgers/

4. Fiske Steak House


Restoran makan malam

Tempat makan makanan barat yang terkenal termasuk masakan makanan tempatan yang ditawarkan terdapat di Restoran Fiske Steahouse ini iaitu dua dalam satu dikhaskan untuk pelanggannya di Malaysia.

Antara menu makanan yang paling laris di sini adalah seperti asam pedas, Lamb Grill, Grilled Chicken Chop dan Lamb Stew dengan portion yang agak besar dan pastinya kenyang apabila dimakan sekali sahaja.

Alamat Lokasi

No. K4, Medan Selera AU2C,
Taman Desa Keramat,
54200, Kuala Lumpur.

Contact Number
017-212 1649

Waktu Operasi Perniagaan
9.00 am - 12.00 pm setiap hari kecuali ISNIN

Facebook Rasmi
https://www.facebook.com/FISKESdnBhd/

5. The Grato Original by Chef Yasser


Chef Yasser

Mungkin ramai yang mengenali Chef Yasser iaitu seorang chef yang profesional yang mana restoran ini adalah kepunyaan beliau yang menyajikan berbagai jenis makanan barat yang amat berkualiti tinggi.

The Grato turut mempunyai makanan barat berserta dengan makan Itali yang amat disukai ramai seperti pasta, pizza, burger dan nachos yang sentiasa diminta pelanggan untuk dihidangkan.

Alamat Lokasi The Grato

Lot 531, Jalan AU 1/4D,
Jelatek Business Centre,
Taman Keramat Permai,
54200 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon
019-606 6381

Waktu Operasi
4.30 pm - 11.30 pm Daily
Exlude Monday

Facebook Rasmi
https://www.facebook.com/thegratomy

6. Islamic Sixty9 Steakhouse


Kedai makanan barat

Islamic Sixty9 Steak House jelas memaparkan sajian makanan barat dengan cara Islam sepertimana namanya. Bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan yang menjadikan ia sering menjadi pilihan orang ramai yang berdekatan.

Alamat Lokasi

341, Lorong Sarawak,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Contact Number
03-4162 1312

Waktu Operasi
Sabut - Khamis : 8.00 am - 11.30 pm
Jumaat : 3.00 pm - 11.30 pm

7. Pekan Station


Pekan Station

Restoran yang bertapak di Kg Baru KL ini sememangnya turut dikenali ramai kerana makanan barat yang disajikan dijual dengan harga mampu makan berserta berbagai jenis hidangan yang sangat sedap dan menyelerakan.

Alamat Lokasi

66, Jalan Raja Uda,
Kampung Baru, 50300,
Kuala Lumpur.

Nombor Telefon
014-2240500

Waktu Operasi Perniagaan
6.30 pm - 1.00 am setiap hari

Image Source : Foursquare

8. Station 21 Sizzling Steak Bangsar


Steakhouse Bangsar

Port western food yang terdapat di Bangsar Baru ini ternyata disukai ramai kerana sajian dengan pelbagai jenis membuatkan restoran ini sangat istimewa yang sentiasa dikunjungi pelbagai masyarakat di Malaysia.

Di media sosial ramai menyatakan steak yang disajikan sangat sedap malahan ia dikatakan setaraf dengan steak yang dijual di mana-mana hotel 5 bintang dan pasta sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di sini.

Alamat Lokasi

Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq,
Jalan Ara, Bangsar Baru,
59100, Kuala Lumpur.

Nombor Telefon
017-325 5180

Waktu Operasi
Setiap hari 12.00 - 11.00 pm
Ahad TUTUP

Facebook Rasmi
https://www.facebook.com/station21sizzlingsteak

9. Chequers


Restoran Chequers

Jika anda gemarkan waffle, restoran Chequers anda perlu datang ke sini kerana selain western food, Chicken & Waffles sangat sedap dan dikatakan menu ini paling terlaris di kafe istimewa ini.

Selain menu tersebut, hidangan seperti snek, burger, pasta dan salad juga banyak dihidangkan dengan harga yang berpatutan serta boleh dimakan secara beramai-ramai seperti satu keluarga dan sekumpulan kawan-kawan.

Alamat Lokasi

153, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon
03-7733 3068

Opening Hours
Monday - Sunday : 8.00 am - 11.00 pm
Closed on WEDNESDAYS

Image Source : Foursquare

10. Rimba Rusa


Damansara Utama

Mungkin ramai yang sukar nak percaya bahawa restoran Rimba & Rusa ini menyajikan makanan barat apabila dilihat pada namanya yang lebih kemelayuan tetapi itulah kenyataannya pelbagai western food yang ada di sini.

Antara yang popular di restoran ini seperti Salted Egg Tiger, Soft Shell Crab Burger, Aglio Olio dan Prawn Spaghetti yang sangat enak ditambah dengan dekorasi pemandangan restoran yang amat menarik perhatian.

Alamat Lokasi

37, Jalan SS 21/1A,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor.

Contact Number
03-7732 5136

Opening Hours
Monday - Sunday : 8.00 am - 11.00 pm
Friday : 4.00 pm 11.00 pm

Facebook Rasmi
https://www.facebook.com/rimbarusa

Kesimpulan

Kalau anda berkunjung ke KL dan teringin nak makan western food, disarankan anda pilih salah satu restoran yang disebutkan kerana anda akan berpuas hati dari segi masakan dan harga yang ditawarkan.

Walau bagaimanapun, mungkin ada sesetengah restoran makanan barat tersebut harganya agak tinggi memandangkan lokasi kedai yang disewa company berkenaan di kawasan lokasi strategik dan sebagainya.

Semoga perkongsian 10 senarai tempat makan yang best untuk western food di Kuala Lumpur ini dapat memudahkan anda untuk berkunjung ke restoran pilihan, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog