Dikongsikan maklumat Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya berserta alamat lokasi pejabat, nombor telefon, faks, waktu operasi dan portal rasmi untuk semakan online, permohonan passport, temujanji dan sebagainya.
Jabatan Imigresen adalah salah satu agensi yang dikelolakan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk semua rakyat, warganergara asing dan penduduk tetap seperti berikut:
- Passport dan Dokumen Perjalanan
- Visa, Pas dan Permit
- Sijil Perakuan
- Surat Akuan Pengenalan
- Kad Perniagaan Perjalanan
- Penguatkuasaan ETC
Alamat Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya
Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
Kementerian Dalam Negeri,
Menara & Podium, No. 15,
Tingkat 1-7, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62550 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.
Contact Number
+603-8000 8000 (MyGCC)
Portal Rasmi
https://www.imi.gov.my/
Waktu Operasi Urusan Passport
HARI | WAKTU OPERASI | WAKTU REHAT | WAKTU OPERASI |
---|---|---|---|
ISNIN – KHAMIS | 7.30 am – 1.00 pm | 1.00 pm - 2.00 pm | 2.00 pm - 5.30 pm |
JUMAAT | 7.30 am – 12.15 pm | 12.15 pm – 2.45 pm | 2.45 pm - 5.30 pm |
SABTU - AHAD | TUTUP |
Portal Imigresen Online
Berikut adalah portal rasmi Jabatan Imigresen online yang disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi memudahkan anda untuk menggunakan perkhidmatan seperti yang dinyatakan di bawah:
https://www.imi.gov.my/
- Sistem Temujanji Online (STO)
- My Travel Pass
- My Online Passport
- Rekalibrasi
- e-Bayaran
- Sistem Pertanyaan Online (SPO)
- ePLSI
- ePLKS
Diharap perkongsian maklumat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya Wilayah Persekutuan berserta alamat, nombor telefon dan waktu operasi pejabat ini dapat membantu memudahkan urusan anda. - Bukit Besi Blog