Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur (Ibu Pejabat LPP)

Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur

Dikongsikan maklumat lengkap ibu pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang terdapat di kawasan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan berserta alamat lokasi yang mungkin terdekat dengan anda, nombor telefon dan waktu operasi.

Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mempertingkatkan ekonomi negara serta memberi bantuan dan sumbangan dalam sektor pertanian di negara kita.

Lokasi Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur


Ibu Pejabat LPP KL

Sekiranya anda mempunyai sebarang urusan berkaitan dengan Peladang, anda boleh mengunjungi atau menghubungi pihak berkenaan berpandukan alamat berserta talian yang disenaraikan seperti berikut:

Lembaga Pertubuhan Peladang (HQ)
Ibu Pejabat, Menara LPP,
No. 20, Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur.

Google Map

Contact Number
03-2610 9600

Fax Number
03-2697 0987

Portal Rasmi
https://www.lpp.gov.my/

Email Address
info@lpp.gov.my

Nama Pegawai Perhubungan Awam
  • Khairul Fahmi bin Bahrin
  • Norazimah binti Ahmad@Mohd Nor

Bahagian Hal Ehwal Korporat
Nombor Telefon
03-26109607/03-26109618

Permohonan Menjadi Ahli PPK


Berikut adalah maklumat berkaitan dengan syarat-syarat untuk mendaftar atau buat permohonan menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta cara untuk buat pendaftaran dan borang yang boleh anda download.

Syarat-Syarat
  • Seorang yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Anda adalah warganegara Malaysia
  • Menetap dan bermastautin di kawasan pengendalian PPK
  • Terlibat dengan pengeluaran pertanian atau ternakan
  • Mendapat keuntungan dan pendapat dari pertanian dan ternakan
  • Terbabit dengan faktor pertanian atau ternakan

Proses dan Cara Untuk Jadi Ahli PPK

1. Anda perlu mengisi borang dengan memuat turun borang tersebut di pautan berikut Download atau pergi ke mana-mana cawangan PPK yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Atau anda boleh layari pautan http://www.pklik.lpp.gov.my/ untuk buat permohonan secara online dengan memasukkan semua maklumat yang diperlukan.

2. Isikan semua maklumat dalam borang tersebut dan kemukakan borang yang telah siap kepada pihak PPK terbabit.

3. Semua permohonan yang lengkap perlu disertakan dengan bayaran masuk dan saham sepertimana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan PPK.

4. Setelah permohonan diterima, ia perlu dinilai dan diproses berpandukan kepada pertimbangan dan kelulusan Ahli Jemaah Pengarah PPK.

5. Selepas diluluskan, satu sijil dan kad keahlian dikeluarkan khas untuk anda yang berjaya dan semua anggota yang mempunyai kad ini boleh menikmati semua keistimewaan dan haknya sebagai seorang ahli.

5. Sekiranya permohonan anda telah ditolak, pemohon juga boleh buat rayuan melalui Pendaftar dalam jangka masa 14 hari dan keputusan muktamad pula berdasarkan kepadap pihak pendaftar tersebut.

Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan

Sebarang masalah yang anda hadapi ketika mengisi borang atas talian atau pertanyaan berkaitan dengan permohonan untuk menjadi anggota PPK, anda boleh menghubungi pihak terbabit seperti di bawah:

Nombor Telefon
03-26109600

Fax Number
03-26970987

Alamat Emel
pklik@lpp.gov.my

Semoga perkongsian maklumat Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog