Senarai Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan W.P

Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan

Dikongsikan maklumat senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan berserta alamat lokasi balai terdekat, nombor telefon pejabat dan talian fax.

JBPM memberikan perkhidmatan pencegahan dan pemadaman sebarang kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan semua aspek keselamatan serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

Antara objektif utama dan fungsi yang dilaksanakan oleh Bomba dengan mengikut peruntukkan di bawah seksyen 5 (1) dan (2) dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) adalah seperti yang dinyatakan berikut:

  • Memadam, mengawal kebakaran, mencegah dan menentang
  • Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran
  • Penyelengaraan, mengawalselia dan tentukan adanya jalan keluar
  • Menjalankan siasatan tentang punca dan sebab
  • Menyelamat, melindungi nyawa dan harta jika ada bencana

Selain itu, pihak JBPM juga menjalankan tugas-tugas lain seperti yang termaktub di dalam Subseksyen (1) yang telah dipertanggungjawabkan kepada Bomba oleh undang-undang atau yang diarahkan oleh menteri.

Senarai Cawangan Balai Bomba dan Penyelamat Labuan


Balai Bomba Labuan

Untuk sebarang informasi yang berkaitan dengan JBPM atau anda sedang mencari cawangan yang terdekat untuk dikunjungi, sila rujuk senarai Balai Bomba yang dibahagikan mengikut daerah dan kawasan di bawah:

Balai Bomba dan Penyelamat Labuan
Jalan Tun Mustapha, 87023,
Wilayah Persekutuan Labuan.

No. Tel : 087 – 592 952
No. Faks : 087 – 506 994

Balai Bomba dan Penyelamat Kg Jawa
Jalan Tun Mustapha, 87023,
Wilayah Persekutuan Labuan.

No. Tel : 087 – 414 444
No. Faks : 087 – 418 166

Balai Bomba dan Penyelamat Layangan
Jalan Okk Daud,
Wilayah Persekutuan Labuan.

No. Tel : 087 – 464 444
No. Faks : 087 – 465 444

Balai Bomba dan Penyelamat Rancha-Rancha
Jalan Rancha-Rancha,
Wilayah Persekutuan Labuan.

No. Tel : 087 – 506 777
No. Faks : 087 – 506 994

MERS 999


Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) yang dikhaskan untuk kemudahan semua rakyat Malaysia.

Talian 999 adalah satu nombor pusat bagi memudahkan semua orang yang berada dalam kecemasan untuk membuat panggilan serta mendapatkan bantuan daripada badan-badan kerajaan yang berkaitan dengan kes tertentu.

Bomba Hotline
Nombor Telefon : 999
Tol Free : 1800 888 994
SMS : 03-88880964

Portal Rasmi JBPM
https://www.bomba.gov.my/

Diharap perkongsian senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi Labuan Wilayah Persekutuan ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda yang berkaitan dengan JBPM, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog