Dikongsikan senarai Institut Memandu di daerah Bandaraya Kuala Lumpur yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berserta alamat lokasi Pusat Latihan yang terdekat untuk mendapatkan lesen semua jenis kenderaan dan nombor telefon untuk sebarang pertanyaan.
Setiap pemandu di Malaysia perlu mengambil ujian, menghadiri kelas dan menduduki peperiksaan khas untuk latihan memandu dengan mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Lesen pula akan dikeluarkan melalui Sekolah Memandu di mana setiap pemohon mendaftarkan diri mengikut kategori-kategori dan Kelas iaitu seperti motosikal untuk B2, kereta jenis D, kursus PSV e-hailing dan banyak lagi yang boleh didapati.
Senarai Lokasi Sekolah Memandu Di Kuala Lumpur
Untuk permohonan dan pendaftaran anda perlu merujuk kepada Institut Memandu yang terdapat di kawasan tempat tinggal serta pergi ke sana menghadirkan diri ke lokasi tersebut atau menghubungi Pusat Latihan berkenaan di nombor telefon yang disertakan untuk maklumat lanjut.
Nation Drive Wilayah Sdn. Bhd.
Lot 448 & 449, Jalan Segambut
52100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-62421738
No Faks : 03-62421735
Skem Driving Academy Sdn. Bhd.
Kompleks Institut Memandu SKEM,
Lot 1530, Batu 11, Jalan Gombak,
53100 Selangor.
No Tel : 03-61866497/61868021
No Faks : 03-61875201
Surfine Hitech Sdn Bhd
Lot 5317, Kampung Nanding,
Bt 12 3/4 Jalan Ulu Langat,
43100 Selangor.
No Tel : 03-90212255/90212277
No Faks : 03-90212251
Institut Memandu Kenderaan Farat GPSM Sdn Bhd
Lot 354, Jalan Merbok,
Batu 10, Jalan Cheras,
43200 Kajang, Selangor.
No Tel : 03-90758445/90760784
No Faks : 03-90758531/90754139
Metro Driving Academy Sdn Bhd
Lot 3509, Seksyen U6,
Kampung Melayu Subang,
40150 Shah Alam, Selangor.
No Tel : 03-78459898
No Faks : 03-78458898
Telatin Mewah Sdn Bhd
Lot 1670, Jalan Sungai Mulia,
Batu 4 3/4, OFF Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-40253388
No Faks : 03-40253399
PERHATIAN
Untuk makluman, beberapa Pusat Latihan Memandu yang disenaraikan di atas selain KL yang turut beroperasi serta dikhaskan kepada mereka yang tinggal di kawasan dan daerah seperti Selangor, Gombak dan Petaling yang mana ia berhampiran dengan Lembah Klang.
Jenis dan Kelas Lesen Memandu
Kelas lesen memandu yang terdapat di Malaysia di bawah pemantauan JPJ mempunyai 5 jenis yang berpandukan kepada tahap kelayakan seseorang pemandu berserta dengan kegunaan kenderaan iaitu:
1. Lesen Belajar Memandu (Learner Driving License)
Ia dikenali sebagai Lesen L yang membolehkan seseorang yang belajar memandu mengikuti kelas yang ditetapkan di sesebuah Sekolah Memandu.
2. Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License - PDL)
Seorang pemandu yang telah lulus dalam setiap ujian dan pembelajaran yang diberikan oleh Insitut Memandu akan mendapat Lesen Memandu.
3. Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License - CDL)
Seseorang yang telah sah lulus dalam tempoh percubaan yang biasanya dalam jangka masa selama dua tahun sahaja.
4. Lesen Memandu Vokasional (Vocational or Commercial Driving License)
Lesen memandu yang dikhaskan kepada pemandu kenderaan yang komersial seperti bas, lori dan sebagainya serta ia dikeluarkan oleh JPJ dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
5. Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit - IDP)
Lesen khas untuk warganegara Malaysia yang ingin memandu di mana-mana negara di seluruh dunia dengan membuat permohonan terlebih dahulu di pejabat JPJ atau di Persatuan Automobil Malaysia (AAM).
Kelas | Perkara |
---|---|
A | Kenderaan OKU (Motosikal) BTMTM 450kg |
A1 | Kenderaan OKU (Motokar) BTMTM 3500kg |
B | Motosikal (Perseorangan) – Melebihi 500CC |
B1 | Motosikal (Perseorangan) – Tidak Melebihi 500CC |
B2 | Motosikal tidak melebihi 250CC |
C | Motosikal Tiga Roda |
D | Motokar – BTMTM 3500kg |
DA | Motor Tanpa Pedal Klac – BTMTM 3500kg |
E | Motokar Berat – BTMM 7500kg |
E1 | Motokar Berat – BTMTM 7500kg |
E2 | Motokar Berat – BTMTM 5000kg |
F | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) – BTMTM 5000kg |
G | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) – BTMTM 5000kg |
H | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) – BTMM 5000kg |
I | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) – BTMM 5000kg |
M | Hukuman Mahkamah |
INFO:
BTMTM = Berat Tanpa Muatan Tidak Melebihi
BTMM = Berat Tanpa Muatan Melebihi
OKU = Orang Cacat / Kurang Upaya
Diharap perkongsian senarai Institut Memandu di Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan yang berlesen serta diiktiraf oleh JPJ ini dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda. - Bukit Besi Blog