Senarai Institut Memandu Berdaftar Dengan JPJ Di Labuan

Institut Memandu Labuan

Dikongsikan senarai Institut Memandu di daerah Wilayah Persekutuan Labuan yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berserta alamat lokasi Pusat Latihan yang terdekat untuk mendapatkan lesen semua jenis kenderaan dan nombor telefon untuk sebarang pertanyaan.

Setiap pemandu di Malaysia perlu mengambil ujian, menghadiri kelas dan menduduki peperiksaan khas untuk latihan memandu dengan mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Lesen pula akan dikeluarkan melalui Sekolah Memandu di mana setiap pemohon mendaftarkan diri mengikut kategori-kategori dan Kelas iaitu seperti motosikal untuk B2, kereta jenis D, kursus PSV e-hailing dan banyak lagi yang boleh didapati.

Senarai Lokasi Sekolah Memandu Di Labuan


Sekolah Memandu Wilayah Persekutuan Labuan

Untuk pendaftaran, anda perlu merujuk kepada Driving School yang berdekatan di daerah tempat tinggal dengan menghadirkan diri ke lokasi terbabit atau menghubungi pusat berkenaan di nombor telefon yang disertakan untuk maklumat lanjut.

WILAYAH PERSEKUTUAN


AKADEMI MEMANDU LABUAN SDN. BHD.
Kampung Sungai Lama,
Peti Surat 81747, 87007,
Wilayah Persekutuan Labuan.

Nombor Telefon
087-598698 / 087-410339
087-410340

Nombor Faks
087-411342 / 087-462698

Jenis dan Kelas Lesen Memandu
Kelas lesen memandu yang terdapat di Malaysia di bawah pemantauan JPJ mempunyai 5 jenis yang berpandukan kepada tahap kelayakan seseorang pemandu berserta dengan kegunaan kenderaan iaitu:

1. Lesen Belajar Memandu (Learner Driving License)

Ia dikenali sebagai Lesen L yang membolehkan seseorang yang belajar memandu mengikuti kelas yang ditetapkan di sesebuah Sekolah Memandu.

2. Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License - PDL)

Seorang pemandu yang telah lulus dalam setiap ujian dan pembelajaran yang diberikan oleh Insitut Memandu akan mendapat Lesen Memandu.

3. Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License - CDL)

Seseorang yang telah sah lulus dalam tempoh percubaan yang biasanya dalam jangka masa selama dua tahun sahaja.

4. Lesen Memandu Vokasional (Vocational or Commercial Driving License)

Lesen memandu yang dikhaskan kepada pemandu kenderaan yang komersial seperti bas, lori dan sebagainya serta ia dikeluarkan oleh JPJ dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

5. Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit - IDP)

Lesen khas untuk warganegara Malaysia yang ingin memandu di mana-mana negara di seluruh dunia dengan membuat permohonan terlebih dahulu di pejabat JPJ atau di Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Kelas Perkara
A Kenderaan OKU (Motosikal) BTMTM 450kg
A1 Kenderaan OKU (Motokar) BTMTM 3500kg
B Motosikal (Perseorangan) – Melebihi 500CC
B1 Motosikal (Perseorangan) – Tidak Melebihi 500CC
B2 Motosikal tidak melebihi 250CC
C Motosikal Tiga Roda
D Motokar – BTMTM 3500kg
DA Motor Tanpa Pedal Klac – BTMTM 3500kg
E Motokar Berat – BTMM 7500kg
E1 Motokar Berat – BTMTM 7500kg
E2 Motokar Berat – BTMTM 5000kg
F Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) – BTMTM 5000kg
G Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) – BTMTM 5000kg
H Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) – BTMM 5000kg
I Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) – BTMM 5000kg
M Hukuman Mahkamah

INFO:
BTMTM = Berat Tanpa Muatan Tidak Melebihi
BTMM = Berat Tanpa Muatan Melebihi
OKU = Orang Cacat / Kurang Upaya


Diharap perkongsian senarai institut memandu di Wilayah Persekutuan Labuan yang berlesen serta diiktiraf oleh JPJ ini dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda. - Bukit Besi Blog