Dikongsikan senarai Institut Memandu di daerah Negeri Sembilan yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berserta alamat lokasi Pusat Latihan yang terdekat untuk mendapatkan lesen semua jenis kenderaan dan nombor telefon untuk sebarang pertanyaan.
Setiap pemandu di Malaysia perlu mengambil ujian, menghadiri kelas dan menduduki peperiksaan khas untuk latihan memandu dengan mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Lesen pula akan dikeluarkan melalui Sekolah Memandu di mana setiap pemohon mendaftarkan diri mengikut kategori-kategori dan Kelas iaitu seperti motosikal untuk B2, kereta jenis D, kursus PSV e-hailing dan banyak lagi yang boleh didapati.
Senarai Lokasi Sekolah Memandu di Negeri Sembilan
Untuk permohonan dan pendaftaran anda perlu merujuk kepada Institut Memandu yang terdapat di kawasan tempat tinggal serta pergi ke sana menghadirkan diri ke lokasi tersebut atau menghubungi Pusat Latihan berkenaan di nombor telefon yang disertakan untuk maklumat lanjut.
PUSAT LATIHAN MEMANDU SEREMBAN
INMAJU HOLDINGS SDN BHD
25-32, Persiaran Industri Galla 1,
Galla Industrial Park, Km 2,
Jalan Labu, 70200 Seremban,
Negeri Sembilan.
No Tel : 06-7677629
No Faks : 06-7677625
AKADEMI MEMANDU NILAI SDN BHD.
Lot 1346 & 1347,
Jalan Pajam, Mukim Sentul,
71700 Nilai, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-7991230/7991231
No Faks : 06-7991232
AKADEMI MEMANDU COTT SDN BHD.
Lot 944 & 1525, Jalan Jelebu,
Mukim Ampangan, 70400,
Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-7642886
No Faks :06-7644453
RDS DRIVING ACADEMY SDN. BHD.
Lot 3439, Jalan Kayu Ara,
Mambau, 70300, Seremban,
Negeri Sembilan.
No Tel : 06-6312833
No Faks :06-6311293
PUSAT LATIHAN MEMANDU PORT DICKSON
IMPD HOLDING SDN BHD.
Lot 4772, Jalan Bukit Palong,
Lukut 71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
No Tel : 06-6515228
No Faks : 06-6515118
EMPAT SEMPURNA (M) SDN BHD.
Lot 2759, Batu 6,
Jalan Seremban, 71010,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-6515551/0/2/4
No Faks : 06-6515553
PUSAT LATIHAN MEMANDU JEMPOL
ARAH KENCANA SDN BHD.
Lot 849, PT 94, HSD 4770,
Mukim Rompin, 73500,
Rompin, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-4576032 No Faks : 06-4576034
PUSAT LATIHAN MEMANDU TAMPIN
DELTA MAHSURI (M) SDN BHD.
Lot 1004, GM 49, Mukim Repah,
73000 Tampin, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-4433322/4433366
No Faks : 06-4433388
SAFE MOTORING ACADEMY SDN BHD.
Lot 1096, Jalan Bukit Rokan,
Gemencheh Lama, 73200,
Tampin, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-4411648
No Faks : 06-4417452
Jenis dan Kelas Lesen Memandu
Kelas lesen memandu yang terdapat di Malaysia di bawah pemantauan JPJ mempunyai 5 jenis yang berpandukan kepada tahap kelayakan seseorang pemandu berserta dengan kegunaan kenderaan iaitu:
1. Lesen Belajar Memandu (Learner Driving License)
Ia dikenali sebagai Lesen L yang membolehkan seseorang yang belajar memandu mengikuti kelas yang ditetapkan di sesebuah Sekolah Memandu.
2. Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License - PDL)
Seorang pemandu yang telah lulus dalam setiap ujian dan pembelajaran yang diberikan oleh Insitut Memandu akan mendapat Lesen Memandu.
3. Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License - CDL)
Seseorang yang telah sah lulus dalam tempoh percubaan yang biasanya dalam jangka masa selama dua tahun sahaja.
4. Lesen Memandu Vokasional (Vocational or Commercial Driving License)
Lesen memandu yang dikhaskan kepada pemandu kenderaan yang komersial seperti bas, lori dan sebagainya serta ia dikeluarkan oleh JPJ dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
5. Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit - IDP)
Lesen khas untuk warganegara Malaysia yang ingin memandu di mana-mana negara di seluruh dunia dengan membuat permohonan terlebih dahulu di pejabat JPJ atau di Persatuan Automobil Malaysia (AAM).
Kelas | Perkara |
---|---|
A | Kenderaan OKU (Motosikal) BTMTM 450kg |
A1 | Kenderaan OKU (Motokar) BTMTM 3500kg |
B | Motosikal (Perseorangan) – Melebihi 500CC |
B1 | Motosikal (Perseorangan) – Tidak Melebihi 500CC |
B2 | Motosikal tidak melebihi 250CC |
C | Motosikal Tiga Roda |
D | Motokar – BTMTM 3500kg |
DA | Motor Tanpa Pedal Klac – BTMTM 3500kg |
E | Motokar Berat – BTMM 7500kg |
E1 | Motokar Berat – BTMTM 7500kg |
E2 | Motokar Berat – BTMTM 5000kg |
F | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) – BTMTM 5000kg |
G | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) – BTMTM 5000kg |
H | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) – BTMM 5000kg |
I | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) – BTMM 5000kg |
M | Hukuman Mahkamah |
INFO:
BTMTM = Berat Tanpa Muatan Tidak Melebihi
BTMM = Berat Tanpa Muatan Melebihi
OKU = Orang Cacat / Kurang Upaya
Diharap perkongsian senarai Institut Memandu di Negeri Sembilan Darul Khusus yang berlesen serta diiktiraf oleh JPJ ini dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda. - Bukit Besi Blog