Dikongsikan senarai Institut Memandu di daerah negeri Pulau Pinang yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berserta alamat lokasi Pusat Latihan yang terdekat untuk mendapatkan lesen semua jenis kenderaan dan nombor telefon untuk sebarang pertanyaan.
Setiap pemandu di Malaysia perlu mengambil ujian, menghadiri kelas dan menduduki peperiksaan khas untuk latihan memandu dengan mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Lesen pula akan dikeluarkan melalui Sekolah Memandu di mana setiap pemohon mendaftarkan diri mengikut kategori-kategori dan Kelas iaitu seperti motosikal untuk B2, kereta jenis D, kursus PSV e-hailing dan banyak lagi yang boleh didapati.
Senarai Lokasi Sekolah Memandu Di Penang
Untuk permohonan dan pendaftaran anda perlu merujuk kepada Institut Memandu yang terdapat di kawasan tempat tinggal serta pergi ke sana menghadirkan diri ke lokasi tersebut atau menghubungi Pusat Latihan berkenaan di nombor telefon yang disertakan untuk maklumat lanjut.
SEBERANG PERAI TENGAH
IDI DRIVING INSTITUTE SDN. BHD.
No. 5 & 7,Lorong Bagan Luar 2,
12000 Butterworth, Pulau Pinang.
Telefon: 04-3981818, 04-3332828
Faks: 04-3985828, 04-3324969
AKADEMI MEMANDU BERJAYA SDN. BHD.
No. 1649, Mukim 15, 14100,
Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Telefon: 04-5884728, 04-5889888
Faks: 04-3985636
PUSAT LATIHAN MEMANDU MELATI (NT)SDN. BHD.
Lot 813, 756 & 40, MK 13,
Seberang Perai Tengah,
12000 Butterworth, Pulau Pinang.
Telefon: 04-5083650, 04-5803651
Faks: 04-5083652
TIMUR LAUT
PUSAT MEMANDU MUTIARA SDN. BHD.
Lot 9014, HS (M) 2086, MK 13,
11700 Sungai Dua, Pulau Pinang.
Telefon: 04-6553457/8
Faks: 04-6553457
PUSAT LATIHAN PANDU CEMERLANG SDN. BHD.
700 MkK. 13, Persiaran Sungai Dua,
11700 Sungai Dua, Pulau Pinang.
Telefon: 04-6589900, 04-6581900
Faks:04-6588900
BARAT DAYA
PUSAT LATIHAN MEMANDU PINANG SDN. BHD.
Lapangan Terbang Antarabangsa HS(D),
3426, Mk.12 Jalan Permatang Damar,
11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Telefon: 04-6261019
Faks: 04-6266509
SEBERANG PERAI SELATAN
PUSAT LATIHAN MEMANDU
GABUNGAN USAHAMAJU SDN. BHD.
No. 1739, MK. 14, Bukit Tambun,
14110 Seberang Perai,
Pulau Pinang.
Telefon: 04-5885252, 04-5882211
Faks: 04-5886555
SEBERANG PERAI UTARA
LIMA BINTANG ABADI SDN.BHD.
Lot 1848, Jalan Pokok Sena,
Permatang Haji Hasan,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Telefon: 04-5794555/04-5793555
Faks: 03-32695015
Jenis dan Kelas Lesen Memandu
Kelas lesen memandu yang terdapat di Malaysia di bawah pemantauan JPJ mempunyai 5 jenis yang berpandukan kepada tahap kelayakan seseorang pemandu berserta dengan kegunaan kenderaan iaitu:
1. Lesen Belajar Memandu (Learner Driving License)
Ia dikenali sebagai Lesen L yang membolehkan seseorang yang belajar memandu mengikuti kelas yang ditetapkan di sesebuah Sekolah Memandu.
2. Lesen Memandu Percubaan (Probationary Driving License - PDL)
Seorang pemandu yang telah lulus dalam setiap ujian dan pembelajaran yang diberikan oleh Insitut Memandu akan mendapat Lesen Memandu.
3. Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License - CDL)
Seseorang yang telah sah lulus dalam tempoh percubaan yang biasanya dalam jangka masa selama dua tahun sahaja.
4. Lesen Memandu Vokasional (Vocational or Commercial Driving License)
Lesen memandu yang dikhaskan kepada pemandu kenderaan yang komersial seperti bas, lori dan sebagainya serta ia dikeluarkan oleh JPJ dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
5. Permit Memandu Antarabangsa (International Driving Permit - IDP)
Lesen khas untuk warganegara Malaysia yang ingin memandu di mana-mana negara di seluruh dunia dengan membuat permohonan terlebih dahulu di pejabat JPJ atau di Persatuan Automobil Malaysia (AAM).
Kelas | Perkara |
---|---|
A | Kenderaan OKU (Motosikal) BTMTM 450kg |
A1 | Kenderaan OKU (Motokar) BTMTM 3500kg |
B | Motosikal (Perseorangan) – Melebihi 500CC |
B1 | Motosikal (Perseorangan) – Tidak Melebihi 500CC |
B2 | Motosikal tidak melebihi 250CC |
C | Motosikal Tiga Roda |
D | Motokar – BTMTM 3500kg |
DA | Motor Tanpa Pedal Klac – BTMTM 3500kg |
E | Motokar Berat – BTMM 7500kg |
E1 | Motokar Berat – BTMTM 7500kg |
E2 | Motokar Berat – BTMTM 5000kg |
F | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) – BTMTM 5000kg |
G | Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) – BTMTM 5000kg |
H | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) – BTMM 5000kg |
I | Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) – BTMM 5000kg |
M | Hukuman Mahkamah |
INFO:
BTMTM = Berat Tanpa Muatan Tidak Melebihi
BTMM = Berat Tanpa Muatan Melebihi
OKU = Orang Cacat / Kurang Upaya
Diharap perkongsian senarai institut memandu di negeri Pulau Pinang yang berlesen serta diiktiraf oleh JPJ ini dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda. - Bukit Besi Blog