Senarai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka

Dikongsikan maklumat senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terdapat di negeri Melaka berserta alamat lokasi balai terdekat, nombor telefon pejabat dan talian fax.

JBPM memberikan perkhidmatan pencegahan dan pemadaman sebarang kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan semua aspek keselamatan serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

Antara objektif utama dan fungsi yang dilaksanakan oleh Bomba dengan mengikut peruntukkan di bawah seksyen 5 (1) dan (2) dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) adalah seperti yang dinyatakan berikut:

  • Memadam, mengawal kebakaran, mencegah dan menentang
  • Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran
  • Penyelengaraan, mengawalselia dan tentukan adanya jalan keluar
  • Menjalankan siasatan tentang punca dan sebab
  • Menyelamat, melindungi nyawa dan harta jika ada bencana

Selain itu, pihak JBPM juga menjalankan tugas-tugas lain seperti yang termaktub di dalam Subseksyen (1) yang telah dipertanggungjawabkan kepada Bomba oleh undang-undang atau yang diarahkan oleh menteri.

Senarai Cawangan Balai Bomba dan Penyelamat Melaka


Balai Bomba Melaka

Untuk sebarang informasi yang berkaitan dengan JBPM atau anda sedang mencari cawangan yang terdekat untuk dikunjungi, sila rujuk senarai Balai Bomba yang dibahagikan mengikut daerah dan kawasan di bawah:

Ketua Zon 1 Melaka (Melaka Tengah)
Aras 2, Jalan Ayer Keroh Lama,
Bukit Beruang,
75450 Melaka.

No. Tel: 06 – 231 6844
No. Faks: 06 – 231 4744

Ketua Zon 2 Melaka (Alor Gajah)
Jalan Besar, Alor Gajah,
78000 Melaka.

No. Tel: 06 – 556 6849
No. Faks: 06 – 556 3896

Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah
75200 Melaka.

No Tel : 06 – 283 8481 / 283 8482
No Faks : 06 – 283 8490 / 284 9677

Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh
Jalan Ayer Keroh Lama,
Bukit Beruang,
75450 Melaka.

No Tel : 06 – 231 9134 / 231 9135
No Faks : 06 – 232 2406 / 232 0658

Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah
Jalan Kelemak,
78000 Melaka.

No Tel : 06 – 556 2444
No Faks : 06 – 556 3896 / 556 6500

Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil
Jalan Tun Hamzah,
75450 Melaka.

No Tel : 06 – 231 1315
No Faks : 06 – 231 1343

Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah
Jalan Solok Duku,
78300 Melaka.

No Tel : 06 – 384 2444
No Faks : 06 – 385 1807

Balai Bomba dan Penyelamat Jasin
Jalan Jasin,
77000 Melaka.

No Tel : 06 – 529 1444
No Faks : 06 – 529 3463

Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari
Jalan Taman Maju, Jasin,
77000 Melaka.

No Tel : 06 – 529 3736
No Faks : 06 – 529 2407

Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau
Jalan Batu Gajah,
77300 Melaka.

No Tel : 06 – 263 1444
No Faks : 06 – 263 3942

Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu
Jalan Bukit Rambai,
75250 Melaka.

No Tel : 06 – 3517994 /06-3517916
No Faks : 06 – 351 6994

Balai Bomba Dan Penyelamat Padang Temu
KM 6, Jalan Tambak Sebelong,
75460 Permatang Pasir, Alai,
Melaka.

No Tel : 06 – 2683103
No Faks : 06 – 2683105

MERS 999


Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) yang dikhaskan untuk kemudahan semua rakyat Malaysia.

Talian 999 adalah satu nombor pusat bagi memudahkan semua orang yang berada dalam kecemasan untuk membuat panggilan serta mendapatkan bantuan daripada badan-badan kerajaan yang berkaitan dengan kes tertentu.

Bomba Hotline
Nombor Telefon : 999
Tol Free : 1800 888 994
SMS : 03-88880964

Portal Rasmi JBPM
https://www.bomba.gov.my/

Diharap perkongsian senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda yang berkaitan dengan JBPM, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog