Senarai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis

Dikongsikan maklumat senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terdapat di negeri Perlis berserta alamat lokasi balai terdekat, nombor telefon pejabat dan talian fax.

JBPM memberikan perkhidmatan pencegahan dan pemadaman sebarang kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan semua aspek keselamatan serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

Antara objektif utama dan fungsi yang dilaksanakan oleh Bomba dengan mengikut peruntukkan di bawah seksyen 5 (1) dan (2) dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) adalah seperti yang dinyatakan berikut:

  • Memadam, mengawal kebakaran, mencegah dan menentang
  • Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran
  • Penyelengaraan, mengawalselia dan tentukan adanya jalan keluar
  • Menjalankan siasatan tentang punca dan sebab
  • Menyelamat, melindungi nyawa dan harta jika ada bencana

Selain itu, pihak JBPM juga menjalankan tugas-tugas lain seperti yang termaktub di dalam Subseksyen (1) yang telah dipertanggungjawabkan kepada Bomba oleh undang-undang atau yang diarahkan oleh menteri.

Senarai Cawangan Balai Bomba dan Penyelamat Perlis


Balai Bomba Perlis

Untuk sebarang informasi yang berkaitan dengan JBPM atau anda sedang mencari cawangan yang terdekat untuk dikunjungi, sila rujuk senarai Balai Bomba yang dibahagikan mengikut daerah dan kawasan di bawah:

Balai Bomba dan Penyelamat Kangar
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis.

No. Tel : 04 – 976 0544
No. Faks : 04 – 977 4627

Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar
Jalan Sadoa,
02000 Padang Besar, Perlis.

No. Tel : 04 – 949 0094
No. Faks : 04 – 949 2119

Balai Bomba dan Penyelamat Arau
Jalan Pauh,
02600 Arau, Perlis.

No. Tel : 04 – 986 4444
No. Faks : 04 – 986 0139

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis
02000 Kuala Perlis, Perlis.

No. Tel : 04 – 985 5332
No. Faks : –

MERS 999


Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) yang dikhaskan untuk kemudahan semua rakyat Malaysia.

Talian 999 adalah satu nombor pusat bagi memudahkan semua orang yang berada dalam kecemasan untuk membuat panggilan serta mendapatkan bantuan daripada badan-badan kerajaan yang berkaitan dengan kes tertentu.

Bomba Hotline
Nombor Telefon : 999
Tol Free : 1800 888 994
SMS : 03-88880964

Portal Rasmi JBPM
https://www.bomba.gov.my/

Diharap perkongsian senarai cawangan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi negeri Perlis Indera Kayangan ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda yang berkaitan dengan JBPM, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog