Sejak perkhidmatan Shopee Express diperkenalkan ramai penjual laman popular ini menggunakannya untuk setiap penghantaran order yang diterima dan Pos Laju seperti dilupakan. Pembeli pula sering melihat notifikasi maklumat dari tracking number iaitu U10 Sorting Centre.
Walau bagaimanapun, sememangnya sangat susah untuk mencari di mana lokasi sebenar U10 Sorting Centre Shopee yang tepat dan betul. Itu belum lagi maklumat tracking penghantaran yang lain yang mana rata-rata daripadanya nama tempatnya hampir sama.
Perkara ini terbukti kerana ramai pengguna yang membuat pembelian online menyatakan parcel mereka tidak dapat dikesan serta belum diterima kerana bungkusan tersebut masih berada di lokasi terbabit dan sebagainya yang sentiasa disuarakan di laman sosial.
Mungkin anda adalah seorang daripadanya ketika membaca artikel ini. Adakah barangan anda sehingga sekarang tidak dapat dijejaki atau tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan informasi yang tepat berkaitan dengan kedudukan bungkusan berkenaan?
Di Mana Lokasi U10 Sorting Centre Shopee Express
Untuk pengetahuan, lokasi yang tepat bagi U10 Sorting Centre seperti dalam info tracking parcel anda itu, sebenarnya berada di kawasan Shah Alam, Selangor dan ianya berkait juga dengan nama-nama lokasi center yang seakan sama dan hampir serupa seperti berikut:
- PEN
- JHB
- MKZ
- NS9
- PCH
- DDR
- SOC
- NUSAJAYA
- SPX
- MP3 Sorting Centre
Selepas mencari maklumat tentang lokasi U10 Sorting Centre, kami tidak temui alamat yang lengkap dan nombor telefon yang tepat untuk dihubungi bagi mendapatkan jawapan atau bertanyakan soalan yang berkaitan dengan penghantaran.
Walau bagaimanapun, ramai pengguna yang berkongsi tentang pengalaman masing-masing di laman Facebook mengatakan lokasi gudang (warehouse) tersebut berada di daerah Shah Alam, Selangor dan tetapi tidak pula dikongsikan alamatnya bagi memudahkan semua pengguna untuk mengesan status barangan.
Jika parcel anda masih tidak diketahui di mana ia berada, jangan bimbang kerana pihak Shopee Express akan memastikan ia tetap sampai kepada penerima dengan selamat walaupun terkadang sedikit lambat daripada biasa yang berkemungkinan atas sebab tertentu.
Ada juga yang berpendapat, tempat tersebut juga boleh jadi di Kedah atau Perak, Negeri Sembilan dan sebagainya, tetapi semua tidak tahu tentang kesahihan dan kebenarannya. Apa yang perlu anda buat jika barangan anda masih lagi tak sampai atau hilang tanpa kesan walau berminggu atau berbulan, sebaiknya hubungi pihak SPX tersebut.
Sekiranya anda inginkan kepastian atau mempunyai sebarang kemusykilan yang melibatkan dengan lokasi Shopee Express U10 Sorting Centre ini, sila hubungi contact number yang disertakan.
Shopee Express Contact Number
Berikut adalah nombor telefon Shopee Express customer service center yang boleh anda call untuk bertanyakan tentang status lokasi parcel atau barangan yang perlu diterima.
+603 - 2777 9222
Waktu Operasi
Monday to Friday
9.00 AM to 5.30 PM
Saturday
9.00 AM to 1.00 PM
Sunday : CLOSED
Google Map
Sila rujuk koordinat GPS bagi lokasi sorting center ini berdasarkan kepada nombor Latitude dan Longitude yang boleh didapati daripada peta lokasi yang dikongsikan dan berkemungkinan di sinilah tempatnya tetapi tiada kepastian.
Diharap perkongsian tentang kat mana lokasi sebenar U10 Sorting Centre Shopee Express ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mencari maklumat atau tracking status penghantaran barang anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog