Anda sedang mencari cara mudah untuk tukar background aplikasi Google Meet kerana inginkan latar belakang yang lebih baik atau mengikut citarasa sendiri di telefon, laptop atau komputer peribadi? Tak susah pun sebenarnya.
Normal sekiranya anda boring dengan tema yang sedia ada dan inginkan pembaharuan atau berniat untuk menukarnya dengan mengikut selera dan mood masing-masing, jangan bimbang, kami ada caranya yang sangat senang.
Aplikasi Google Meet atau video call pada zaman sekarang sememangnya satu keperluan untuk semua orang, lebih-lebih lagi mereka yang berkerja secara online atau anda yang perlu berhubung dengan sesiapa sahaja dari jarak jauh atau di mana sahaja di dunia.
Banyak ciri-ciri yang sangat baik serta dengan berbagai pilihan yang boleh anda tukar di handphone (hp) atau gadget yang lain seperti iPhone, iPad, Android dan sebagainya, namun anda harus tahu bagaimana cara-caranya dengan betul.
Cara Tukar Background Google Meet Dengan Mudah
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda buat yang ditunjukkan satu-persatu bergambar tutorial yang mungkin memudahkan anda untuk faham dan mengaplikasikannya di telefon bimbit atau pc.
Guna Telefon Android atau iPhone
1. Sila buka app Google Meet yang telah install di telefon atau boleh download di Google Play atau Apple Store.
2. Anda perlu buat meeting yang terbaru dan join perjumpaan berkenaan.
3. Klik pada icon Effects di sebelah bawah dan kanan, kemudian senarai Background Effects akan terpapar dengan banyaknya.
4. Pilih tema background yang anda suka atau masukkan gambar sendiri untuk latar belakang iaitu di Upload Background Image yang berdekatan pilihan tema yang terdapat dalam paparan tersebut.
5. Kemudian, tap Close atau X (pangkah) untuk menggunakannya.
Ada sesetengah telefon bimbit yang tidak support spesifikasi tertentu dalam Google Meet akan menyebabkan anda tidak dapat menukar background tersebut, biasanya Android atau Iphone terkini sahaja yang boleh dibuat.
Guna Laptop atau Desktop
1. Buka website Google Meet di meet.google.com
2. Pastikan anda telah login ke akaun Google, seterusnya klik perjumpaan iaitu New Meeting.
3. Kemudian klik start an instant meeting seperti yang ditunjukkan.
4. Klik pada ikon yang mempunyai tiga titik di bahagian bawah paparan.
5. Seterusnya klik pada bahagian Option Change Background / Apply Visual Effects.
6. Buat pilihan background yang manakah menjadi kesukaan hati. - Support
Jika Tak Berjaya di Komputer
Jika anda masih lagi belum berjaya untuk ganti paparan background Google Meet berkemungkinan besar banyak sebab yang menyebabkan anda tak dapat membuatnya walaupun sudah berkali-kali cuba nak tukar dan antara puncanya adalah:
Kesimpulan
Kalau anda suka explore atau nak tahu sesuatu yang baru dan suka godek-godek semua apps yang ada, pasti aplikasi ni mudah saja nak buat sebab dah biasa. Kan?
Sekarang korang dah berjaya tukar background ke belum? Kalau success, syabas diucapkan. Kalau tak boleh, sila cuba lagi. Tak susah pun sebenarnya dan Google Meet ni paling simple latarbelakangnya. - Bukit Besi Blog