Senarai Cawangan Pejabat Buruh Negeri Pahang (JTK)

Pejabat Buruh Negeri Pahang

Dikongsikan maklumat lengkap senarai cawangan Pejabat Buruh yang berada di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di daerah negeri Pahang berserta alamat lokasi terdekat, nombor telefon, faks dan waktu operasi.

Jabatan yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia ini mentadbir dan menguruskan JTK serta melindungi kepentingan dan memajukan masyarakat industri yang terdiri daripada golongan pekerja, majikan, stakeholders dan masyarakat awam.

Senarai Cawangan Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Pahang


Pejabat Tenaga Kerja Pahang

Jika anda adalah seorang pekerja yang menghadapi masalah di tempat kerja atau dengan majikan, anda perlu buat aduan atau pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Buruh yang kini dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang terdekat seperti dalam senarai di bawah:

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang
Tingkat 6,
Bangunan Persekutuan,
Jalan Gambut, 25532,
Kuantan, Pahang.

Contact Number
09-5162709

Telekerja Hotline
09-5159111

Fax Number
09-5165606

E-mel : jtknpahang[at]mohr.gov.my

Portal Rasmi
https://jtksm.mohr.gov.my/

Google Map

KUANTAN

Pejabat Tenaga Kerja Kuantan
Tingkat 2,
Bangunan Persekutuan,
Jalan Gambut,
25532 Kuantan, Pahang.

Telefon : 09-5163144 / 5146042
Telekerja : 09-5159111
Faksimili : 09-5165119
E-mel : jtkdkuantan[at]mohr.gov.my

BENTONG

Pejabat Tenaga Kerja Bentong
P18-1 & P19-1, Jalan MG2,
Pusat Perniagaan Mutiara Gemilang,
28700 Bentong, Pahang.

Telefon : 09-2221402
Telekerja : 09-2228111
Faksimili : 09-2231027
E-mel : jtkdbentong[at]mohr.gov.my

RAUB

Pejabat Tenaga Kerja Raub
Tingkat 2,
Bangunan Gunasama Persekutuan,
Jalan Tengku Abd Samad,
Bukit Koman, 27600,
Raub, Pahang.

Telefon : 09-3551166
Telekerja : 09-3559111
Faksimili : 09-3558707
E-mel : jtkdraub[at]mohr.gov.my

TEMERLOH

Pejabat Tenaga Kerja Temerloh
Tingkat 4,
Bangunan Persekutuan,
Jalan Merdeka,
28000 Temerloh, Pahang.

Telefon : 09-2961207
Telekerja : 09-2969111
Faksimili : 09-2961015
E-mel : jtkdtemerloh[at]mohr.gov.my

PEKAN

Pejabat Tenaga Kerja Pekan
Tingkat 2B, Bangunan Tabung Haji,
Jalan Tengku Ampuan,
26600 Pekan, Pahang.

Telefon : 09-4221319 / 4227573
Faksimili : 09-4224751
E-mel : jtkdpekan[at]mohr.gov.my

*Waktu operasi mengikut waktu pejabat kerajaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh JTKSM


1. Mahkamah Buruh
Mahkamah buruh merupakan satu mekanisme pengadilan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan tuntutan pekerja terhadap majikan atau sebaliknya.

2. Mengendalikan Aduan Awam
Jabatan Tenaga Kerja juga bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah pekerja/majikan yang berkaitan dengan isu-isu perburuhan.

3. Pengeluaran Permit Perburuhan
JTK boleh memberi pengecualian dari pemakaian peruntukan undang-undang buruh tertentu melalui pemberian permit-permit perburuhan.

4. Khidmat Nasihat dan Pendidikan Perburuhan
Memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan secara terus kepada majikan atau pekerja bagi mewujudkan kesedaran kepada mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab masing-masing di bawah undang- undang yang dikuatkuasakan oleh JTK.

5. Mengendalikan Tuntutan Pampasan Pekerja
JTK mengendalikan tuntutan pampasan pekerja yang kemalangan ketika menjalankan tugas menerusi penguatkuasaan Akta Pampasan Pekerja 1952.

Akta ini melindungi pekerja termasuk pekerja warganegara asing yang bekerja di Malaysia secara sah berserta kakitangan kerajaan manual dengan had gaji tertentu.

6. Meluluskan Pelan Pembinaan atau Ubahsuai Rumah Pekerja dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak
JTK bertanggungjawab mengawal pembinaan rumah pekerja dan pusat jagaan kanak-kanak khasnya oleh majikan di sektor perladangan dan perkilangan supaya semuanya sempurna dan selesa berserta kemudahan-kemudahan asas yang statutori (Undang-undang atau Peraturan).

7. Menguruskan Pendaftaran dan Penempatan Kerja OKU di Sektor Swasta
Jawatankuasa Kebangsaan Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya (OKU) Di Sektor Swasta telah ditubuhkan untuk memenuhi tanggungjawab sosial JTK untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik di sektor swasta.

8. Jobs Malaysia
Sistem Penjodohan Perkerjaan (JSC) di ELX secara automatik, kini dikenali sebagai Jobs Malaysia disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memberikan peluang kepada mereka yang sedang mencari kerja yang sesuai.

Majikan juga berpeluang untuk mendapatkan pekerja yang bersesuaian berpandukan kepada sistem yang telah menumpukan kepada pencari kerja dengan membuat permohonan mengisi jawatan kosong secara online di laman jobsmalaysia.gov.my.

9. Bimbingan Kerjaya
Memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta menyampaikan maklumat terkini kepada semua pelajar terlibat, lepasan sekolah dan pencari kerja berserta menjalinkan hubungan baik dengan IPT, pertubuhan, industri dan jabatan kerajaan.

10. Pengeluaran Lesen Agensi Perkerjaan Swasta
Mendaftar dan mengeluarkan lesen kepada semua agensi pekerjaan swasta selaras dengan kehendak Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

11. Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian dan Penempatan Semula
Bilik Gerakan ini telah diwujudkan berpandukan kepada beberapa perkara berikut untuk mengendalikan masalah pekerja dan majikan seperti:

  • Merekod dan memantau sebarang kes pemberhentian di sektor swasta
  • Membantu dan menempatkan semula pekerja yang diberhentikan
  • Khidmat nasihat yang berkait dengan proses dan prosedur pemberhentian

Cara Buat Aduan


Sebarang aduan berkaitan dengan pekerja dan majikan, orang awam dan dari pelbagai pihak termasuk agensi-agensi lain, anda boleh memfailkan aduan secara online atau melalui saluran berikut selain pergi ke pejabat cawangan JTK atau PTK yang berdekatan:

  • Surat dihantarkan kepada JTK berhampiran
  • Email ke jabatan terpilih
  • Talian Hotline 03-8000 8000

Maklumat Yang Diperlukan

  • Nama dan alamat pihak yang diadu
  • Nama dan alamat pengadu
  • Semua isu aduan berkaitan
  • Dokumen sokong (jika ada)
    • Surat Lantikan / Kontrak Perkhidmatan
    • Slip Gaji

Diharap perkongsian senarai lengkap cawangan Pejabat Tenaga Kerja yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur ini dapat memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog