Senarai Cawangan Pejabat Buruh Negeri Pulau Pinang (JTK)

Pejabat Buruh Negeri Pulau Pinang

Dikongsikan maklumat lengkap senarai cawangan Pejabat Buruh yang berada di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di daerah negeri Pulau Pinang berserta alamat lokasi terdekat, nombor telefon, faks dan waktu operasi.

Jabatan yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia ini mentadbir dan menguruskan JTK serta melindungi kepentingan dan memajukan masyarakat industri yang terdiri daripada golongan pekerja, majikan, stakeholders dan masyarakat awam.

Senarai Cawangan Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang


Pejabat Tenaga Kerja Pulau Pinang

Jika anda adalah seorang pekerja yang menghadapi masalah di tempat kerja atau dengan majikan, anda perlu buat aduan atau pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Buruh yang kini dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang terdekat seperti dalam senarai di bawah:

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pulau Pinang
Tingkat 1,
Bangunan Tuanku Syed Putra,
10300 Pulau Pinang.

Contact Number
04-2632087 / 04-2613324 / 04-2613123

Fax Number
04-2638605

Telekerja
04-2639111

E-mel : jtknppinang[@]mohr.gov.my

Portal Rasmi
https://jtksm.mohr.gov.my/

Google Map

GEORGETOWN

Pejabat Tenaga Kerja Georgetown
Tingkat 2,
Bangunan Tuanku Syed Putra,
Lebuh Downing, 10300,
Penang.

Nombor Telefon
04-2625536 / 04-2625537 / 04-2625538

Nombor Faks
04-2611929

E-mel : jtkdgtown[@]mohr.gov.my

BUTTERWORTH

Pejabat Tenaga Kerja Butterworth
Aras 2, Anjung B,
Wisma Persekutuan Seberang Perai Utama,
Jalann Bertam, 13200,
Kepala Batas, Pulau Pinang.

Telefon : 04-5751957
Telekerja : 04-5751964
Faksimili : 04-5751799
E-mel : jtkdbworth[@]mohr.gov.my

*Waktu operasi mengikut waktu pejabat kerajaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh JTKSM


1. Mahkamah Buruh
Mahkamah buruh merupakan satu mekanisme pengadilan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan tuntutan pekerja terhadap majikan atau sebaliknya.

2. Mengendalikan Aduan Awam
Jabatan Tenaga Kerja juga bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah pekerja/majikan yang berkaitan dengan isu-isu perburuhan.

3. Pengeluaran Permit Perburuhan
JTK boleh memberi pengecualian dari pemakaian peruntukan undang-undang buruh tertentu melalui pemberian permit-permit perburuhan.

4. Khidmat Nasihat dan Pendidikan Perburuhan
Memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan secara terus kepada majikan atau pekerja bagi mewujudkan kesedaran kepada mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab masing-masing di bawah undang- undang yang dikuatkuasakan oleh JTK.

5. Mengendalikan Tuntutan Pampasan Pekerja
JTK mengendalikan tuntutan pampasan pekerja yang kemalangan ketika menjalankan tugas menerusi penguatkuasaan Akta Pampasan Pekerja 1952.

Akta ini melindungi pekerja termasuk pekerja warganegara asing yang bekerja di Malaysia secara sah berserta kakitangan kerajaan manual dengan had gaji tertentu.

6. Meluluskan Pelan Pembinaan atau Ubahsuai Rumah Pekerja dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak
JTK bertanggungjawab mengawal pembinaan rumah pekerja dan pusat jagaan kanak-kanak khasnya oleh majikan di sektor perladangan dan perkilangan supaya semuanya sempurna dan selesa berserta kemudahan-kemudahan asas yang statutori (Undang-undang atau Peraturan).

7. Menguruskan Pendaftaran dan Penempatan Kerja OKU di Sektor Swasta
Jawatankuasa Kebangsaan Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya (OKU) Di Sektor Swasta telah ditubuhkan untuk memenuhi tanggungjawab sosial JTK untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik di sektor swasta.

8. Jobs Malaysia
Sistem Penjodohan Perkerjaan (JSC) di ELX secara automatik, kini dikenali sebagai Jobs Malaysia disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memberikan peluang kepada mereka yang sedang mencari kerja yang sesuai.

Majikan juga berpeluang untuk mendapatkan pekerja yang bersesuaian berpandukan kepada sistem yang telah menumpukan kepada pencari kerja dengan membuat permohonan mengisi jawatan kosong secara online di laman jobsmalaysia.gov.my.

9. Bimbingan Kerjaya
Memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta menyampaikan maklumat terkini kepada semua pelajar terlibat, lepasan sekolah dan pencari kerja berserta menjalinkan hubungan baik dengan IPT, pertubuhan, industri dan jabatan kerajaan.

10. Pengeluaran Lesen Agensi Perkerjaan Swasta
Mendaftar dan mengeluarkan lesen kepada semua agensi pekerjaan swasta selaras dengan kehendak Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

11. Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian dan Penempatan Semula
Bilik Gerakan ini telah diwujudkan berpandukan kepada beberapa perkara berikut untuk mengendalikan masalah pekerja dan majikan seperti:

  • Merekod dan memantau sebarang kes pemberhentian di sektor swasta
  • Membantu dan menempatkan semula pekerja yang diberhentikan
  • Khidmat nasihat yang berkait dengan proses dan prosedur pemberhentian

Cara Buat Aduan


Sebarang aduan berkaitan dengan pekerja dan majikan, orang awam dan dari pelbagai pihak termasuk agensi-agensi lain, anda boleh memfailkan aduan secara online atau melalui saluran berikut selain pergi ke pejabat cawangan JTK atau PTK yang berdekatan:

  • Surat dihantarkan kepada JTK berhampiran
  • Email ke jabatan terpilih
  • Talian Hotline 03-8000 8000

Maklumat Yang Diperlukan

  • Nama dan alamat pihak yang diadu
  • Nama dan alamat pengadu
  • Semua isu aduan berkaitan
  • Dokumen sokong (jika ada)
    • Surat Lantikan / Kontrak Perkhidmatan
    • Slip Gaji

Diharap perkongsian senarai lengkap cawangan Pejabat Tenaga Kerja yang terdapat di negeri Pulau Pinang ini dapat memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog