Senarai Cawangan Pejabat Buruh Negeri Selangor (JTK)

Pejabat Buruh Negeri Selangor

Dikongsikan maklumat lengkap senarai cawangan Pejabat Buruh yang berada di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di daerah negeri Selangor berserta alamat lokasi terdekat, nombor telefon, faks dan waktu operasi.

Jabatan yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia ini mentadbir dan menguruskan JTK serta melindungi kepentingan dan memajukan masyarakat industri yang terdiri daripada golongan pekerja, majikan, stakeholders dan masyarakat awam.

Senarai Cawangan Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Selangor


Pejabat Tenaga Kerja Selangor

Jika anda adalah seorang pekerja yang menghadapi masalah di tempat kerja atau dengan majikan, anda perlu buat aduan atau pergi ke mana-mana cawangan Pejabat Buruh yang kini dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang terdekat seperti dalam senarai di bawah:

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor
Suite A405-7 Tingkat,
3A West Wing,
Wisma Consplant 2,
No. 7, Jalan SS 16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor.

Contact Number
03-56328800

Fax Number
03-56361534

E-mel : jtknselangor[at]mohr.gov.my

Portal Rasmi
https://jtksm.mohr.gov.my/

Google Map

SUBANG JAYA

Pejabat Tenaga Kerja Subang Jaya
Lot B210 & C208, Tingkat 2,
Wisma Consplant 2,
No. 7 Jalan SS16/1,
47509 Subang Jaya, Selangor.

Telefon : 03-56384535
Telekerja : 03-56329111
Tel JCS : 03-56384535 samb. 128
Faksimili : 03-56328259
E-mel : jtkdsjaya[at]mohr.gov.my

KLANG

Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang
Persiaran Raja Muda Musa,
42000 Pelabuhan Kelang,
Selangor.

Telefon : 03-31656555 / 31651541
Faksimili : 03-31651543
E-mel : jtkdklang[at]mohr.gov.my

RAWANG

Pejabat Tenaga Kerja Rawang
Lot 3, Jln RP 4/1,
Taman Rawang Perdana,
48000 Rawang, Selangor.

Telefon : 03-60916533
Telekerja : 03-60929111
Faksimili : 03-60922144
E-mel : jtkdrawang[at]mohr.gov.my

BANGI

Pejabat Tenaga Kerja Bangi
No. 709, Tingkat Bawah 1&2,
Blok C, Diamond Kompleks,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Telefon : 03-89251000
Telekerja : 03-892529111
Faksimili : 03-89252768
E-mel : jtkdbangi[at]mohr.gov.my

KUALASELANGOR

Pejabat Tenaga Kerja Kuala Selangor
Tingkat 7, Kompleks PKNS,
45000 Kuala Selangor,
Selangor.

Telefon : 03-32896467 / 6471
Telekerja : 03-32896471
Faksimili : 03-32896476
E-mel : jtkdkselangor[at]mohr.gov.my

*Waktu operasi mengikut waktu pejabat kerajaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh JTKSM


1. Mahkamah Buruh
Mahkamah buruh merupakan satu mekanisme pengadilan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan tuntutan pekerja terhadap majikan atau sebaliknya.

2. Mengendalikan Aduan Awam
Jabatan Tenaga Kerja juga bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah pekerja/majikan yang berkaitan dengan isu-isu perburuhan.

3. Pengeluaran Permit Perburuhan
JTK boleh memberi pengecualian dari pemakaian peruntukan undang-undang buruh tertentu melalui pemberian permit-permit perburuhan.

4. Khidmat Nasihat dan Pendidikan Perburuhan
Memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan secara terus kepada majikan atau pekerja bagi mewujudkan kesedaran kepada mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab masing-masing di bawah undang- undang yang dikuatkuasakan oleh JTK.

5. Mengendalikan Tuntutan Pampasan Pekerja
JTK mengendalikan tuntutan pampasan pekerja yang kemalangan ketika menjalankan tugas menerusi penguatkuasaan Akta Pampasan Pekerja 1952.

Akta ini melindungi pekerja termasuk pekerja warganegara asing yang bekerja di Malaysia secara sah berserta kakitangan kerajaan manual dengan had gaji tertentu.

6. Meluluskan Pelan Pembinaan atau Ubahsuai Rumah Pekerja dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak
JTK bertanggungjawab mengawal pembinaan rumah pekerja dan pusat jagaan kanak-kanak khasnya oleh majikan di sektor perladangan dan perkilangan supaya semuanya sempurna dan selesa berserta kemudahan-kemudahan asas yang statutori (Undang-undang atau Peraturan).

7. Menguruskan Pendaftaran dan Penempatan Kerja OKU di Sektor Swasta
Jawatankuasa Kebangsaan Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya (OKU) Di Sektor Swasta telah ditubuhkan untuk memenuhi tanggungjawab sosial JTK untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik di sektor swasta.

8. Jobs Malaysia
Sistem Penjodohan Perkerjaan (JSC) di ELX secara automatik, kini dikenali sebagai Jobs Malaysia disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memberikan peluang kepada mereka yang sedang mencari kerja yang sesuai.

Majikan juga berpeluang untuk mendapatkan pekerja yang bersesuaian berpandukan kepada sistem yang telah menumpukan kepada pencari kerja dengan membuat permohonan mengisi jawatan kosong secara online di laman jobsmalaysia.gov.my.

9. Bimbingan Kerjaya
Memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta menyampaikan maklumat terkini kepada semua pelajar terlibat, lepasan sekolah dan pencari kerja berserta menjalinkan hubungan baik dengan IPT, pertubuhan, industri dan jabatan kerajaan.

10. Pengeluaran Lesen Agensi Perkerjaan Swasta
Mendaftar dan mengeluarkan lesen kepada semua agensi pekerjaan swasta selaras dengan kehendak Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

11. Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian dan Penempatan Semula
Bilik Gerakan ini telah diwujudkan berpandukan kepada beberapa perkara berikut untuk mengendalikan masalah pekerja dan majikan seperti:

  • Merekod dan memantau sebarang kes pemberhentian di sektor swasta
  • Membantu dan menempatkan semula pekerja yang diberhentikan
  • Khidmat nasihat yang berkait dengan proses dan prosedur pemberhentian

Cara Buat Aduan


Sebarang aduan berkaitan dengan pekerja dan majikan, orang awam dan dari pelbagai pihak termasuk agensi-agensi lain, anda boleh memfailkan aduan secara online atau melalui saluran berikut selain pergi ke pejabat cawangan JTK atau PTK yang berdekatan:

  • Surat dihantarkan kepada JTK berhampiran
  • Email ke jabatan terpilih
  • Talian Hotline 03-8000 8000

Maklumat Yang Diperlukan

  • Nama dan alamat pihak yang diadu
  • Nama dan alamat pengadu
  • Semua isu aduan berkaitan
  • Dokumen sokong (jika ada)
    • Surat Lantikan / Kontrak Perkhidmatan
    • Slip Gaji

Diharap perkongsian senarai lengkap cawangan Pejabat Tenaga Kerja yang terdapat di negeri Selangor Darul Ehsan ini dapat memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog