Senarai modul Latihan Matematik Tahun 1 ini berpandukan kepada Kurikulum KSSR adalah himpunan soalan dan ujian yang dikongsikan oleh ramai guru di Malaysia dalam bentuk file PDF dan boleh di download secara online mengikut topik pilihan.
Untuk menguji tahap kefahaman serta kemahiran seorang pelajar dengan semua mata pelajaran di sekolah, murid-murid perlu melalui pelbagai sesi pembelajaran serta lebih kerap membuat latih tubi untuk menyelesaikan setiap bentuk masalah.
Seorang guru telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna di dalam kelas dan apabila di rumah, ibu bapa pula perlu memantau setiap perkara yang anak belajar termasuk Matematik supaya terus ingat apa yang dipelajarinya pada setiap hari.
Soalan Latihan Matematik Tahun 1 Mengikut Topik
Untuk murid sekolah rendah yang ingin menguasai Matematik dengan kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami konsep nombor dengan mudah diwajibkan melakukan latih tubi di rumah selain belajar di dalam kelas bersama guru.
Berikut adalah koleksi senarai kumpulan Latihan Matematik Tahun 1 dalam file PDF yang perlu anda download melalui pautan yang disediakan dan kemudiannya boleh dicetak atau digunakan di komputer atau telefon.
- Nombor Sehingga 10
- Tambah dan Tolak Hingga 10
- Nombor Sehingga 20
- Tambah dan Tolak Sehingga 20
- Nombor Sehingga 100
- Tambah dan Tolak Sehingga 100
- Masa dan Waktu
- Wang (Duit)
- Panjang
- Berat
- Bentuk
- Pecahan
- Isipadu Cecair
17 Tips Kuasai Subjek Matematik Dengan Mudah dan Berkesan
Apabila seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan melangkah ke darjah 1, sebagai ibu bapa wajib memastikan anak telah bersedia untuk belajar lebih-lebih lagi dengan subjek Matematik yang akan menguji akal dan fikirannya.
Untuk itu, perkongsian tips menguasai subjek Math dengan cepat dan mudah daripada laman Facebook Teacher Collection, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anak anda dan terutamanya ibu dan ayah yang akan membantunya.
1. Pastikan anak telah pun mengenal nombor dari 1 hingga 100 dengan baik sepenuhnya.
2. Bantulah anak untuk mengeja semua nombor-nombor berkenaan dengan menggunakan perkataan atau boleh juga guna teknik nyanyian.
3. Anak perlu tahu mengira dan dapat mewakilkan kuantiti nombor yang ada atau mampu membilang dengan sempurna.
4. Membilang angka 1-1, 2-2, 5-5 dan 10-10 secara tertib menurun dan menaik. Cara ini juga adalah sebagai pengenalan untuk anak kepada apa itu sifir 2, 5 dan 10.
5. Tahu untuk menambah dan tolak sehingga angka 100 dan membundar.
6. Mengenal pasti nila tempat (sa-puluh) dan nilai digit.
7. Kenal dengan alat pengukur bukan piawai seperti jengkal, langkah dan depa.
8. Dapat kuasai konsep pecahan bagi penuh, separuh dan suku.
9. Melihat atau dapat membaca putaran jam yang mudah, contoh 2 petang / 7 setengah pagi.
10. Buat perbandingan kuantiti iaitu lebih banak, lebih panjang, lebih berat dan sebagainya.
11. Mengenal mata wang Malaysia, menambah dan tolak nilai duit sehingga RM10.
12. Penyelesaian setiap permasalahan dengan mudah.
13. Tahu tentang tarikh, hari, bulan dan tahun.
14. Kenali bentuk mudah seperti kon, silinder dan kubus.
15. Perwakilan data.
16. Istilah separuh, setengah, suku dan penuh bagi isipadu cecair dan kuantiti objek dalam bekas.
17. Abakus dan gundalan.
Perkongsian tips di atas adalah antara tajuk dan kemahiran yang pastinya ada dalam pelajaran Tahun 1, ia agak banyak dan pastikan paling kurang sebelum melangkah ke Tahun 1, anak telah menguasai point nombor 1 sehingga 5 dengan baik.
Dalam masa yang sama, ibu atau ayah perlu juga menekankan tentang nilai duit dan daripada pengalaman seorang cikgu mengatakan ramai murid-murid darjah satu yang sentiasa keliru dengan tajuk ini yang semestinya terdapat dalam subjek Matematik Tahun 1 dalam sesi persekolahan.
Intensif Asas Matematik Tahun 1
Berikut adalah modul Matematik Darjah 1 untuk latihan intensif asas yang mempunyai lebih daripada 289 soalan secara keseluruhan dengan tulisan dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan English dengan kandungan seperti berikut:
1. Numbers to 10
2. Addition and Subtraction to 10
3. Numbers to 20
4. Addition and Subtraction to 20
5. Numbers to 100
6. Addition and Subtraction to 100
7. Fraction
8. Money
9. Time
10. Length
11. Weight
12. Volume of Liquid
13. Space
Kertas soalan tersebut dikongsikan oleh Professional Maths Centre daripada Cikgu Rajaei Ali Maths Catch, Pusat Tuisyen, yang menekankan tentang sistem, strategi, kaedah dan teknik yang terdapat di dalamnya diperlukan oleh seorang kanak-kanak.
Keistimewaan yang terdapat di dalam modul soalan peperiksaan ini juga boleh dijadikan sebagai panduan lengkap untuk murid yang mempelajari subjek Matematik dalam darjah satu malahan amat sesuai untuk murid yang masih lemah dengan asas utama.
Kesimpulan
Setiap manusia dianuegrahkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri begitu juga dengan anak yang dilahirkan, tiada seorang pun yang tidak pandai atau lemah dalam Matematik.
Perbezaan seorang murid yang pintar dengan yang kurang cemerlang dalam subjek ini adalah yang pandai sudah dapat menguasainya serta mempunyai kaedah dan teknik yang berkesan sehingga menjadikan ia bijak mengatur strategi berpandukan kepada satu sistem.
Bagi kanak-kanak yang lemah pula, bukannya tak tahu tetapi masih lagi belum menjumpai teknik yang sebenar atau masih belum bersesuaian dengan dirinya lagi menyebabkan ia gagal pada ketika ini, teruskan mengajar dan memantau.
Jika setiap hari didedahkan dengan subjek ini ditambahkan dengan berbagai latihan, bukan Matematik sahaja yang anak tersebut akan berjaya tetapi kesemuanya sekali dalam satu masa sekiranya bersesuaian.
Semoga perkongsian soalan Latihan Matematik Tahun 1 ini dapat memudahkan semua urusan ibu bapa dan murid-murid yang ingin terus belajar serta untuk berjaya dalam pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog