Setiap tahun pada tarikh 16 Mei adalah sangat istimewa untuk semua warga pendidik kerana ia adalah perayaan sambutan Hari Guru Malaysia semenjak tahun 1956 sehingga ke hari ini tahun 2022 dengan tema yang masih belum diketahui.
Disebabkan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengalu-alukan idea cadangan Tema Hari Guru bagi tahun ini yang dibuka kepada semua guru-guru yang mengajar samada di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.
Objektif Hari Guru
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Panduan Mencipta Tema Hari Guru Tahun 2022
Tema Hari Guru untuk tahun 2022 telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan iaitu Datuk Dr Radzi Jidin menerusi pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu di Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.
"Guru Tunjang Sekolah Sejahtera"
Memetik laporan Berita Harian, semua golongan pendidik seharusnya senantiasa menyedari profesion sebagai seorang GURU amat dipandang tinggi oleh segenap lapisan masyarakat malahan sangat dihormati.
Guru-gurulah yang bertanggungjawab melahirkan ramai generasi demi generasi dengan menyemai bakti dan menabur budi sehingga lahirnya generasi baharu yang akan mengemudi negara tercinta ke arah yang terbaik.
1. Tema Hari Guru Tahun 2022 hendaklah dicipta dengan mengambil kira Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dasar kerajaan dan dasar pendidikan terkini berdasarkan aspek berikut:
- Wawasan Kemakmuran Bersama 2030:
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
- Memelihara cara hidup demokratik.
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.
- Menjamin keterbukaan terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.
- Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.
- Kesediaan pendidik meningkatkan profesionalisme yang memberi penekanan kepada kualiti, produktiviti dan modenisasi (KPM) dalam persekitaran keluarga Malaysia.
- Membudayakan keunggulan profesionalisme guru yang berteraskan amalan nilai mulia, penguasaan teknologi digital dan semangat keluarga Malaysia bagi melahirkan generasi yang inklusif, berintegriti serta bermotivasi tinggi untuk kesediaan masa hadapan.
- Membudayakan nilai etika, integriti dan amalan mulia dalam kalangan guru.
- Meningkatkan keterangkuman penguasaan teknologi digital dalam pendidikan.
- Memperkasakan kebersamaan guru dalam penyampaian pendidikan berkualiti.
- Melestarikan kualiti, produktiviti dan modernisasi pendidikan melalui apresiasi semangat keluarga Malaysia.
- Membudayakan nilai kasih sayang, kegembiraan serta hormat-menghormati antara pihak guru dan ibu bapa.
- Permuafakatan antara ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dengan warga pendidik dalam dunia pendidikan.
2. Setiap tema yang dikemukakan perlu disertakan dengan huraian tema yang jelas dan lengkap dalam aplikasi Google Forms Laman PNM atau imbasan kod QR di bawah:
3. Semua cadangan Tema Hari Guru Tahun 2022 hendaklah dikemukakan pada atau sebelum tarikh tutup 8 Februari 2022 (Selasa) melalui aplikasi Google Forms seperti dinyatakan di atas.
4. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Guru Tahun 2022 adalah muktamad.
Senarai Tema Hari Guru Kebangsaan Tahun 1972-2021
Berikut adalah senarai tema-tema perayaan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan daripada tahun 1972 sehingga 2021 yang telah menjadi sejarah dalam dunia pendidikan serta dikumpulkan yang boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
- 2021 - Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2020 - Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2019 - Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
- 2018 - Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- 2017 - Guru Pembina Negara Bangsa
- 2016 - Guru Pembina Negara Bangsa
- 2015 - Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2014 - Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
- 2013 - Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
- 2012 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
- 2011 - Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
- 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa
- 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa
- 2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2007 - Guru Penjana Modal Insan Gemilang
- 2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
- 2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
- 1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
- 1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
- 1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
- 1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
- 1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
- 1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
- 1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1978 - Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
- 1977 - Dedikasi dan Displin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
- 1975 - Guru dan Pembangunan Negara
- 1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknlogi
- 1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
- 1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Semoga perkongsian maklumat tentang panduan mencipta tema untuk sambutan perayaan Hari Guru bagi tahun 2022 ini, bermanfaat untuk semua warga pendidik di Malaysia. - Bukit Besi Blog