Lokasi Cawangan Pejabat PERKESO Negeri Perlis

PERKESO Perlis

Dikongsikan maklumat lengkap cawangan pejabat PERKESO yang terdapat di negeri Perlis berserta alamat lokasi, nombor telefon hotline customer service dan waktu operasi.

Dipanggil sebagai Pertubuhan Keselamatan Sosial atau dalam Bahasa Inggeris, SOCSO (Social Security Organisation) yang ditubuhkan sejak dari tahun 1971 untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua para pekerja.

PERKESO adalah salah satu agensi atau Jabatan Kerajaan yang berada di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang membantu untuk mentadbir dan memberikan bantuan dari segi kewangan dan perubatan kepada pekerja yang layak.

Banyak kebaikan dan kelebihan PERKESO yang ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berkerja dengan pelbagai skim dan faedah menarik sebagai perlindungan kepada mereka yang sakit atau kemalangan serta terdapat bantuan kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan pekerja itu sendiri dan banyak lagi iaitu:

Skim Insurans Bencana Perkerjaan

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani
  • Kemudahan Pemulihan Vokasional
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Skim Keilatan

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani
  • Kemudahan Pemulihan Vokasional
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Alamat Lokasi Pejabat PERKESO Negeri Perlis


Perkeso Perlis Contact Number

Jika anda bercadang untuk pergi ke cawangan yang terdekat tetapi tidak tahu lokasi yang tepat, sila rujuk info yang dinyatakan di bawah mungkin berhampiran di kawasan tempat tinggal anda.

Pejabat PERKESO Kangar
No. 6A & 8A,
Jalan Hospital,
01000 Kangar, Perlis

Google Map


Nombor Telefon
04 - 976 7100

Nombor Faks
04 - 976 9877

Waktu Operasi
8.00 Pagi - 5.00 Petang
(Isnin - Jumaat)

Customer Service Contact Number

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan dengan pendaftaran, kelayakan, caruman, skim tertentu, Sistem Insurans Perkerjaan (SIP) dan sebagainya, anda boleh terus menghubungi pihak berkenaan melalui talian hotline, website dan media sosial.

1-300-22-8000

Waktu Pejabat
8:00 a.m. - 5:00 p.m.
(Monday - Friday)

Senarai Pautan Online PERKESO

Portal Rasmi
https://www.perkeso.gov.my

Employment Insurance System (EIS)
https://eis.perkeso.gov.my


Media Sosial PERKESO


Diharap perkongsian senarai cawangan pejabat PERKESO di negeri Perlis Indera Kayangan ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog