Senarai Jenis Baka-Baka Kucing Yang Popular Seluruh Dunia

Baka-Baka Kucing

Jika anda adalah seorang pencinta kucing yang comel adalah sebaiknya mengambil tahu sedikit sebanyak tentang jenis-jenis nama baka haiwan peliharaan kesayangan Nabi Muhammad SAW yang terdapat di Malaysia dan seluruh dunia sebagai satu pengetahuan.

Apabila anda membela kucing, anda wajib memastikan setiap kebajikan, kesihatan dan keperluannya dipenuhi walau dalam apa keadaan sekalipun kerana ini adalah tanggungjawab anda yang ditugaskan memeliharanya.

Walau bagaimanapun, haiwan yang cute miut ini mempunyai pelbagai bentuk besar, kecil dan warna warni mengikut baka dan jenis tertentu sehingga ada yang berkaki pendek, berbulu lebat, warna yang menarik amat istimewa, cantik dan sebagainya.

Senarai Nama dan Jenis Baka Kucing Di Dunia


Jenis nama baka kucing

Setiap jenis baka kucing mempunyai nama yang berbeza-beza unik dan ada yang pelik termasuk kucing kampung atau yang liar yang boleh dilihat di mana-mana sahaja. Berikutnya sedikit penerangan berkaitan untuk pengetahuan anda.

Munchkin


Munchkin

Kucing Munchkin sangat menarik kerana memiliki kaki yang agak kecil serta telinga yang berbentuk segitiga berserta bebola mata yang agak besar yang menjadikan ia amat diminati oleh ramai orang di seluruh dunia.

Dengan saiz yang sederhana dan hampir menyerupai dengan baka kucing lain tetapi dapat dikenali dengan satu-satunya ciri yang jelas boleh dikenalpasti iaitu kaki yang pendek dan boleh membuat lompatan yang agak terbatas tetapi mempunyai kekuatan pada kelajuannya.

Berikut adalah senarai kucing Munchkin yang dikacukkan dengan jenis atau baka lain yang kelihatan sangat comel dan gebu bulu-bulunya ditambah warna yang sangat cantik menarik perhatian sesiapa saja.

  • Persian Munchkin
  • Ragdoll Munchkin
  • Scottish Fold Munchkin

Maine Coon


Maine Coon

Ia agak berbeza dengan kucing yang lain kerana badannya yang agak besar dan panjang malahan berat seekor kucing jenis Maine Coon ini boleh mencapai sehingga 18 Pound jika ianya jantan dan 14 Pound bagi kucing betina.

Namun, haiwan comel ini sangat manja dan mempunyai kelebihan untuk berdikari sendiri walau di mana berada. Apa yang tidak bagus adalah baka ini sangat mudah untuk dijangkiti penyakit yang berkaitan dengan kesihatan.

Lebih menarik lagi, ia sangat popular kerana mempunyai bulu yang cantik dan lebat ditambah dengan warna berpelbagai serta corak istimewa apabila dikacukkan dengan baka lain seperti kucing parsi dan lain-lain.

Scottish Fold


Scottish Fold

Kucing dari baka Scottish Fold telah dimutasikan secara tidak sengaja dengan kucing yang terdapat di sebuah ladang di Scotland dan ia turut dihasilkan dengan British Shorthair bersama dengan kucing domestik di England dan Scotland.


Keistimewaan yang terdapat pada baka ini adalah telinganya yang kelihatan melipat ke depan dan ke bawah serta warna matanya sangat sesuai dengan warna bulunya malahan ada yang mempunyai mata berwarna biru, coklat terang dan sebagainya.

Ragdoll


Ragdoll

Kucing Ragdoll adalah antara haiwan peliharaan yang amat manja kerana ia lebih suka berada dengan ramai orang. Ia juga dikenali sebagai Puppy Cats atau Puppy-Like.

Keistimewaannya adalah bermata biru yang agak besar dan amat cantik, wajah yang smiley serta berbulu separa panjang. Pastinya sesiapa yang melihatnya akan terus jatuh cinta kerana kecantikannya.

Ragdoll mempunyai enam warna yang berlainan iaitu kelabu kebiruan, coklat gelap, coklat dan krim berserta dengan corak asas termasuk Colourpoint yang mana warnanya lebih gelap pada titik utama seperti kaki, ekor, telinga dan muka.

Mitted adalah warna putih pada titik utama iaitu pada kaki depan, belakang, dada dan juga dagunya berserta Dwi-warna yang memiliki dua warna yang berbeza menunjukkan ianya sangat unik dan menarik. Kucing

  • Colourpoint Ragdoll
  • Mitted Ragdoll
  • Dwi-Warna Ragdoll

Baca : Koleksi Gambar Kucing Comel dan Manja

Nebelung


Nebelung

Kucing yang diberi nama sebagai Nebelung ini terkenal kerana bulunya yang kebiruan yang amat tebal, berkilat dan mempunyai sifat yang manja dan comel malahan amat setia menemani tuannya.

Kelebihannya adalah ekor yang lebih panjang daripada bulu yang terdapat di badan dan sekiranya yang jantan akan mempunyai ruff yang lebat di bahagian leher, Nebelung betina dengan ruff yang lebih pendek.

Parsi


Kucing Parsi

Kucing Parsi adalah kucing domestik yang sesuai untuk dibela kerana kesempurnaannya dan sebaiknya dibela sekiranya anda mempunyai anak-anak yang masih kecil kerana ianya sangat manja dan mengada-ngada.

Kucing yang kurus dengan bulu yang lebat dan elegan ini memiliki semangat serta pandai mengimbangi badan sendiri berserta dengan sifat yang tenang dan kurang berhadapan dengan masalah stress.

Kelebihannya adalah berbulu yang panjang sehingga boleh mencapai 20cm dan ekor yang agak tebal dengan mata yang besar dengan warna yang berbagai jenis yang kebiasaannya daripada gabungan warna putih.

Berat seekor kucing Parsi betina boleh mencapai 3.5kg - 5.5kg dan kucing jantan pula ada yang melebihi 5.5kg. Di Eropah, kucing ini sangat popular ketika era Victorian Age kerana Ratu Victoria yang mempunyai banyak kucing daripada jenis ini.

  • Parsi dwi-warna biru dan putih
  • Parsi kelabu
  • Parsi oren
  • Parsi hitam

Bengal


Kucing Bengal

Kucing yang dilabel sebagai kebijaksanaan dan amat aktif ini kerana pergerakannya yang kerap berserta suka memanjat di tempat yang tinggi dan suka bermain air adalah daripada jenis Bengal.

Jika anda membelanya, anda pasti akan dapat mengetahui bahawa ia amat menghiburkan malahan memerlukan perhatian yang penuh manja walaupun bulunya kelihatan pendek serta mudah disikat dan dijaga.

Kucing yang mempunyai rupa eksotik ini bersaiz kecil dan tidak berbahaya dan kelihatan seperti kucing liar. Jangan terkejut kerana ia mempunyai peminat tersendiri walaupun ia dijual dengan harga yang mahal.

Keistimewaan kucing Bengal adalah kecantikan corak yang terdapat pada bulunya yang amat menarik dan unik serta saiznya yang besar daripada kucing kampung.

Himalaya


Himalayan

Kucing baka Himalaya adalah sejenis baka Hibrid yang serupa dengan kucing Parsi, walau bagaimanapun untuk membezakannya adalah dengan melihat pada titik utama iaitu pada bulu yang terdapat di muka, telinga, kaki dan ekor.

Kucing jenis adalah kucing yang boleh dijadikan sebagai peneman yang terbaik. Kelebihannya adalah kecantikannya iaitu mempunyai telinga yang agak kecil, wajah yang smiley, bulu yang panjang dengan pelbagai warna dan corak.

  • Himalaya Kebiruan
  • Himalaya Coklat

Norwegian Forest


Kucing Hutan Norway

Kucing Hutan Norway iaitu Norwegian Forest adalah antara baka yang tercantik serta kucing regal yang dikatakan berketurunan dari kucing dongeng. Ia dilaporkan telah wujud semenjak 500 dan 2000 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, baka jenis ini dikhuatiri menghadapi masalah pupus yang berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti pembiakan silang dengan kucing domestik yang lain.

Keistimewaan yang terdapat pada kucing Hutan Norway ini adalah kekuatan yang dimiliki selain saiz yang agak besar daripada kucing biasa.

Malahan baka yang disayangi oleh semua orang ini sering dibandingkan dengan kucing jenis Maine Coon yang memiliki ciri-ciri yang hampir sama.

Untuk kucing jantan beratnya dikatakan mampu mencapai sehingga 16 pound seekir atau lebih dengan purata antara 12 hingga 16 pound. Manakala bagi kucing betina pula lebih ringan dengan purata antara 9 sehingga 12 paun seekor.

Manx


Manx

Kucing Mank dikenal kerana memiliki ekor yang pendek serta ada yang tidak mempunyai ekor langsung dan telah diiktiraf sebagai baka kucing berasingan dan asli pada tahun 1800an.

Nama Manx dikatakan berasal daripada Isle of Man yang menyumbang kepada nama bakanya. Kucing ini bersaiz agak sederhana dan boleh mempunyai berat daripada 8 paun sehingga 12 paun bagi yang telah dewasa atau matang.

Kelebihan Manx adalah berkemahiran memburu serta ia sangat manja dan agak lucu. Kegemaran kucing ini adalah sering mengekori tuannya di dalam rumah serta amat manja dengan mereka yang telah membelanya.

Lebih menarik, jika anda cuba bertutur atau bercakap dengannya, anda akan dapati ia akan membalas semua percakapan anda dengan cara yang tersendiri.

Turkish Van


Turkish Van

Ada sesetengah kucing yang sangat mahir berenang dan ini juga membezakan dengan kucing lain yang terdapat di dunia iaitu baka Turkish Van yang amat sukakan air dan akan terjun ke dalam apabila ia melihat adanya peluang untuk bermain air.

Walau bagaimanapun, anda mungkin keliru dengan baka ini dengan Turkish Angora yang dilihat hampir sama dari segi rupa paras tetapi lihat secara teliti anda akan dapat membezakan kedua-duanya secara jelas.

Saiz yang sederhana dan mempunyai ukuran dada yang agak lebar, kepala besar dan berbulu panjang berserta bulu yang terdapat di bahagian perutnya lebih panjang berbanding dengan bulu di belakang badan.

Turkish Angora


Turkish Angora

Sekali pandang baka Turkish Angora sememangnya amat cantik dan anda pasti akan jatuh hati apabila memandangnya pertama kali. Jadi tidak hairanlah mengapa ia dijual dengan harga yang amat mahal serta laris di pasaran.

Biarpun kucing ini kelihatan agak kecil tetapi ia amat suka bermain dan aktif sekiranya ada permainan yang bersesuaian dengannya. Sifat semulajadi kucing ini adalah sangat manja dan dikatakan agak nakal.

Kucing ini juga mempunyai berat badan kurang daripada 9 paun apabila mencapai umur dewasa dan bulunya panjang, gebu, lembut dan mengembang ketika datangnya musim sejuk bagi melindunginya diri daripada cuaca buruk di pergunungan Ankara.

Kebiasaannya, bulunya berwarna putih, emas, hijau atau amber dengan mempunyai warna mata yang berbeza-beza seperti semua baka kucing yang lain.

Ragamuffin


Ragamuffin

Ragdoll dan Ragamuffin dilihat hampir juga serupa walau bagaimanapun mereka adalah berketurunan yang berlainan walaupun mempunyai banyak persamaan dan ciri-cirinya dengan perangai berserta penampilan.

Manja yang pasti dan bersaiz agak besar, baka Ragamuffin mempunyai pelbagai warna dan corak berbeza dengan baka Ragdoll. Bulu kucing ini bak sutera dan mudah untuk dikemaskan atau disikat untuk mengelakkan kekusutan.

Kucing jenis ini juga sangat mudah bergaul dan pandai menyesuaikan diri dan tentunya akan sentiasa mengikuti tuannya ke mana sahaja.

Birman


Birman

Kucing baka Birman memiliki mata yang berwarna biru nilam serta menjadikan anda akan sayang padanya kerana bulunya yang separa panjang dan peampilannya yang sangat cantik dengan kelebihan bulu yang berwarna keemasan.

Birman yang berwarna putih pastinya lebih comel walaupun badannya agak besar dengan mempunyai otot yang istimewa yang semestinya amat manja. Sekali dilihat, ia hampir sama dengan kucing siam tetapi perbezaannya adalah saiz badan sahaja.

Siamese (Siam)


Kucing Siam

Kucing siam adalah salah satu baka kucing yang pertama dikenali di benu Asia. Ia berasal dari daratan Wichianmat, salah satu daripada beberapa jenis kucing yang asalnya dari China yang dibawa ke negara Thailand.

Kucing siam asli menjadi salah satu baka yang paling popular di Amerika Utara dan Eropah di sekitar abad yang ke-19.

Russian Blue


Russian Blue

Russian Blue adalah keturunan kucing yang mempunyai jenis warna yang berbeza iaitu daripada warna perak yang berkilat sehinggalah ke warna ke kelabu gelap.

Lapisan bulu mereka yang agak pendek serta padat menjadikan ciri khas baka kucing dari negara Rusia ini selama lebih dari satu abad. Kepadatan bulunya membuatkan ia dilihat sangat menawan sesiapa sahaja.

Bombay Cat


Bombay Cat

Baka kucing Bombay adalah sejenis kucing yang mempunyai bulu yang pendek dihasilkan daripada kucing American Shorthair hitam dan kucing Burmese untuk menghasilkan kucing yang mempunyai bulu berwarna hitam yang menawan seperti seekor harimau kumbang.

American Wirehair


American Wirehair

Baka kucing American Wirehair ini adalah sejenis kucing domestik yang berasal daripada bandar New York. Pada tahun 2017, walaupun baka ini amat terkenal, ia telah digolongkan sebagai baka yang paling jarang ditemui dari 41 keturunan Cat Fanciers Assocation.

Kucing yang berotot dan berbadan sasa ini sangat istimewa dan hampir menyerupai jenis-jenis kucing yang ada. Walau bagaimanapun, baka ini juga mempunyai pelbagai warna yang menarik dan cantik.

American Curl


American Curl

Kucing American Curl adalah baka kucing yang memiliki telinga yang kelihatan pelik kerana ia melengkung dari muka ke arah belakang kepalanya.

Telinga kucing ini sangat sensitif dan ia harus ditangani dengan berhati-hati kerana sekiranya terlalu kasar boleh menyebabkan ia mengalami kerosakan pada tulang rawan pada telinganya.

Tonkinese


Tonkinese

Tonkinese adalah baka kucing domestik yang turut dihasilkan daripada kacukan antara kucing Siam dan kucing Burma. Kedua-duanya berkongsi banyak ciri-ciri keperibadian ibu bapa mereka yang sangat aktif, suka bermain dan mempunyai corak berwarna pada bahagian hujung badan dalam berbagai jenis warna.

Siberia


Siberian Cat

Kucing Siberia dilabelkan sebagai kucing yang popular mempunai bulu panjang dengan sifat yang manja secara semulajadi. Saiz badannya dilihat hampir sama dengan Maine Coon serta ia merupakan salah satu daripada dua baka kucing besar yang terdapat di dunia.

Kelebihannya adalah kepintaran dan kemahiran yang dimiliki terbukti untuk menyelesai sebarang masalah yang dihadapinya dengan baik selain dapat melompat dengan lebih tinggi dari kucing biasa dengan kepandaian seimbangkan badan.

Baka Siberian juga mempunyai tiga jenis bulu iaitu bulu awn, pengawal dan bulu down. Lapisan bulu tersebut adalah untuk melindungi dirinya ketika musim sejuk di negara Rusia.

50 Jenis Baka Kucing Dari Seluruh Dunia

Berikut adalah video perkongsian daripada channel YouTube RKK Cat House & Ternak Kucing yang menceritakan tentang 50 jenis kucing dari seluruh dunia dan di bawah adalah senarai beberapa nama baka kucing.


  • Kurilian Bobtail
  • Pixie Bobtail
  • American Ringtail
  • Donskoy
  • Sphynx
  • Cornish Rex
  • German Rex
  • Devon Rex
  • Peterbald
  • Ural Rex
  • Korat
  • Khaomanee
  • Exotic Short Hair
  • Asian Burmala
  • Asian Smoke
  • Singapura
  • American Burmese
  • European Burmese
  • Asian Solid
  • Asian Tabby
  • Mandalay
  • Oriental White
  • Oriental Solid
  • Oriental Tabby
  • Oriental Shaded
  • Oriental Smoke
  • Oriental Cinnamon and Fawn
  • Oriental Tortie
  • Havana
  • Siamese Tabby Pointed
  • Siamese Tortie Pointed
  • Color Point Shorthair
  • Seychellois
  • Snowshoe
  • Chartreux
  • Turkish Shorthair
  • Ojos Azules
  • Egyptian Mau
  • Arabian Mau
  • Abyssinian
  • Australian Mist
  • Ceylon
  • Ocicat
  • Ocicat Classic
  • Sokoke
  • Toyger
  • Kanaani
  • Savannah
  • Serengeti
  • Chausie
  • Kinkalow
  • Skookum
  • Lambkin Dwarf
  • Bambino
  • Highlander
  • Japanese Bobtail
  • Mekong Bobtail
  • American Bobtail
  • Laperm
  • Kurilian Bobtail
  • Pixie Bobtail

Kesimpulan

Sebenarnya, masih banyak baka-baka kucing yang terdapat di seluruh dunia, walau bagaimanapun senarai di atas adalah sekadar untuk pengetahuan serta yang biasanya dapat dilihat di mana sahaja.

Walau jenis apa pun kucing yang anda ada, perlu diingatkan haiwan kesayangan ramai ini sangat bertuah sekiranya mempunyai tuannya yang sentiasa bersamanya menjaga segala keperluan dan kesihatannya. Semestinya, anda yang menjaga kucing dengan penuh kasih sayang yang ikhlas pasti mendapat ganjaran pahala yang amat besar.

Semoga perkongsian jenis-jenis baka kucing dari kucing.my dan Facebook ini untuk pengetahuan semua akan berguna kepada anda serta memudahkan semua urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog