Resepi Tepung Pelita Sukatan Cawan Yang Mudah (Kuih Tako)

Resepi Tepung Pelita

Pasti ramai yang suka makan Tepung Pelita atau juga dipanggil sebagai kuih tako yang sangat mudah kalau buat sendiri di rumah dan ia juga banyak dapat dilihat ketika bulan Ramadhan dijadikan sebagai pencuci mulut ketika nak berbuka puasa.

Rasa lemak dan manis menjadikan kuih tako ini sangat istimewa sehingga ia menjadi rebutan ramai sekiranya dijua di mana-mana bazar Ramadhan di Malaysia. Ini terbukti keenakannya telah menyebabkan ramai yang telah jatuh cinta.

Resepi Tepung Pelita Paling Mudah dan Sedap


Resipi kuih tako

Apa kata untuk bulan puasa pada tahun ini anda buat sendiri dengan mengikut resepi rahsia yang dikongsikan oleh Puan Nora Atikah yang menyatakan kuih tepung pelita ini adalah hasil idea nenek moyang beliau turun temurun.

Bahan-Bahan Untuk Lapisan Hijau

  • Secawan tepung jagung
  • Dua cawan air daun pandan
  • Tiga cawan air
  • Secawan gula pasir
  • 3 titik pewarna hijau

Pertama sekali masukkan kesemua bahan di atas ke dalam kuali dan kacaukan ia sehingga rata dan sebati sepenuhnya. Kemudian barulah buka api yang perlahan, kacau sehingga ia menjadi pekat dan likat.

Apabila telah berubah dengan kepekatan yang dimahukan, tutupkan api dan sendukkan ia ke dalam acuan daun pandan itu tadi seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dan video.

Cara buat kuih tako daun pandan paling senang

Bahan Untuk Lapisan Putih

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Dua cawan santan
  • Dua cawan air
  • Secubit garam

Masukkan kesemuanya dalam kuali dan gaulkan dengan senduk sehingga ia rata dan buka api secara sederhana, kacaukan lagi sehingga ia bertukar menjadi pekat dan pastikan jangan terlalu pekat.

Kemudian, sendukkan ia diletakkan ke atas lapisan hijau yang telah keras bersedia menunggu untuk ditemukan dengan lapisan putih. Biarkan ia sekurangnya 10 minit dan siap.


Cara Buat Kuih Tako Homemade


Dikongsikan juga cara untuk membuat acuan kuih tako ini dengan menggunakan daun pandan sahaja seperti ditunjukkan di dalam gambar di bawah. Anda hanya perlukan staple untuk menjadikan ia empat segi sama, itu saja.

Cara buat bekas kuih tako

Kaedah membuat acuan tepung pelita

Bahan Bahagian Bawah

Sarung kuih tako

  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan air masak
  • 2 cawan air daun pandan
  • 1 cawan gula putih
  • Pewarna hijau setitik

Cara Penyediaan:

Satukan kesemua bahan-bahan di dalam sebuah bekas dan kacau sehingga ia sebati, kemudian letakkan di atas api yang amat sederhana. Apabila ia kelihatan menggelegak dan pekat, tutupkan api.

Seterusnya, masukkan lapisan hijau yang dicampurkan dengan air pandan ini di dalam bekas acuan atau apa saja bekas yang menjadi pilihan anda untuk membuat tepung pelita ini.

Bahagian Atas Santan Putih

Cara membuat sarang tepung pelita

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 4 cawan santan kotak

Cara-caranya

Masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga ia sebati dan masakkan di atas api sehingga mendidih masak. Untuk pengetahuan, apabila menggunakan santan kotak, anda perlu jadikan ia 4 cawan.

Apabila telah masak sepenuhnya, masukkan ke dalam acuan yang mempunyai lapisan hijau itu tadi dan ratakan. Apabila telah sejuk masukkan ke dalam peti ais dan terus boleh makan ketika berbuka puasa nanti.

Cara nak buat tepung pelita guna santan kotak

Sumber Rujukan


Kesimpulan

Anda boleh juga membuat makanan ini dengan mengikut kreativiti anda sendiri iaitu dengan mencampurkan bahan lain ke dalamnya seperti jagung, strawberry, guna daun pisang dengan cara kukus dan sebagainya.

Jika anda kenal blogger Azie Kitchen, Che Nom dan Azlina Ina, pasti anda akan tahu perbezaan kuih yang dibuat oleh mereka yang mana ada yang mencampurkan dengan ubi sengkuang, durian, cara orang Thailand dan banyak lagi.

Semoga perkongsian resepi kuih tepung pelita ini dapat membantu serta memudahkan tugas anda untuk menyediakan menu yang sangat simple dan mudah ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog