Senarai Hospital KKM Untuk Rujukan Covid-19 Malaysia

Hospital KKM

Dikongsikan maklumat senarai Hospital KKM yang terdapat di seluruh Malaysia yang mengendalikan Kes Yang Disyaki (PUI) dan Sahih Covid-19 berserta alamat lokasi lengkap dan nombor telefon talian hotline bagi sebarang kecemasan dan sebagainya.

Sekiranya anda telah positif Covid, sebaiknya segeralah pergi ke mana-mana klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan tindakan lanjut serta melaporkan perkara ini kepada pihak tersebut tanpa melengahkan masa.

Coronavirus adalah sekumpulan virus yang biasanya berkaitan dengan penyakit pernafasan dengan menunjukkan tanda-tanda seperti selsema dan batuk biasa namun ia boleh juga menyebabkan kesukaran untuk bernafas secara normal.

Senarai Alamat dan Telefon Hospital KKM di Malaysia


Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia

Jika anda sedang mencari maklumat tentang alamat dan nombor telefon Hospital KKM yang terdekat dengan tempat tinggal anda, sila rujuk senarai yang dilampirkan untuk menghubungi pihak berkenaan atau berkunjung ke sana.

Negeri Perlis


Hospital Tuanku Fauziah
Jalan Tun Abd Razak,
01000 Kangar, Perlis.

No Tel : 04-973 8000
No Faks : 04-978 1724

Negeri Kedah


Hospital Sultanah Bahiyah
KM 6, Jalan Langga,
05460, Alor Setar,
Kedah.

No Tel : 04-740 6233
No Faks : 04-735 0232

Hospital Sultan Abdul Halim
Jalan Lencongan Timur,
Bandar Aman Jaya,
08000, Sungai Petani,
Kedah.

No Tel : 04-445 7333
No Faks : 04-448 0092

Hospital Kulim
Lebuh Taman Perindustrian,
Taman Kulim Hi-Tech,
09090, Kulim, Kedah.

No Tel : 04-427 2733
No Faks : 04-490 0760

Hospital Sultanah Maliha
Bukit Tekuh,
Jalan Padang Mat Sirat,
07000, Pulau Langkawi,
Kedah.

No Tel : 04-966 3333
No Faks : 04-966 0121

Negeri Pulau Pinang


Hospital Pulau Pinang
Jalan Residensi,
10990, George Town,
Penang.

No Tel : 04-222 5333
No Faks : 04-228 1737

Negeri Perak


Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah,
30450, Ipoh, Perak.

No Tel : 05-208 5000
No Faks :

Negeri Kelantan


Hospital Raja Perempuan Zainab II
15586, Jalan Hospital,
Bandar Kota Bharu,
15200, Kota Bharu,
Kelantan.

No Tel : 09-745 2000
No Fax : 09-748 6951

Hospital Sultan Ismail Petra
KM 6, Jalan Kuala Krai - Gua Musang,
18000, Kuala Krai,
Kelantan.

No Tel : 09-961 1666
No Fax : 09-966 6076

Hospital Tumpat
Jalan Kelaboran,
16200 Tumpat, Kelantan.

No Tel : 09-726 3000
No Fax : 09-725 7082

Negeri Terengganu


Hospital Sultanah Nur Zahirah
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu.

No Tel : 09-621 2121

Negeri Pahang


Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Jalan Tanah Putih,
25100, Kuantan,
Pahang.

No Tel : 09-513 3333
No Fax : 09-514 2712

Negeri Selangor


Hospital Sungai Buloh
Jalan Hospital,
47000, Sungai Buloh,
Selangor.

No Tel : 03-6145 4333
No Fax : 03-6145 4222

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Hospital Besar Kuala Lumpur (GH)
Jalan Pahang,
50586, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.

No Tel : 03-2615 5555
No Fax : 03-2698 9845

Negeri Sembilan


Hospital Tuanku Jaafar
Jalan Rasah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

No Tel : 06-768 4000
No Fax: 06-762 5771

Negeri Melaka


Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil,
75400 Melaka.

No Tel : 06-289 2344
No Fax : 06-284 1590

Negeri Johor


Hospital Sultanah Aminah
Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan,
80100, Johor Bahru,
Johor.

No Tel : 07-225 7000
No Fax : 07-224 2694

Wilayah Persekutuan Labuan


Hospital Labuan
Peti Surat 81006,
87020 W.P Labuan.

No Tel : 087-596 888
No Faks : 087-423 928

Negeri Sabah


Hospital Queen Elizabeth 1
Karung Berkunci No. 2029,
88586 Kota Kinabalu,
Sabah.

No Tel : 088-517 555
No Faks : 088-211 999

Hospital Duchess of Kent Sandakan
KM3.2 Jalan Utara,
90000 Sandakan,
Sabah.

No Tel: 089-248 600
No Faks: 089-213 607

Hospital Tawau
67, Peti Surat,
91007 Tawau, Sabah.

No Tel : 089-773 533

Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas
Karung Berkunci No.187,
88996 Kota Kinabalu,
Sabah.

No Tel : 088-522 600
No Fax : 088-438 512

Hospital Lahad Datu
Peti Surat 60065,
Lahad Datu, 91110,
Sabah.

No Tel : 089-895 111

Hospital Keningau
Peti Surat 11,
Jalan Apin-Apin,
89000 Keningau,
Sabah.

No Tel : 087-313 000
No Fax : 087-331 595

Negeri Sarawak


Hospital Umum Kuching
Jalan Hospital,
93586, Kuching,
Sarawak.

No Tel : 082-276 666
No Faks : 082-242 751

Hospital Miri
Jalan Cahaya,
98000, Miri,
Sarawak.

No Tel : 085-460 600
No Fax : 085-416 514

Hospital Bintulu
Jalan Nyabau,
97000, Bintulu,
Sarawak.

No Tel : 086-859 000
No Fax : 086-255 866

Hospital Sibu
KM 5 1/2, Jalan Ulu Oya,
96000 Sibu,
Sarawak.

No Tel : 084-343 333

Cara Mencegah Jangkitan Covid-19


Apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan Covid-19? Berikut adalah beberapa perkara secara asas yang boleh anda buat untuk mencegah daripadanya dengan melakukan sendiri di rumah atau di mana sahaja.

1. Tutup mulut dan hidung sewaktu batuk atau bersin dengan menggunakan tisu. Buangkan tisu ke dalam tong sampah dengan segera.

2. Elakkan daripada berada di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan orang ramai sekiranya anda tidak sihat. Sekiranya tak dapat dielakkan, gunakan penutup hidung dan mulut (mask).

3. Jangan berkongsi sebarang peralatan peribadu seperti tuala, sapu tangan, sudu, pinggan, garpu, bekas minuman dan sebagainya dengan orang lain.

4. Elakkan diri daripada menyentuh mata, mulut dan hidung.

5. Jarakkan diri anda daripada sesiapa sahaja yang mempunyai tanda-tanda jangkitan seperti bersin dan juga batuk.

6. Amalkan kebersihan diri serta kerapkan mencuci tangan dengan air dan sabun yang bersih atau gunakan hand sanitiser.

7. Perbanyakkan meminum air dan memakan makanan yang berkhasiat.

8. Segeralah berjumpa dengan doktor atau pergi ke mana-mana klinik dan hospital sekiranya anda mengalami tanda-tanda penyakit Covid-19 seperti berikut:

  • Demam Panas
  • Sakit Tekak
  • Batuk Kering
  • Selsema
  • Sakit Badan
  • Sukar Bernafas
  • Cirit Birit

Rujukan

Diharap perkongsian senarai Hospital KKM untuk rujukan anda yang berhadapan dengan penyakit Covid-19 ini dapat memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog