Dikongsikan maklumat lengkap senarai cawangan pejabat PERKESO yang terdapat di negeri Kelantan berserta alamat lokasi, nombor telefon hotline customer service dan waktu operasi.
Dipanggil sebagai Pertubuhan Keselamatan Sosial atau dalam Bahasa Inggeris, SOCSO (Social Security Organisation) yang ditubuhkan sejak dari tahun 1971 untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua para pekerja.
PERKESO adalah salah satu agensi atau Jabatan Kerajaan yang berada di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang membantu untuk mentadbir dan memberikan bantuan dari segi kewangan dan perubatan kepada pekerja yang layak.
Banyak kebaikan dan kelebihan PERKESO yang ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berkerja dengan pelbagai skim dan faedah menarik sebagai perlindungan kepada mereka yang sakit atau kemalangan serta terdapat bantuan kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan pekerja itu sendiri dan banyak lagi iaitu:
Skim Insurans Bencana Perkerjaan
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan Jasmani
- Kemudahan Pemulihan Vokasional
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Skim Keilatan
- Pencen Ilat
- Bantuan Ilat
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan Jasmani
- Kemudahan Pemulihan Vokasional
- Pencen Penakat
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Senarai Lokasi Pejabat PERKESO di Negeri Kelantan
Jika anda bercadang untuk pergi ke mana-mana cawangan yang terdekat tetapi tidak tahu lokasi yang tepat, sila rujuk senarai yang dinyatakan di bawah mengikut daerah dan negeri di kawasan tempat tinggal.
Pejabat PERKESO Negeri Kelantan
Wisma PERKESO,
PT 304 - 307, Seksyen 22,
Jalan Kota Darul Naim,
15538 Kota Bharu, Kelantan.
Google Map
Emel : pkskbahru@perkeso.gov.my
No Tel : 09 - 745 6666
No Faks : 09 - 748 0737
Pejabat PERKESO Kuala Krai
Lot 2441, Mukim Bandar Kuala Krai,
Bandar Kuala Krai,
18000, Kuala Krai, Kelantan.
Google Map
Emel : pkskkrai@perkeso.gov.my
No Tel : 09 - 960 2120
No Faks : 09 - 966 4737
Waktu Operasi
8.00am - 5.00pm (Ahad-Rabu)
8.00am - 3.30pm (Khamis)
Customer Service Contact Number
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan dengan pendaftaran, kelayakan, caruman, skim tertentu, Sistem Insurans Perkerjaan (SIP) dan sebagainya, anda boleh terus menghubungi pihak berkenaan melalui talian hotline, website dan media sosial.
1-300-22-8000
Waktu Pejabat
8:00 a.m. - 5:00 p.m.
(Monday - Friday)
Senarai Pautan Online PERKESO
Portal Rasmi
https://www.perkeso.gov.my
Employment Insurance System (EIS)
https://eis.perkeso.gov.my
- SIP (EIS)
- Platform Prihatin
- ASSIST
- MYFutureJobs
- Matrix
- Saringan Kesihatan
- My Temujanji
- Sistem Pengurusan Aduan Awam
Media Sosial PERKESO
Diharap perkongsian senarai cawangan pejabat PERKESO di negeri Kelantan Darul Naim ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog