Pasti ramai yang suka makan kerutuk daging yang rasanya sangat sedap dan boleh buat sendiri di rumah dengan cara dan resepi rahsia yang dikongsikan berserta rempah yang sesuai tentunya menjadi menambah selera memakannya.
Katanya, kerutuk mempunyai pelbagai jenis iaitu guna daging, hati lembu, ayam, telur dan banyak lagi mengikut resepi yang berbeza seperti di negeri Kelantan dan Terengganu yang agak berlain dari segi bahan dan rasanya.
Walau bagaimanapun, ia tetaplah membangkitkan selera semua orang yang melihatnya kerana aroma baunya semerbak mewangi dan semestinya sesiapa sahaja akan menyerah kalah untuk mencuba masakan istimewa ini.
Zaman sekarang untuk membuat masakan kerutuk menjadi lebih mudah walaupun simple sahaja bahannya kerana rempah ready made banyak dijual di mana-mana pasaraya, kedai runcit dan pasar basah serta kering.
Cara Masak Kerutuk Daging Terengganu dan Kelantan
Sebut masakan gulai apakah yang paling popular di pantai timur, tentulah kerutuk salah satu daripadanya dan berikut kami paparkan resepi kerutuk daging style orang Terengganu daripada Saudara Muliadi Ramli yang mendedahkan rahsianya.
Bahan Utama
- Daging lembu 800 gram
Bahan Tumisan
- Sebiji bawang besar
- 2 biji bawang merah
- Rempah 4 sekawan
- Cili gili 3 sudu besar
Bahan Kisar Halus
- Bawang besar sebiji
- Bawang merah 6 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Halia 1/2 inci
- Lengkuas 1 inci
- Kunyit hidup 1/2 inci
Bahan-Bahan Lain
- Rempah kerutuk 3 sudu besar
- Rempah masak Cap Rose 1 sudu besar
- 1/2 kotak santan
- Gula Melaka secukup rasa
- bawang Holland sebiji
- Cili merah besar 2 biji
- Air asam jawa semangkuk kecil
- Kerisik kelapa
Cara Penyediaan:
1. Daging perlu dibersihkan dan dipotong melawan urat daging dengan kadar tidak terlalu tebal dan nipis tetapi dengan potongan yang agak besar.
2. Untuk bawang besar dan merah bagi bahan tumis semuanya perlu dimayang sebaiknya. Untuk cili giling pula boleh juga guna cili kering mengikut sukatan yang tepat agar tidak terlalu pedas.
3. Rempah kerutuk pula saya menggunakan Rempah Warisan Haji Ismail kerana ianya sangat sedap. Bawang Holland pula perlu dipotong menjadi 6 bahagian sahaja.
4. Pertama sekali, daging yang telah siap dibersihkan serta dipotong perlu dicampurkan sekali dengan bahan kisar dan rempah. Ia perlu diperap selama 20 hingga 30 minit sekurang-kurangnya tapi lebih lama lagi bagus.
5. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis dan cili giling sehingga pecah minyak sepenuhnya. Masukkan pula daging perap sehingga keluar semua air dagingnya, tutup periuk dalam masa 30 minit.
6. Pastikan anda masak sehingga air daging betul-betul kering dan masukkan lagi air supaya dagingnya menjadi lembut dan empuk, masukkan asam jawa dan santan, kacau sehingga rata.
7. Masukkan pula kerisik, gula melaka dan garam. Pastikan kuah menjadi pekat dan rasalah sehingga ia memenuhi citarasa anda dan masukkan pula bawang Holland itu tadi serta cili merah yang telah siap dipotong sebagai hiasan. Siap.
Rujukan Info & Gambar
Akhir Kata
Oh ya, selain daging dan ayam biasa, ayam pencen juga boleh dimasak kerutuk malahan ramai pakar masak yang olahkan masakan ini dengan memasukkan bahan lain seperti Azie Kitchen, Che Nom, Cikgu Afy dan ramai lagi. Rempah yang biasa digunakan pula seperti Adabi, Babas dan sebagainya yang banyak dijual di laman Shopee dan Lazada.
Senangkan cara nak buat kerutuk daging? Tak susah pun sebenarnya, dengan ikut resepi yang betul tanpa skip sebarang step dan cukup bahan pastinya menjadi dengan jayanya. Tetapi ia juga memerlukan sedikit kerajinan dan masa yang sesuai untuk memasak kerana penyediaannya mengambil masa yang agak lama.
Diharap perkongsian resepi kerutuk daging cara orang Terengganu ini dapat memudahkan serta membantu anda untuk menyediakannya di rumah atau di mana saja anda berada. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog