Anda berminat untuk daftar sebagai Sukarelawan Pertahanan AWAM (APM) tetapi tidak tahu bagaimana cara buat permohonan secara online? Panduan untuk sistem pendaftaran sangat mudah malah boleh buat semakan untuk tahu keputusan selepas borang dihantar di portal rasmi ASPA.
Sebelum memohon sebaiknya anda tahu serba sedikit tentang fungsi Sukarelawan JPAM ini. Ia sesuai kepada individu yang sukakan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pertahanan awam supaya dapat melindungi diri serta keluarga dari sebarang ancaman.
Adakah anda seorang yang ingin berbakti kepada semua masyarakat? Jika jawapan anda YA, inilah peluang yang terbaik untuk menyertainya dengan mendaftarkan diri melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL).
Permohonan Pendaftaran Sukarelawan APM Online
Dikongsikan cara daftar Sukarelawan APM dengan membuat permohonan melalui portal rasmi serta maklumat syarat-syarat kelayakan, kelebihan atau faedah yang diperolehi oleh semua anggota serta cara buat semakan pendaftaran ASPA.
Untuk makluman, Sukarelawan Pertahanan Awam adalah seseorang yang telah berdaftar menjadi salah seorang anggota APM di mana-mana cawangan pejabat JPAM yang berdekatan dan telah pun mempunyai kriteria berikut:
- Tamat kursus asas dan dapat sijil
- Memiliki Nombor Badan atau ID keanggotaan APM
- Mempelajari ilmu Pertahanan Awam
Untuk objektif pula secara dasarnya, tugas-tugas APM adalah untuk melatihkan semua orang awam bersiap sedia menghadapi sebarang menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana atau kejadian samada sebelum, semasa atau selepas setiap sesuatu keadaan.
Syarat-Syarat Kelayakan
Untuk menjadi Sukarelawan APM, berikut adalah antara syarat kelayakan yang perlu ada pada setiap individu yang ingin memohon, pastikan anda memenuhi kriteria tersebut sebelum buat pendaftaran atau mengisi borang permohonan:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Tiada kecacatan fizikal dan sihat
- Sekurangnya lulus akademik SRP/LCE/PMR
- BUKAN anggota badan beruniform yang lain
- Berminat untuk tugas secara sukarela
- Individu yang ingin berbakti
Kelebihan dan Faedah Sebagai Anggota APM
- Mempelajari cara menyelamat dalam air dan cara menyelam (Scuba)
- Berpeluang dapat sijil kemahiran dan kursus
- Belajar berhubung menerusi Radio Set (Komunikasi)
- Dapat pengetahuan menguruskan ketika bencana
- Belajar mengendalikan peralatan operasi
- Belajar tatacara pakaian seragam
- Belajar membaca kompas dan peta
- Mempelajari Asas Pertolongan Cemas
- Belajar untuk melakukan Ascending dan Discending
- Belajar buat Breathing Apparatus (BA Set)
- Dapat ilmu berikhtiar untuk hidup
- Mempelajari asas kebombaan
- Pengetahuan asas menyelamat
- Ilmu pengetahuan medik semasa kemalangan
Kemudahan
- Rawatan percuma di Hospital Kerajaan
- Elaun perkhidmatan diberikan
- Mendapat uniform percuma
- Bounti diberikan (Saguhati Tahunan)
- Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di APM seluruh Malaysia
Cara Buat Permohonan Pendaftaran ASPA Online
Sebelum mengisi borang permohonan untuk pendaftaran sebagai Sukarelawan Pertahanan Awam, sila pastikan semua maklumat yang diperlukan ada supaya tidak membuang masa serta fahamkan dengan lengkap agar tidak membuat sebarang kesilapan.
1. Untuk memohon secara atas talian, sila layari portal SiSPAL berikut http://aspa.civildefence.gov.my/, untuk paparan yang terbaik, anda disarankan menggunakan browser Google Chrome atau Mozilla Firefox.
2. Selepas itu, anda perlu klik pada pautan Permohonan Pendaftaran ASPA dan skrin borang akan terpapar.
3. Seterusnya, isikan semua maklumat penting yang diperlukan seperti yang diminta dalam setiap petak tersebut.
4. Pastikan setiap ruangan kosong yang bertanda asterisk * atau bintang, diisi. Sekiranya anda tidak mengisi dalam berkenaan, permohonan tersebut akan dianggap tidak lengkap serta tidak dapat dihantar kepada pihak APM.
5. Apabila selesai mengisi semua informasi, tekan butang SIMPAN di bahagian paling bawah pada skrin untuk hantar.
6. Sistem akan memberikan notifikasi dengan menyatakan bahawa rekod yang dihantar telah berjaya disimpan yang mana ia menunjukkan borang permohonan anda telah berjaya untuk diproses.
7. Jika anda mendapati mesej ralat yang dipaparkan di skrin dengan contoh terdapat maklumat yang tidak lengkap atau pendaftaran anda telah wujud, ini menandakan permohonan anda tidak berjaya.
Semakan Status Permohonan APM
Apabila anda telah memohon, anda boleh buat semakan permohonan APM secara online untuk mengetahui samada pendaftaran anda telah berjaya atau masih dalam proses oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam. Berikut adalah beberapa cara untuk semak status borang melalui:
Portal ASPA
http://aspa.civildefence.gov.my/force/aspa/checkapplication
Nombor Telefon
+603-26871309
+603-26871310
Email Address
cpt_ippa@civildefence.gov.my
Info Tambahan
Sebarang pertanyaan, kemusykilan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan permohonan dan pendaftaran sebagai Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam, anda boleh terus menghubungi pihak APM yang bertugas seperti berikut:
Cawangan Pentadbiran Angkatan (CPA)
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Maktab Perguruan Islam,
Sungai Merab, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Contact Number
+603-89206136/6139/6124/6122
Fax Number
+603-89206360
Emel
bpa@civildefence.gov.my
Diharap perkongsian cara permohonan sebagai anggota Suakrelawan APM ini dapat membantu serta memudahkan anda untuk memohon serta bagaimana untuk buat semakan dan semoga pendaftaran anda berjaya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog