Senarai Pejabat RELA Daerah Negeri Perlis

Pejabat Rela Daerah Negeri Perlis

Dikongsikan senarai lengkap cawangan pejabat RELA yang terdapat di beberapa daerah negeri Perlis berserta alamat lokasi, nombor telefon, faks, email dan pautan portal rasmi untuk memudahkan anda untuk mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan.

Jabatan Sukarelawan iaitu RELA yang juga sebelum ini dikenali sebagai Ikatan Relawan Rakyat dan Pasukan Sukarelawan adalah sebuah persatuan beruniform yang bertanggungjawab membantu serta mengekalkan keselamatan negara yang mana ia berada di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Antara peranan dan tugas-tugas penting bagi seorang anggota RELA adalah sebagai duta kecil kerajaan dalam sebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan, memberikan kerjasama dengan pasukan keselamatan dengan semua agensi penguatkuasaan.

Selain itu, setiap anggota juga perlu menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio ekonomi setempat dan turut dipertanggungjawabkan untuk membangunkan modal insan menerusi beberapa latihan bersesuaian yang telah ditetapkan.

Senarai Lokasi Cawangan RELA Daerah Perlis


Jika anda bercadang untuk pergi ke mana-mana cawangan pejabat RELA yang terdekat dengan kawasan tempat tinggal kerana mempunyai urusan tertentu, sila rujuk senarai yang dipaparkan seperti di bawah:

Ibu Pejabat RELA Negeri Perlis
Aras Bawah, Kompleks KDN,
Persiaran Wawasan, Mukim Seriab,
01000 Kangar, Perlis.

Contact Number
04-9770972

Fax Number
04-9762821

Email
prn_perlis(@)moha.gov.my

Pejabat Rela Daerah Kangar
Aras Bawah, Kompleks KDN,
Persiaran Wawasan, Mukim Seriab,
01000 Kangar, Perlis.

No Tel : 04-9764693
No Fax : 04-9782679
Emel : prd_kangar(@)moha.gov.my

Pejabat RELA Daerah Arau
Aras Bawah, Kompleks KDN,
Persiaran Wawasan,
Mukim Seriab, 01000,
Kangar Perlis.

No Tel : 04-9763497
No Fax : 04-9770979
Emel : prd_arau(@)moha.gov.my

Pejabat RELA Daerah Padang Besar
Aras Bawah, Kompleks KDN,
Persiaran Wawasan,
Mukim Seriab, 01000,
Kangar, Perlis.

No Tel : 04-9764719
No Fax : 04-9776979
Emel : prd_padangbesar(@)moha.gov.my

Portal Rasmi
https://www.rela.gov.my/

Media Sosial

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan dengan Jabatan Sukarelawan samada untuk buat permohonan anggota RELA, ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus menghubungi pihak terbabit melalui talian telefon atau layari laman web rasmi tersebut.

Diharap perkongsian senarai cawangan pejabat RELA daerah di negeri Perlis Indera Kayangan ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog