Senarai Pejabat RELA Daerah Negeri Terengganu

Pejabat Rela Negeri Daerah Terengganu

Dikongsikan senarai lengkap cawangan pejabat RELA yang terdapat di beberapa daerah negeri Terengganu berserta alamat lokasi, nombor telefon, faks, email dan pautan portal rasmi untuk memudahkan anda untuk mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan.

Jabatan Sukarelawan iaitu RELA yang juga sebelum ini dikenali sebagai Ikatan Relawan Rakyat dan Pasukan Sukarelawan adalah sebuah persatuan beruniform yang bertanggungjawab membantu serta mengekalkan keselamatan negara yang mana ia berada di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Antara peranan dan tugas-tugas penting bagi seorang anggota RELA adalah sebagai duta kecil kerajaan dalam sebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan, memberikan kerjasama dengan pasukan keselamatan dengan semua agensi penguatkuasaan.

Selain itu, setiap anggota juga perlu menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio ekonomi setempat dan turut dipertanggungjawabkan untuk membangunkan modal insan menerusi beberapa latihan bersesuaian yang telah ditetapkan.

Senarai Lokasi Cawangan RELA Daerah Terengganu


Jika anda bercadang untuk pergi ke mana-mana cawangan pejabat RELA yang terdekat dengan kawasan tempat tinggal kerana mempunyai urusan tertentu, sila rujuk senarai yang dipaparkan seperti di bawah:

Ibu Pejabat RELA Negeri Terengganu
Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Contact Number
09-6222751

Fax Number
09-6232939

Pejabat RELA Daerah Kuala Terengganu
Tingkat 12, Wisma Persekutuan,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

No Tel : 09-6226005
No Fax : 09-6231339
Email : prd_kualaterengganu(@)moha.gov.my

Pejabat RELA Daerah Besut
Kementerian Dalam Negeri,
JKR 181, Jalan Malaysia,
22200 Kampung Raja,
Besut, Terengganu.

No Tel : 09-6950509
No Fax : 09-6958988

Email : prd_besut(@)moha.gov.my

Pejabat RELA Daerah Dungun
Jalan Nibong, Kg. Molek,
22300 Dungun, Terengganu.

No Tel : 09-8442525
No Fax : 09-8452587
Email : prd_dungun(@)moha.gov.my

Pejabat RELA Daerah Kemaman
Aras Bawah, Jalan Melor,
Bangunan Persekutuan Kemaman,
24000 Kemaman, Terengganu.

No Tel : 09-8592212
No Fax : 09-8595209
Email : prd_kemaman(@)moha.gov.my

Pejabat RELA Daerah Hulu Terengganu
No. 92,93 dan 103, Tingkat Atas,
Pasar Besar Kuala Berang,
21700 Kuala Berang,
Terengganu.

No Tel : 09-6811201
No Fax : 09-6812429
Email : prd_huluterengganu(@)moha.gov.my

Pejabat RELA Daerah Marang
JKR16, Kampung Paya,
Jalan Padang Bola,
21600 Marang, Terengganu.

No Tel : 09-6182214
No Fax : 09-6182214
Email : prd_marang(@)moha.gov.my

Pejabat RELA Daerah Setiu
Tingkat 2, Wisma Peladang,
22100 Permaisuri,
Setiu, Terengganu.

No Tel : 09-6097179
No Fax : 09-6097714
Email : prd_setiu(@)moha.gov.my

Portal Rasmi
https://www.rela.gov.my/

Media Sosial

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan dengan Jabatan Sukarelawan samada untuk buat permohonan anggota RELA, ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus menghubungi pihak terbabit melalui talian telefon atau layari laman web rasmi tersebut.

Diharap perkongsian senarai cawangan pejabat RELA daerah di negeri Terengganu ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog