Senarai Klinik Pergigian Kerajaan Negeri Perlis

Klinik Pergigian Negeri Perlis

Dikongsikan maklumat senarai cawangan Klinik Pergigian Kerajaan yang terdapat di seluruh daerah negeri Perlis berserta alamat lokasi lengkap, nombor telefon, faks, waktu operasi dan caj rawatan murah untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dan pemeriksaan.

Senarai Klinik Gigi Kerajaan Negeri Perlis


Klinik Gigi Kerajaan Perlis

Jika anda sedang mencari cawangan klinik gigi yang terdekat dengan tempat tinggal, sila rujuk senarai berikut berpandukan kepada kawasan tersebut, sekiranya perlu anda boleh terus hubungi pihak terbabit untuk sebarang pertanyaan atau berkaitan dengan temujanji.

Klinik Pergigian Arau
Klinik Kesihatan Arau,
02600 Perlis.

No Tel : +604-9861169

Klinik Pergigian Beseri
Klinik Kesihatan Beseri,
02400 Perlis.

No Tel : +604-9381355

Klinik Pergigian Kaki Bukit
Klinik Kesihatan Kaki Bukit,
02200 Perlis.

No Tel : +604-9456237

Klinik Pergigian Kangar
Klinik Kesihatan Kangar,
Jalan Kolam, 01000 Perlis.

No Tel : +604-9778333

Klinik Pergigian Kuala Perlis
Klinik Kesihatan Kuala Perlis,
02000 Kuala Perlis.

No Tel : +604-9854259

Klinik Pergigian Padang Besar
Klinik Kesihatan Padang Besar,
02100 Perlis.

No Tel : +604-9490333

Klinik Pergigian Pakar Bedah Mulut
Hospital Kangar,
01000 Kangar.

No Tel : +604-9763333

Klinik Pergigian Pakar
Hospital Tuanku Fauziah
Kangar, 01000 Perlis.

No Tel : +604-9763333

Klinik Pergigian Sanglang
Klinik Kesihatan Kuala Sanglang,
02800 Perlis.

No Tel : +604-7940216

Klinik Pergigian Simpat Empat
Klinik Kesihatan Simpang Empat,
02700 Simpang Empat, Perlis.

No Tel : +604-9807214

Waktu Operasi Klinik Gigi

Waktu operasi perkhidmatan untuk kesihatan pergigian bagi seluruh negeri Perlis kebiasaannya mengikut waktu pejabat iaitu bermula daripada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang iaitu pada hari berkerja dari hari Isnin sehingga Jumaat.

Kadar Caj Rawatan Pergigian

Untuk makluman, caj bagi rawatan dan perkhidmatan pergigian hanya tertakluk kepada jadual seperti dipaparkan, namun caj tersebut tidak meliputi:

1. Kakitangan awam, pesara kerajaan dan keluarga serta orang kurang upaya (OKU)

2. Pekerja dalam badan berkanun, individu yang ditetapkan oleh undang-undang serta keluarga dan tanggungannya.

3. Individu yang diberikan hak keistimewaan dalam perubatan.

Perkara Kelas Pertama Kelas Kedua Kelas Ketiga Pesakit Luar
Cabutan * RM 15 RM 6 Percuma RM 1
Tampalan * RM 20 RM 8 Percuma RM 2
Inlay * - ** RM 40 RM 16 Percuma RM 3
Korona * - ** RM 40 RM 16 Percuma RM 3
Penskaleran @ RM 40 RM 16 Percuma RM 2
Rawatan Endodontik RM 55 RM 22 Percuma RM 4
Pembuatan Dentur Penuh **
Bahagian Atas RM 100 RM 50 RM 25 RM 50
Bahagian Bawah RM 100 RM 50 RM 25 RM 50
Pembuatan Dentur Separa Penuh **
Plat Atas/Bawah RM 20 RM 10 RM 5 RM 10
Gigi tambahan RM2* RM 100 RM 50 RM 25 RM 25
Pembaikan Dentur
Setiap Plat *** RM 5 RM 3 RM 1 RM 2
Penggantian * RM 5 RM 3 RM 1 RM 2
Aplians atau Obturator Pergigian
Kecil RM 75 RM 30 RM 15 RM 15
Sederhana RM 100 RM 40 RM 20 RM 20
Besar RM 125 RM 50 RM 25 RM 28
Aplians Ortodontik
Aplians Tetap RM 500
Aplians Boleh Tanggal Mudah RM 100
Kompleks RM 200
Caj Rawatan Pergigian & Harga MyHealth Gov

Rujukan
  • * : Sebatang gigi
  • ** : Tidak termasuk harga logam
  • *** : Tidak termasuk gigi
  • RM2* : Setiap gigi tambahan RM2 maksimum
  • @ : Setiap lawatan

Sistem Temujanji Online


Cara buat temujanji di klinik gigi kerajaan sangat mudah dengan menggunakan aplikasi MySejahtera yang sememangnya dikhaskan untuk semua rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan dan seumpamanya.

Untuk makluman, hanya beberapa rawatan sahaja yang dibenarkan untuk anda membuat janji temu online dan anda haruslah mengikut tarikh yang diberikan dan antara rawatan yang ditetapkan oleh KKM adalah seperti berikut:

  • Konsultasi (Consultation)
  • Pembaikan gigi palsu
  • Tampalan gigi
  • Scaling
  • Cabutan gigi longgar

Diharap perkongsian senarai lengkap cawangan Klinik Pergigian Kerajaan bagi negeri Perlis Indera Kayangan ini dapat membantu serta memudahkan anda untuk membuat pemeriksaan gigi atau membuat appointment dan sebagainya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog