Senarai Klinik Pergigian Kerajaan di Putrajaya

Klinik Pergigian Putrajaya

Dikongsikan maklumat senarai cawangan Klinik Pergigian Kerajaan yang terdapat di seluruh daerah Putrajaya Wilayah Persekutuan berserta alamat lokasi lengkap, nombor telefon, faks, waktu operasi dan caj rawatan murah untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dan pemeriksaan.

Senarai Klinik Gigi Kerajaan Di Putrajaya


Klinik Gigi Kerajaan Putrajaya

Fasiliti Pergigian Kerajaan menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam aspek yang merangkumi kepada rawatan dan pemulihan gigi, pencegahan, memperbaiki serta turut mensasarkan beberapa golongan masyarakat seperti:

  • Kanak-Kanak Pra Sekolah
  • Murid Sekolah Rendah
  • Pelajar Sekolah Menengah
  • Ibu Mengandung
  • Orang Dewasa
  • Warga Emas

Jika anda sedang mencari cawangan klinik gigi yang terdekat dengan tempat tinggal, sila rujuk senarai berikut berpandukan kepada kawasan tersebut, sekiranya perlu anda boleh terus hubungi pihak terbabit untuk sebarang pertanyaan atau berkaitan dengan temujanji.

Klinik Pergigian Putrajaya Presint 18
Lot 18/C 1, Presint 18,
62600, Putrajaya.

Contact Number
+603-88810062 EXT 2101 (Primer)
+603-88810062 EXT 2142 (Ortodontik)
+603-88810062 EXT 2147 (Periodontik)
+603-88810062 EXT 2143 (Restodontik)

Klinik Pergigian Puspanita
Puspanitapuri, Lot PT 2280-2283,
Apartmen Aras Bawah Puspanitapuri,
Persiaran Seri Perdana,
Presint 10, 62250,
Putrajaya.

Contact Number
+603-8888 1091

Klinik Pergigian Putrajaya Presint 9
No. 1, Jalan P9E, Presint 9,
62250 Putrajaya.

Contact Number
+603- 8888 3057 EXT 177

Waktu Operasi Klinik Gigi

Hari Waktu Rehat Waktu
Isnin - Khamis 8.00AM - 1.00PM 1.00PM - 2.00PM 2.00PM - 5.00PM
Jumaat 8.00AM - 12.15PM 12.15PM - 2.45PM 2.45PM - 5.00PM

Waktu operasi perkhidmatan untuk kesihatan pergigian bagi seluruh Putrajaya kebiasaannya mengikut waktu pejabat iaitu bermula daripada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang iaitu pada hari berkerja dari hari Isnin sehingga Jumaat.

Kadar Caj Rawatan Pergigian

Untuk makluman, caj bagi rawatan dan perkhidmatan pergigian hanya tertakluk kepada jadual seperti dipaparkan, namun caj tersebut tidak meliputi:

1. Kakitangan awam, pesara kerajaan dan keluarga serta orang kurang upaya (OKU)

2. Pekerja dalam badan berkanun, individu yang ditetapkan oleh undang-undang serta keluarga dan tanggungannya.

3. Individu yang diberikan hak keistimewaan dalam perubatan.

Perkara Kelas Pertama Kelas Kedua Kelas Ketiga Pesakit Luar
Cabutan * RM 15 RM 6 Percuma RM 1
Tampalan * RM 20 RM 8 Percuma RM 2
Inlay * - ** RM 40 RM 16 Percuma RM 3
Korona * - ** RM 40 RM 16 Percuma RM 3
Penskaleran @ RM 40 RM 16 Percuma RM 2
Rawatan Endodontik RM 55 RM 22 Percuma RM 4
Pembuatan Dentur Penuh **
Bahagian Atas RM 100 RM 50 RM 25 RM 50
Bahagian Bawah RM 100 RM 50 RM 25 RM 50
Pembuatan Dentur Separa Penuh **
Plat Atas/Bawah RM 20 RM 10 RM 5 RM 10
Gigi tambahan RM2* RM 100 RM 50 RM 25 RM 25
Pembaikan Dentur
Setiap Plat *** RM 5 RM 3 RM 1 RM 2
Penggantian * RM 5 RM 3 RM 1 RM 2
Aplians atau Obturator Pergigian
Kecil RM 75 RM 30 RM 15 RM 15
Sederhana RM 100 RM 40 RM 20 RM 20
Besar RM 125 RM 50 RM 25 RM 28
Aplians Ortodontik
Aplians Tetap RM 500
Aplians Boleh Tanggal Mudah RM 100
Kompleks RM 200
Caj Rawatan Pergigian & Harga MyHealth Gov

Rujukan
  • * : Sebatang gigi
  • ** : Tidak termasuk harga logam
  • *** : Tidak termasuk gigi
  • RM2* : Setiap gigi tambahan RM2 maksimum
  • @ : Setiap lawatan

Sistem Temujanji Online


Cara buat temujanji di klinik gigi kerajaan sangat mudah dengan menggunakan aplikasi MySejahtera yang sememangnya dikhaskan untuk semua rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan dan seumpamanya.

Untuk makluman, hanya beberapa rawatan sahaja yang dibenarkan untuk anda membuat janji temu online dan anda haruslah mengikut tarikh yang diberikan dan antara rawatan yang ditetapkan oleh KKM adalah seperti berikut:

  • Konsultasi (Consultation)
  • Pembaikan gigi palsu
  • Tampalan gigi
  • Scaling
  • Cabutan gigi longgar

Diharap perkongsian senarai lengkap cawangan Klinik Pergigian Kerajaan bagi Putrajaya WP ini dapat membantu serta memudahkan anda untuk membuat pemeriksaan gigi atau membuat appointment dan sebagainya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog