3 Cara Semak Baki Akaun RHB Secara Online Banking

Cara semak baki akaun RHB online

Jika anda sedang mencari cara nak check balance duit dalam akaun simpanan bank RHB, sebenarnya tak perlu pun pergi ke mana-mana ATM, zaman sekarang semuanya di hujung jari sahaja menggunakan telefon bimbit selain memerlukan talian internet dan boleh semak baki secara online di portal rasmi RHB iaitu logon.rhb.com.my.


Untuk tujuan tersebut, kami kongsikan maklumat penting termasuk panduan yang serba ringkas untuk anda buat semakan baki akaun RHB dengan beberapa langkah yang mudah, cepat dan selamat tanpa sebarang keraguan.


Cara Semak Baki Akaun RHB Bank Online


Antara perkara utama yang perlu dipastikan sebelum anda logon ke sistem online banking samada melalui laman web atau pun RHBNow app, nombor telefon yang didaftarkan ketika buat pendaftaran perlu ada bersama. Ini kerana setiap transaksi memerlukan nombor OTP yang dihantar secara SMS ke telefon bimbit.


One Time Password iaitu OTP adalah satu kod alphanumeric yang dicipta untuk keselamatan semua pemilik akaun bank dan ini termasuk dengan bank RHB yang tidak terkecuali yang sentiasa meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggannya.


Kod Keselamatan OTP untuk pengesahan bagi membuktikan hanya pemilik akaun yang boleh membuat transaksi dan perlu dimasukkan apabila diminta sewaktu membuat sebarang transaksi samada pemindahan wang, mengemaskini data personal dan sebagainya.


Jika anda tidak mempunyai kod OTP, semua transaksi yang ingin dibuat pasti gagal begitu juga untuk login ke laman RHB Now Mobile Banking yang biasanya akan meminta kod ini untuk mengelakkan sebarang kejadian seperti kecurian data akaun dan lain-lain kes yang sensitif.


Untuk permulaan apa yang perlu anda buat sebelum guna perkhidmatan sistem perbankan internet dari RHB dengan mendaftar terlebih dahulu jika anda mempunyai akaun simpanan di bank ini. Langkah seterusnya adalah untuk mereka yang telah pun mendaftar online banking:


RHB mobile banking login

1. Layari portal rasmi RHB bank di https://logon.rhb.com.my samada dengan menggunakan telefon Android, iPhone, laptop atau desktop.


2. Di bahagian utama, sila masukkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) untuk terus menyemak baki akaun simpanan.


3. Selepas berjaya login, sila pilih menu My Account dan pilih pula menu Account Balance.


4. Maklumat berkaitan dengan balance yang terdapat dalam akaun anda secara keseluruhan akan terpapar pada skrin, anda boleh dapatkan penyata (statement) jika mahu.


Semakan Baki Akaun Melalui RHB Now Apps


Check balance no akaun RHB bank

Mungkin masih ada yang tidak tahu tentang aplikasi RHB Now Mobile Banking yang dibina oleh pihak bank ini dan anda boleh terus download untuk menggunakannya samada melalui Google Play Store atau Apple App Gallery berpandukan kepada jenis telefon masing-masing.


Untuk makluman, dengan adanya aplikasi ini di dalam telefon berbagai jenis perkhidmatan yang boleh digunakan termasuk segala macam transaksi boleh di cek dan dibuat dengan mudah seperti berikut:


  • Check balance account
  • Pemindahan duit (Fund Transfer)
  • Reload / Top Up (Prepaid Services)
  • Pembayaran bill (Bill Payment)
  • RHB Pay Anyone
  • ETC (Other Services)

Jika anda telah install aplikasi ini dan tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya buat pertama kali, berikut adalah langkah-langkah sebelum masuk atau login di RHB Now:


1. Buka app RHB Now Mobile Banking.


2. Masukkan nama, ID atau username diikuti password.


3. Di bahagian paparan utama, pilihkan menu My Account dan Account.


4. Seterus maklumat baki akaun anda akan terpapar.


Check Balance Akaun Melalui ATM RHB Bank.


Untuk anda yang nak buat semakan baki menggunakan mesin juruwang atau di ATM RHB kerana sebab-sebab tertentu seperti tiada access talian internet, anda masih boleh check secara manual di mana-mana cawangan ATM bank ini seperti berikut:


1. Pastikan anda mempunyai kad debit ATM RHB.


2. Di mesin tersebut masukkan kad dan buat pilihan bahasa.


3. Masukkan pula nombor PIN yang biasanya 6 angka saja.


4. Tekan menu Transaksi Lain atau Other.


5. Kemudian tekan pula Maklumat Akaun/Account Summary.


6. Seterusnya boleh semak pada Maklumat Baki Akaun Simpanan


Walau bagaimanapun, lebih mudah cara cek dan menyemak baki akaun secara online samada guna aplikasi atau menerusi portal rasmi RHB kerana anda tak perlu bersusah payah untuk pergi ke lokasi bank ini semata-mata untuk buat semakan. Jadi, anda disarankan untuk daftar online banking.


Untuk anda yang sedang mencari cawangan bank RHB yang terdekat berpandukan kepada kawasan dan negeri tempat tinggal, anda boleh cari alamat bank tersebut melalui pautan berikut: Senarai Cawangan RHB Bank di Seluruh Malaysia. - Source: RHB Online Banking


Sepatah Dua Kata


Mudah kan cara nak semak baki akaun RHB melalui internet atas talian? Diharap perkongsian ringkas ini sekurang-kurangnya dapat memudahkan urusan atau membantu semua pengguna yang masih lagi belum tahu kaedah-kaedah tersebut. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog