Cara Daftar Grab Car Driver Secara Online (Pemandu Grab)

Cara daftar grab car driver

Mungkin masih ada diantara anda yang sedang mencari bagaimana cara daftar Grab Car Driver atau sebagai pemandu grab secara online untuk menambahkan pendapatan samada untuk full atau part time iaitu secara tetap atau pun sambilan. Sebenarnya, ia taklah susah dan sangat mudah untuk register dan kami akan tunjuk secara satu persatu.

Sekiranya, anda berminat untuk menjadi pemandu grab, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat pendaftaran. Pertama sekali adalah waktu kerjanya sangat fleksibel dan tidak menentu tetapi bayaran atau gaji yang diterima sememangnya sangat lumayan yang mungkin di luar jangkaan.

Berikut adalah panduan lengkap bagaimana untuk register Grab Driver secara online dan pastikan anda mengikutnya step by step supaya semuanya teratur sehingga tamatnya permohonan ini, selepas itu anda hanya perlu menunggu keputusan samada diterima atau sebaliknya.

Table of Contents


Apa itu Grab Driver?


Daftar grab car Malaysia

Perkhidmatan yang dikenali sebagai Grab Driver adalah salah satu jenis perkhidmatan yang menggunakan seorang pemandu yang bertugas untuk menghantar dan mengambil pelanggan. Ia juga dikenali sebagai Grab Taxi atau juga perkhidmatan e-Hailing yang menjadi tugas anda untuk tujuan tersebut selepas anda mendaftar sebagai seorang Pemandu Grab.

Syarat-Syarat Permohonan Pemandu Grab


Untuk mendapatkan kerja ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan juga perlu register secara online bagi mendapatkan jawatan ini termasuk seorang rider, yang kini mempunyai permintaan yang sangat tinggi di seluruh negeri di Malaysia berserta Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah antara senarai penting syarat yang perlu anda ketahui sebelum membuat permohonan sebagai pemandu grab atau Grab Driver:

  • Berumur 21 tahun sehingga 69 tahun sahaja
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad Biru
  • Mempunyai kereta, Lesen Memandu Malaysia yang sah dan Lesen PSV
  • Membuat Pemeriksaan Kesihatan sebelum memohon Lesen PSV
  • Kereta perlu dalam keadaan baik dan berusia kurang dari 10 tahun

Selain itu, anda boleh buat semakan jenis-jenis kenderaan yang layak untuk dibuat sebagai GrabCar melalui laman Grab yang telah disediakan: Grab Car Eligible List dan di bawah pula adalah senarai jenis atau model dan jenama kereta yang tidak layak untuk dibuat Grab Car:

  • Perodua Kelisa
  • Perodua Viva
  • Perodua Kancil
  • Perodua Kembara
  • Perodua Kenari
  • Inokom Atos (Model lama 2007-2010)
  • Inokom Matrix
  • Renault Kangoo
  • Proton Wira
  • Proton Iswara
  • Proton Gen 2
  • Proton Savvy
  • Proton Satria Neo (2 pintu)
  • Proton Waja (Reject di Sabah sahaja)
  • Kia Spectra/Naza Spectra
  • Kia Sutera/Naza Sutera
  • Kia Picanto/Naza Picanto(Model lama 2007-2010)
  • Honda CR-Z (2 Doors)
  • Hyundai Getz (Model lama 2007-2010)
  • Hyundai i10 (Model lama 2007-2010)
  • Chevrolet Aveo (Model lama 2007-2010)
  • Changan Era CM8
  • Pick up trucks (Reject di semenanjung)
  • Kenderaan 2 pintu
  • Taxi vehicles / Personal Advertised vehicles

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mendaftar


Berikut adalah antara senarai dokumen yang penting diperlukan sebelum mengisi borang pendaftaran Grab Driver secara online. Sebaiknya semua dokumen tersebut telah pun ada di dalam telefon bimbit anda atau terdapat di dalam Pen Drive atau PC sekiranya buat permohonan menggunakan komputer.

1. Gambar Profile
Gambar yang menunjukkan wajah pemohon sangat diperlukan untuk tujuan pengesahan iaitu Face Verification di dalam borang permohonan atau melalui apliksi Grab Driver.

Pastikan anda tidak memakai topi, spek mata hitam dan sebagainya kerana gambar tersebut bertujuan sebagai pengenalan diri setiap pemandu supaya semua penumpang dapat mengenalpasti semua Grab Driver yang ditempah.

2. Kad Pengenalan MyKad
Gambar MyKad boleh diambil dengan menggunakan telefon bimbit atau HP dan anda perlu memastikan ianya terang tiada sebarang pantulan cahaya yang boleh mengaburkan butiran Kad Pengenalan.

3. Cover Note Insurans Kereta
Anda perlu mengambil gambar Cover Note Insurance kereta yang terbaru berserta perlu dipastikan semua data adalah jelas dan paling penting nama anda tercatat pada cover note tersebut atai di bahagian Any Authorised Driver dan All Driver.

Untuk pengetahuan, butiran berkaitan kereta yang perlu disertakan dalam gambar adalah seperti harga polisi, chassis number, nombor enjin, dan tarikh luput tersebut.

4. Geran Kereta JPJ
Geran kereta (Grant JPJ) yang asal dan boleh di scan amat diperlukan oleh pihak Grab untuk membuktikan nama pemilik kenderaan yang sah sebelum dijadikan Grab Car.

Cara Register Grab Driver Online Malaysia


Grab car register

Untuk buat permohonan Grab Driver Online, sila layari terlebih dahulu laman rasmi Grab iaitu https://grab.com/my sebagai langkah pertama yang perlu anda lakukan sebelum daftar.

1. Dalam portal tersebut sila buat pilihan menu yang terdapat pada bahagian kiri yang terpapar, seterusnya klik pada butang Be Our Partner dan klik pada pilihan yang menyatakan Grab Driver Partner atau terus ke link ini https://register.grab.com/my.

2. Kemudian paparan selanjutnya adalah butang Sign Up yang perlu anda masukkan semua maklumat diri yang diperlukan untuk buat permohonan.

3. Sila tandakan atau TICK pada link yang menyatakan I agree to the terms and conditions. Sebaiknya anda bacakan dahulu semua terma dan syarat yang dinyatakan di ruangan tersebut.

4. Tandakan pula pada bahagian kitak yang mengatakan I have read, understand and agree to Grab's Privacy Policy yang bermaksud anda telah bersetuju dengan polisi pihak syarikat Grab.

5. Selepas anda menekan butang Sign Up Now, kod empat digit akan dihantar kepada nombor telefon anda yang telah anda masukkan dalam ruangan maklumat diri itu tadi. Masukkan kod berkenaan pada ruangan kotak itu.

6. Apabila anda telah selesai verify atau membuat pengesahan dengan nombor 4 digit itu, dengan secara automatik paparan Personal terpapar dan pada ruang tersebut anda perlu masukkan semua maklumat seperti berikut:

  • Profile Rakan Memandu
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Lesen Memandu
  • Maklumat Akaun Bank
  • Emergency Contact Number

7. Pastikan anda menekan butang Save setiap kali memasukkan dokumen-dokumen yang dipinta. Untuk memudahkan permohonan anda selamat dan berjaya, pastikan anda mempunyai atau mengambil diri sendiri terlebih dahulu kerana jenis-jenis gambar yang diperlukan seperti berikut:

  • Gambar selfie
  • Gambar Kad Pengenalan
  • Gambar Lesen Memandu

8. Tips supaya pendaftaran anda akan diterima atau akan berjaya, sila pastikan semua gambar yang diambil adalah jelas dan terang serta tidak mengelirukan pihak yang akan proses permohonan ini, begitu juga dokumen penting yang lain.

9. Setelah tamat pada bahagian Personal, anda perlu mengisi borang pada bahagian Transport yang memerlukan beberapa data kereta seperti di bawah dan anda boleh lihat di Document Requiremet untuk maklumat lanjut:

  • Maklumat kenderaan
  • Polisi insurans
  • Lesen kenderaan (Road Tax)
  • Geran

10. Apabila selesai mengisi bahagian berkenaan, seterusnya tekan butang Next. Untuk makluman, setiap satu permohonan yang telah berjaya akan dihubungi oleh pihak Grab samada melalui email atau SMS.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa lama anda menunggu setelah buat permohonan tetapi sehingga kini masih lagi belum berjaya, anda boleh memohon lagi dengan syarat perlu menukarkan email dan nombor telefon yang baharu untuk memohon sekali lagi.

FAQ / Soalan Lazim




Apakan kebaikan dan manfaat jika anda menjadi seorang pemandu e-hailing dengan Grab?

Apabila anda mendapatkan lesen PSV dan mengaktifkan e-hailing, berikut adalah beberapa kelebihan dan manfaat yang akan dinikmati:

Secara purata, Rakan Pemandu yang telah aktifkan kedua-dua jenis e-hailing berserta Pendaftaran akan berpeluang menjana pendapatan DUA kali ganda dengan lebih lagi bagi tempoh masa bekerja yang sama berbanding dengan Rakan Pemandu yang hanya buat penghantaran kerana mereka boleh mengakses lebih banyak tempahan.

Selain berpeluang untuk jana pendapatan yang lebih, pihak Grab turut menyediakan bantuan kepada semua pemohon yang sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen PSV dengan beberapa cara seperti berikut:

  • Pembayaran balik dari Grab ke atas kos yang berkaitan
  • Panduan lengkap secara online untuk dapatkan lesen

Berapakah jumlah dan kos bayaran yang diperlukan untuk menjadi seorang Grab Car Driver?

Kos yang diperlukan untuk seorang pemohon yang ingin menjadi Pemandu Grab sebenarnya tidaklah terlalu tinggi dan berikut adalah senarai kos tersebut yang diperlukan anda:

1. Lesen PSV : RM80.00 - RM20.00

2. Insurans e-Hailing : RM1.00/RM3.00/Sehari; RM300.00/RM500.00/Setahun (Bergantung kepada setiap syarikat insurans)

3. Pemeriksaan e-Hailing Puspakom : Sebanyak RM75.00 untuk kali pertama pemeriksaan dan bayaran seterusnya sebanyak RM55.00 pada tahun yang berikutnya.

4. Permit Kenderaan e-Hailing (EPV Grab) : Pihak Grab akan membayar kos EVP bernilai RM155.00

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pendaftaran atau permohonan anda yang masih tiada jawapan, anda boleh terus bertanyakan kepada pihak pegawai Grab yang bertugas melalui talian WhatsApp iaitu +60168000804 atau menerusi email Grab Help Center di support.my(@)grab.com.my.

Diharap perkongsian cara daftar Pemandu Grab secara online ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan serta sedikit sebanyak membantu memudahkan urusan anda, semoga bermanfaat dan semoga berjaya. - Bukit Besi Blog