Tarikh Bayaran Pencen Bulanan Pesara Kerajaan 2023 (Jadual)

Tarikh bayaran pencen

Jadual tarikh pembayaran duit pencen bagi pesara kerajaan untuk tahun 2023 adalah satu perkara penting yang perlu disimpan dalam telefon atau komputer dijadikan sebagai fail dan gambar rujukan kepada mereka yang telah selesai menamatkan perkhidmatan dalam sektor awam di Malaysia.


Jadual bayaran pencen ini bukan hanya terbuka kepada penerima pencen dari pesara kerajaan sahaja tetapi termasuk juga mereka yang menerima bayaran pencen terbitan, wakil atau waris yang mana anda boleh buat semakan secara online samada melalui aplikasi atau laman rasmi JPA.


Jadual Pembayaran Duit Pencen Bulanan 2023


Jadual tarikh bayaran pencen tahun 2023 dikeluarkan berdasarkan kepada surat dari Jabatan Perkhidmatan Awam yang boleh anda download sebagai rujukan pada bulan-bulan yang akan datang supaya tahu bilakah tarikh sebenar menerima bayaran pencen samada dari Skim B yang perlu pergi ke kaunter bank dan Skim A dapat diterima terus dalam akaun bank.


Jadual pencen 2023

16 January 2023 Hari Isnin

Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 Ahad & Isnin


20 Februari 2023 Hari Isnin


20 Mac 2023 Hari Isnin


13 April 2023 Hari Khamis

Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 Sabtu & Ahad


18 Mei 2023 Hari Khamis

Hari Pesta Keamatan 30 & 31 Mei Selasa & Rabu


19 Jun 2023 Hari Isnin

Hari Gawai 1 & 2 Jun 2023 Khamis & Jumaat

Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 Khamis & Jumaat


20 Julai 2023 Hari Khamis


21 Ogos 2023 Hari Isnin


21 September 2023 Hari Khamis


19 Oktober 2023 Hari Khamis


20 November 2023 Hari Isnin

Hari Deepavali 12.11.2023 Ahad


14 Disember 2023 Hari Khamis

Hari Krismas 25 Disember 2023 Isnin


Download Tarikh Bayaran Pencen


Anda boleh muat turun gambar jadual pembayaran pencen untuk pesara kerajaan seperti yang dipaparkan dan boleh juga dapatkan dalam bentuk file PDF seperti yang dikongsikan daripada portal rasmi http://www.jpapencen.gov.my/ di bawah:




Untuk download jadual pembayaran pencen PDF, sila klik pada file tersebut dan anda boleh terus muat turun di laman Google Drive.


Semakan Penyata Online


Bagi pesara kerajaan dan penerima pencen terbitan yang ingin mendapatkan penyata pencen secara online, ingin menyemak kenaikan caruman, jumlah pembayaran dan sebagainya, anda boleh terus ke laman Aplikasi Atas Talian, melalui Apps JPA Pencen ini, berikut adalah perkhidmatan yang disediakan:


  • Semakan Penyata Pencen
  • Semakan Status Permohonan Persaraan
  • Semakan Status Permohonan Faedah Terbitan
  • Cetakan Surat Persaraan Pilihan
  • Semakan Pemberian Taraf Berpencen
  • Semakan Kelulusan Faedah Pesaraan
  • Pemakluman Bayaran Ganjaran
  • Bantuan Mengurus Jenazah
  • Semakan Pindaan Potongan
  • Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil
  • Kelulusan Perlantikan Wakil Diri
  • Surat Akuan Pesara
  • Status Permohonan Tuntutan Perubatan

Baca : Download Kalendar Kuda 2023 Malaysia PDF


Diharap perkongsian jadual dan tarikh bayaran pencen ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan yang berkaitan dengan semua pesara kerajaan di Malaysia berserta wakil dan juga waris yang terdekat yang memerlukan informasi ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog