Hukum Pemakaian Inai Bercorak di Tangan Lelaki dan Perempuan (Mufti Wilayah Persekutuan)

Hukum melukis inai di tangan mufti wilayah

Sekadar ingin berkongsi tentang hukum pemakaian inai bercorak mengikut hukum syarak. Mungkin masih ramai yang tertanya dan ragu berkaitan dengan hukum memakai inai yang dilukis di tapak tangan atau di belakang tapak tangan, sama ada haram atau tidak bagi lelaki dan wanita.

Pasti ianya masih menjadi persoalan kepada mereka yang belum tahu terutamanya golongan wanita yang begitu meminati memakai inai bercorak (Henna) seperti bunga, awan larat dan daun tumbuh-tumbuhan semasa mengadakan majlis perkahwinan, persandingan, pertunangan dan sebagainya.

Hukum Memakai Inai Bercorak Mengikut Syarak


Hukum pakai inai bercorak

Berbagai pendapat dan kesimpulan yang boleh kita dapati tentang hukum pemakaian inai untuk lelaki dan perempuan ini. Sesetengah orang berpendapat dengan menyatakan adalah haram sekiranya lelaki memakai inai untuk tujuan perkahwinan sama ada hanya untuk tiga jari dan ada pendapat menyatakan adalah makruh jika lelaki memakai inai.

Tetapi lain pula untuk perempuan, sesetengah pendapat menyatakan, sekiranya seseorang perempuan itu memakai inai dengan niat untuk menghias diri dan inai yang dipakai yang diasaskan oleh daun inai semulajadi tanpa ukiran seperti tattoo yang bercorakkan binatang dan berhala, hukumnya adalah harus dan sebaliknya.

Corak ukiran inai lukis di tangan atau kaki seorang perempuan adalah ukiran jenis seperti awan larat, bunga, daun atau sebarang tumbuh-tumbuhan yang cantik dipandang walau bagaimanapun ia juga mempunyai had  yang tertentu yang harus kita ikut seperti yang telah ditetapkan.

Hukum lelaki pakai inai

Hukum pakai inai bercorak

Sebenarnya persoalan hukum pakai inai lelaki dan perempuan telah pun terjawab melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 2 Oktober 2009. Semoga keputusan muzakarah ini akan menjawab semua persoalan dan pertanyaan kepada semua yang bertanyakan tentang isu hukum halal dan haram pemakaian inai bercorak ini.

  • Memakai inai bercorak pada kedua tangan dan kaki bagi wanita yang berkahwin atau tidak, selagi tidak  menimbulkan fitnah adalah HARUS
  • Inai hanya boleh dipakai di kedua tangan dan kaki, tidak melebihi pergelangan tangan dan buku lali
  • Warna inai bercorak yang digunakan haruslah tidak bersifat kekal seperti tatu
  • Ukiran atau corak yang dibenarkan seperti awan larat, bunga dan tumbuhan manakala ukiran seperti haiwan, dewa berhala atau apa saja yang bertentangan dengan agama Islam adalah dilarang
  • Memakai inai di kedua tangan dan kaki untuk seorang lelaki adalah tidak diharuskan, namun hanya sebilangan jari yang dibenarkan tujuan perubatan

Hukum memakai inai di kuku atau kaki

Pengantin lelaki pakai inai tangan mana

hukum memakai inai di jari pengantin

hukum melukis inai di tangan mufti wilayah persekutuan

Haram Lelaki Pakai Inai

أَمَّا خِضَابُ الْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ بِالْحِنَّاءِ فَمُسْتَحَبٌّ لِلْمُتَزَوِّجَةِ مِنْ النِّسَاءِ: لِلْأَحَادِيثِ الْمَشْهُورَةِ فِيهِ وَهُوَ حَرَامٌ عَلَى الرِّجَالِ إلَّا لِحَاجَةِ التَّدَاوِي

Maksudnya: Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dikalangan perempuan berdasarkan hadith-hadith masyhur padanya dan haram ke atas lelaki-lelaki (memakai inai) kecuali untuk berubat.

[Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr, 1/294]

Untuk bukti sahih atau sebarang keterangan lanjut mengenai hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak dalam Islam dengan lebih terperinci dan mendalam, anda boleh merujuk pengetahuan berkaitan melalui Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berkongsi tentang hukum ini dari sisi agama Islam.

Berdasarkan kenyataan yang dikongsikan adalah tidak dibenarkan lagi bagi seorang lelaki untuk memakai inai pada kedua tangan dan kaki dan adalah digalakkan bagi seorang perempuan yang telah berkahwin untuk berinai dengan tujuan untuk cantik atau menghias diri kerana berinai juga termasuk dalam barang perhiasan perempuan.


Mulai sekarang lelaki atau seorang pengantin lelaki tidak boleh pakai inai lagi walaupun bertujuan untuk perkahwinan atau untuk berhias supaya berseri dan sebagainya, melain atas tujuan untuk berubat iaitu dengan berinai boleh membantu untuk sembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Lelaki boleh pakai inai di rambut kerana ini jelas diterangkan di dalam hadis seperti yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Hukum pemakaian inai adalah wajib diambil kira kerana jangan sampai kita menolak syariat semata-mata kerana adat. Apalah gunanya jika kita beragama Islam atau bermazhab sekiranya kita tak mengikut syariat dan hukum syarak yang telah ditetapkan. Marilah bersama-sama kita renungkan dan berpesan-pesanlah sesama kita dengan niat ikhlas sebagai tanggungjawab seorang Islam. - Bukit Besi Blog