Dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga ke hari ini masih lagi ada perbuatan sihir yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk ditujukan kepada sesiapa yang mereka benci atau dengki. Akhirnya mangsa menganggung derita kerana terkena buatan guna-guna.
Perbuatan sihir masih terus diamalkan walaupun sedar ianya berdosa dan haram di sisi agama Islam. Mereka sanggup mengamalkan ilmu hitam, sihir, santau dan sebagainya hanya kerana ingin memenuhi niat jahat serta ingin melihat kehidupan mangsanya musnah, bercerai, mati, menderita dan sebagainya.
Terbaru, seorang pengguna Facebook, Md Iruwan turut berkongsi bagaimana satu kejadian telah menimpa dirinya dan keluarga apabila mereka dikatakan telah disihir oleh seseorang yang tidak dikenali apabila menerima satu surat berisi balutan kain dipercayai patung sihir berserta sekeping gambarnya bersama keluarga.
Gambar di atas menunjukkan bukti barang sihir yang dihantar kepada Md Iruwan.
Kepada sesiapa yang buat benda ni, terimalah balasan Tuhan nanti. Setahu aku, aku memang tak mempunyai musuh pun. Aku sangat terkejut, kelmarin aku terima surat ni. Bila aku buka sampul, rupa-rupanya ada benda ni yang bertujuan menghantar sihir pada aku dan keluarga.
Aku tahu, gambar aku sekeluarga, kau ambil daripada akaun Facebook aku dan aku tahu kau follow perkembangan aku dalam Facebook. Aku tak akan balas segala perbuatan kau tapi kau kena ingat kuasa Tuhan lebih daripadad segala-galanya di dunia ini.
Jika terjadi apa-apa pada keluarga aku, kau jawablah nanti. Tuhan Maha Adil dari segalanya dan kau nak isteri aku jadi gila dan mati. Tapi kau perlu ingat, kalau Tuhan tak izinkan semua ni, benda ni tak akan jadi.
Baca : Tanda-tanda Terkena Sihir Buatan Orang
Aku berdoa dan minta pada Tuhan supaya Tuhan tunjukkan azab kepada sesiapa saja yang sanggup buat macam ni pada aku dan keluarga. Aku tak takut mati sebab mati itu pasti kepada setiap makhluk yang hidup. Tapi aku minta dengan Tuhan agar dipanjangkan umur aku sebab amalan aku masih belum cukup dan semua anak aku masih kecil.
"Ya Allah, Ya Tuhan ku, aku mohon kepadaMU agar kau tunjukkanlah semua kebenaran ini nanti. Amin!"
Perkongsian Md Iruwan telah mendapat perhatian netizen di mana rata-rata di antara juga turut terkejut malahan turut simpati dengan kejadian yang dialami Md Iruwan. Mereka menasihatkan Iruwan agar terus berdoa kepada Allah agar dijauhkan sihir seperti ini. - Bukit Besi Blog