Hukum Simpan Kuku Panjang Dalam Islam (Hadis & Al-Quran)

hukum simpan kuku panjang

Zaman sekarang ramai yang masih simpan kuku panjang terutamanya kaum perempuan dengan alasan untuk cantik lagi pun bukan kotor sebab kuku dijaga dikilatkan, bersih dan putih. Tapi, tahukah anda apakah hukum simpan kuku panjang dalam Islam?

Pasti ada yang masih tak tahu tentang hukum menyimpan kuku panjang. Ada yang berpendapat memelihara kuku panjang umpama membela sekandang khinzir dan ada yang mengatakan tempat syaitan bergayut pada kuku. Nak tahu tentang keburukan kuku panjang?

Ini perkongsian lengkap daripada Ustaz Farid Rashidi yang mencerita dan menyampaikan tentang hukum kuku panjang dalam Islam. Sebenarnya, dalam hadis dan dalam Al-Quran ada dijelaskan tentang ini, jangan hanya baca dan pandang sebelah mata.

Hukum Simpan Kuku Panjang


Biasa sangat terjumpa kaum wanita yang berkuku panjang dan ia sengaja disimpan sampai panjang. Ada yang potong kuku di tepi saja tapi di tengah-tengahnya dibiarkan panjang dan tajam, kononnya cantik bila runcing.

kesan kuku panjang

Disebabkan bela kuku panjang, sampai diri dia terpaksa berusaha kerana untuk tekan keyboard telefon bimbit. Silap tekan, terus jadi typo tersilap huruf dan perkataan.

Tak kurang juga kaum lelaki yang simpan kuku panjang di sesetengah jari. Biasanya di jari kelingking, katanya untuk korek telinga tapi sebenarnya apakah tujuan utama membela kuku panjang?

Cuba bayangkan dengan kuku panjang nak beristinjak pasti akan calar balar, boleh bayang tak bagaimana istinjak bila kuku panjang sedepa? Mesti seksa kan? Silap-silap ada kesan tut di celah-celah kuku.

Kuku kalau disimpan panjang ia lebih kurang sama rupa seperti haiwan karnivor (Maging). Iaitu haiwan pemangsa yang makan daging seperti singa dan harimau, kedua-dua binatang tu kuku panjang.

Hukum Memotong Kuku

hukum memotong kuku

Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa memotong kuku adalah sunnah daripada sunnah fitrah manusia. Disunatkan bagi setiap orang muslim menjaga kebersihannya dengan baik. Hukum simpan kuku panjang ini sama sahaja, terpakai kepada lelaki mahupun wanita.

Dalilnya:

keburukan kuku panjang dalam islam

Juga hadis yang mengingatkan agar tidak membiarkan kuku panjang hingga lebih empat puluh hari (40 hari).

hukum perempuan simpan kuku panjang

Boleh tak mahu kerat kuku, dikecualikan hanya ketika berlakunya peperangan sahaja.

Ini disebut pula dalam Kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:

Mengerat kuku adalah sunnah kecuali di masa peperangan, membiarkannya (ketika itu) adalah disunatkan.

Beberapa hukum berkenaan kuku yang boleh kita ambil perhatian:

• Cara memotong kuku, sebaiknya dimulakan mengerat kuku tangan kanan terlebih dahulu barulah tangan kiri. Begitu juga untuk kaki, hendaklah dimulakan dengan kaki kanan dan kaki kiri.

Sebagaimana apa yang Rasulullah SAW selalu ajarkan agar mulakan sesuatu dari sebelah kanan :

apa hukum menyimpan kuku panjang

• Dilarang mengerat kuku bahagian tepi dan meninggalkan bahagian tengah sehingga kelihatan tajam dan meruncing kerana ia akan menyebabkan terkumpulnya kekotoran di celah-celah kuku.

[Sabah al-Samarrai’ (Dr.), hlm.76. Al-Farghani, jil.3, hlm.411]

• Makruh mengerat kuku menggunakan gigi. Hendaklah memotong kuku menggunakan pengepit kuku. Al-Farghani menyebut bahawa mengerat kuku menggunakan gigi antara punca menyebabkan penyakit.

[Nizamuddin, jil.5, hlm.358]

Islam itu indahkan? Cantik sangat. Hinggakan bab potong kuku pun diajar Rasulullah SAW.

Hikmahnya adalah :

1. Mengerat kuku adalah bersesuaian dengan fitrah manusia yang sempurna. Ia juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Bila sunnah, sudah pasti akan ada pahala menanti.

2. Bila dibiarkan panjang, maka akan terkumpullah segala sisa-sisa kekotoran biarpun dah bersihkannya. Kita mana nampak kumankan? Sudah tentu akan mendatangkan penyakit nanti.

Bayangkan lagi, dengan kuku yang panjang itu diulinya tepung buat kuih dan roti canai. Padukan? Diramas-ramas pula santan pekat putih berubah jadi kelabu. Bayangkanlah kita makan makanan tu. Erk!

3. Bila kekotoran terkumpul, menghalang untuk kita bersuci sempurna (mandi hadas dan wuduk) hingga sampai air ke lapisan kuku.

Baca : Hukum Pemakaian Inai di Kuku

4. Mengelakkan orang Islam sama semacam orang fasik dan kafir dan juga semacam binatang buas.

Jadi, pesanlah kepada kawan-kawan, adik-beradik, saudara-mara yang simpan kuku tu. Tak cantik pun simpan panjang. Kitakan manusia. Potonglah, jangan tunggu panjang tau. Boleh tolong share dan tag ya. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita semua. - Ustaz Farid Rashidi.

Hukum Menyimpan Kuku Panjang

Untuk lebih jelas lagi, dikongsikan juga ceramah dan penjelasan tentang apa hukum simpan kuku panjang bagi lelaki dan wanita yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang turut menunjukkan cara-cara memotong kuku dengan betul dalam Islam.


Kepada anda yang sudah tahu tentang hukum simpan kuku panjang dalam Islam seharusnya ditinggalkan dengan segera. Berkuku panjang langsung tidak memberi faedah dan manfaat kepada kita selain kotor dan menambahkan dosa percuma selagi kita memelihara kuku tersebut. - Bukit Besi Blog