Berasa sakit atau tidak puas membuang air kecil dan ingin pergi lagi ke tandas selepas baru saja 5 minit masuk, itu bermakna kencing tak lawas. Ia bukan perkara biasa dan wajib dirawat, sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda, penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja.
Tugas harian pasti akan terganggu apabila anda kerap ke tandas kerana kencing tidak lawas dan apabila membuang air kecil hanyak sikit-sikit saja keluar. Lebih teruk lagi jika berlaku pada waktu malam pasti tak boleh tidur dengan selesa.
Untuk mengurangkan, mengatasi atau meredakan masalah kencing tak lawas, anda boleh mengamalkan petua tradisional menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mengubati dan merawat penyakit ini untuk menghilangkan rasa tidak puas membuang air kecil.
Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas
1. Daun Sirih
Guna beberapa helai daun sirih dan rebuskan sehingga mendidih. Minum air rebusan daun sirih tersebut sebanyak dua kali sehari dan lihat hasilnya.
2. Biji Barli
Kencing tidak lawas boleh diubati dengan meminum air rebusan biji barli dan selain itu ia juga mampu memperbaiki saluran air kencing serta dapat menyejukkan badan.
3. Buah Nenas
Guna buah nenas yang tidak terlalu masak dan kupaskan kulitnya. Kisarkan menggunakan blender serta tapiskan, minum air nenas tersebut dan amalkan dua kali sehari. Insya Allah, sembuh.
4. Air Basuhan Beras Terakhir
Guna air basuhan beras yang terakhir atau yang kali ketiga. Masukkan ke dalam gelas serta amalkan minum air basuhan beras tersebut ketika selesai makan tengahari. Amalkan setiap hari sehingga masalah kencing tak lawas tiada lagi.
5. Durian Belanda
Dapatkan buah durian belanda yang tidak masak dan ambilkan isinya seterusnya didihkan dengan air. Setelah mendidih dan biarkan sehingga suam. Masukkan gula sedikit dan minum. Amalkan selalu supaya kencing tak lawas anda itu hilang.
6. Lobak Putih
Parut atau blender lobak putih dan sebaiknya diparut sebatang lobak putih sehingga menjadi segelas air. Minum air tersebut sebelum masuk tidur selama 3 hari tanpa skip. Jangan lupa bacaan selawat serta amalkan setiap minggu dan sebulan sehingga tiada lagi masalah buang air kecil tak lawas.
7. Air Masak
Air masak adalah ubat yang paling terbaik untuk menghilangkan masalah kencing tak lawas. Jadi, mulai sekarang pastikan anda sentiasa mengamalkan minum air masak dengan banyak setiap hari.
Baca : Khasiat Pokok Semambu
Cara Mencegah Kencing Tak Lawas
Cara mengatasi masalah tak lawas membuang air kecil boleh diamalkan seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui portal rasminya di MyHEALTH.
- Minum air yang banyak
- Amalkan pemakanan seimbang dan kurangkan lemak
- Amalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan buah-buahan
- Jaga berat badan yang ideal elakkan gemuk
- Sentiasa bersenam
- Kurangkan tertekan atau stress
- Amalkan hubungan suami isteri yang sihat
- Elakkan hubungan haram
- Jaga kebersihan diri dan persekitaran
- Elakkan kecederaan di bahagian perineal ketika bersukan basikal atau kuda
- Jangan menahan membuang air kecil
- Jangan meminum air minuman haram ia merosakkan masalah kencing
- Dapatkan rawatan doktor jika ada gejala kencing tak lawas
Gejala dan Tanda-tanda Kencing Tak Lawas
- Rasa tak puas selepas kencing
- Air kencing menitik selepas buang air kecil
- Kerap rasa nak buang air kecil
- Rasa sakit atau pedih ketika kencing
- Saluran air kencing seperti tersekat-sekat
- Terpaksa meneran ketika mula-mula nak buang air kecil
- Air kencing meleleh secara tiba-tiba sedangkan tak buang
Petua Atasi Kencing Tak Lawas Dalam Solat
Jika kencing tak lawas solat pun pasti terganggu dan kena kerap ambil wuduk. Untuk elakkan masalah ini, anda boleh tengok cara elakkan masalah buang air kecil tak lawas daripada penjelasan kedua-dua ustaz di bawah yang menerangkan bagaimana untuk atasi perkara ini berkaitan solat.
Masalah kencing tak lawas bukan berlaku kepada orang tua sahaja malahan orang muda juga. Oleh itu, jagalah kesihatan diri dan amalkan petua-petua yang dikongsikan di atas agar masalah anda dapat diatasi dengan mudah dan berkesan. - Bukit Besi Blog