Resepi Jus Durian Belanda (Cara Buat Smoothie)

Cara buat jus durian belanda

Ini adalah resepi jus durian belanda terbaik dan sedap yang mungkin anda tak tahu cara nak membuat supaya sedap diminum. Ada yang buat jus ini tanpa gula dan campurkan susu, masing-masing punya selera dan kreativiti.

Sebenarnya, banyak cara buat jus durian belanda segar tetapi disarankan anda membuatnya dengan betul supaya dapat mengekalkan khasiat dan nutrisi yang terdapat di dalam buah fresh soursop ini.

Resepi jus durian belanda yang dikongsikan ini adalah hasil perkongsian daripada Ria Razali melalui laman Facebook yang mana beliau mencadangkan jika ingin membuat jus ini, anda harus mendapat buah durian belanda yang segar.

Resepi Jus Durian Belanda


resepi jus durian belanda

Cara membuat jus durian belanda ini sangat mudah dan sesiapa saja boleh buat tanpa perlu belajar. Resepi yang dikongsikan ini adalah untuk hidangan seramai 10 orang. Jika anda ingin membuat untuk seorang, anda perlu kurangkan bahan asas.

Bahan-bahan

  • Isi durian belanda 500 gram. Isi yang dibekukan juga boleh digunakan setelah ia cair.
  • 2.5 liter air
  • 250 gram gula putih
  • 1/2 biji limau nipis ata 1/ 8biji lemon

Cara-cara membuat

cara membuat jus durian belanda

1. Masukkan semua isi buah durian belanda berserta gula dan air ke dalam blender dan kisarkan semua bahan tersebut sehingga menjadi halus. Pastikan biji buah ini dibuang sebelum dikisar.

2. Tuangkan semua bahan-bahan yang telah dikisar itu tadi ke dalam bekas dan campurkan dengan lebihan air itu tadi.

3. Untuk dapatkan rasa yang lebih best dan sedap, anda boleh perah 1/2 limau nipis atau lemon. (Limau kasturi juga boleh jika tiada kedua-dua limau tersebut)

4. Kacaukan semua bahan yang telah dicampurkan sehingga menjadi sebati.

Minuman jus durian belanda akan lebih sedap diminum sekiranya ia dalam keadaan sejuk iaitu berais atau disimpan di dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Baca juga : Khasiat Buah dan Daun Durian Belanda

Resepi Smoothie Durian Belanda


Selain itu, anda juga boleh olahkan resepi jus durian belanda ini dengan mencampurkan bahan-bahan lain untuk menyedapkan lagi minuman ini seperti susu cair, susu pekat, ais krim dan sebagainya.

resepi smoothie durian belanda

Selain daripada jus kami kongsikan juga resepi smoothie durian belanda asli. Cara buat smoothie ini dikongsikan oleh Puan Noraini Hamdan dan katanya smoothie sangat sedap dan sesuai dimakan ketika berbuka puasa.

Bahan-bahan

  • 500 gram isi buah durian belanda
  • 100 ML yogurt asli
  • 50 ML susu segar
  • 3 sudu besar gula

Cara-cara membuat

1. Masukkan semua isi durian belanda bersama dengan yogurt asli, susu segar dan juga gula ke dalam blender.

2. Kisarkan semua bahan-bahan tersebut sehingga menjadi halus.

3. Tuangkan ke dalam gelas setelah habis dikisar.

4. Sedia dihidangkan untuk dinikmati betapa sedapnya smoothie ini.

Menurut Puan Noraini, untuk lebih sedap, kita boleh kisarkan semua bahan-bahan dan isi buah durian belanda itu bersama dengan sedikit ais. Rasanya memang sangat sedap setelah dicampurkan dengan yogurt asli.

Anda juga boleh campurkan bahan-bahan lain juga mengikut kreativiti anda sendiri supaya resepi smoothie durian belanda ini lebih sedap. Sebagai contoh, anda boleh masukkan buah laici, strawberry, anggur dan buah-buahan lain.

Semoga perkongsian resepi jus durian belanda dan cara buat smoothie soursop ini akan memudahkan kerja anda untuk menyedia kedua-dua minuman pencuci mulut yang amat digemari ramai orang ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog