Ini adalah cara buat nasi impit sendiri di rumah lagi cepat dan mudah. Yang paling penting ia sangat menjimatkan dan tak perlu membazir beli yang instat atau ready made. Mulai sekarang anda boleh cuba buat sendiri dengan guna plastik saja.
Nasi impit kuah kacang memang sangat terkenal dan biasa dibuat di musim perayaan iaitu Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha. Siapa yang tak biasa makan kan? Jom kita tengok perkongsian cara buat nasi impit sendiri guna plastik daripada Puan Fauziah Amin.
Cara Buat Nasi Impit Homemade
Kata Puan Fauziah, kalau buat nasi impit, ibunya lebih suka buat sendiri dan tidak suka beli di kedai kerana kadang-kadang nasi himpit tersebut adakalanya keras dan tidak memenuhi citarasa.
Jika dulu buat nasi impit dengan menggunakan daun kelapa iaitu ketupat nasi, tapi selepas berkahwin mak mertua ajar buat nasi impit guna plastik, Alhamdulillah mudah sangat dan cantik kejadiannya lembut setelah siap.
Untuk bahan-bahan membuat nasi homemade ini juga sangat senang dan mengikut kreativiti masing-masing. Antaranya beras, staple, air dan plastik yang kalis panas. Jika guna plastik biasa nanti kecut jadinya kan?
Basuhkan beras sebersih-bersihnya dan toskan. Kalau guna plastik yang kecil, bila dah masak nanti akan nampak comel sangat. Saya guna plastik 5x8, besar dan mudah.
Lipatkan di hujung plastik seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah dan seterusnya stapler. Ada juga yang guna dengan lidi, boleh juga dan tak salah.
Sukatan beras pula hanya setengah atau 1/2 daripada plastik macam dalam gambar di bawah.
Kemudian, buat lubang pada plastik dengan guna garpu atau lidi satay. Jangan sekali-kali menggunakan pisau kerana plastik pasti akan koyak.
Cara merebus nasi impit pula dalam jangka masa dua jam, itu yang paling cepat. Jika lagi lama, lebih elok kerana nasi impit tidak akan cepat basi.
Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Terengganu
Jenis beras juga memainkan peranan penting jika anda ingin membuat nasi impit homemade dan saya guna beras macam dalam gambar di bawah iaitu beras Sekinchan Best yang dibeli di kedai Speedmart 99.
Macamana? Mudah sangat kan nak buat nasi impit sendiri guna plastik aiskrim pun boleh. Mulai sekarang boleh buat dan makan nasi impit kuah kacang atau apa saja gandingannya setiap hari tak perlu tunggu musim raya baru boleh makan.
Semoga perkongsian resepi atau cara buat nasi impit homemade yang dikongsikan oleh Puan Fauziah Amin ini akan membantu memudahkan kerja anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog