1001 Hadiah Untuk Lelaki Yang Terbaik Murah dan Simple

hadiah untuk ayah

Bila tiba hari jadi, anniversary atau kenduri kahwin, mesti ramai kaum perempuan yang buntu nak belikan hadiah untuk lelaki. Apa yang nak dibeli untuk diberikan kepada mereka? Silap beli nanti, ada yang masuk dalam tong sampah sebab tak suka.

Apa hadiah untuk lelaki yang paling terbaik, murah dan berkualiti? Yang paling penting hadiah yang dibeli itu mereka suka sampai tak tidur malam. Sebenarnya, orang lelaki tak kiralah suami atau ayah bukanlah jenis yang cerewet.

Tapi, ada juga sesetengah suka yang simple saja dan eksklusif, ada juga lelaki cerewet serta sangat teliti dalam apa hal sekalipun. Kepada isteri atau kekasih hati yang dapat lelaki macam ni, jangan kecewa dan putus asa, ada hikmah tu.

Terimalah dia seadanya, memang dah ditakdirkan dia cerewet tapi dia baik, kan? Loving, caring dan ambil berat, itu yang penting.

Ekslusif Idea Hadiah Untuk Lelaki Yang Terbaik


Anda sedang cari contoh hadiah untuk seseorang yang teristimewa tapi masih pening fikir present apa yang sesuai untuk mereka? Untuk siapa sebenarnya?

  • Hadiah untuk ayah?
  • Hadiah untuk cikgu lelaki
  • Hadiah anniversary untuk suami
  • Untuk lelaki remaja
  • Untuk bos lelaki
  • Untuk anak lelaki tersayang
  • Istimewa untuk guru tercinta
  • Seseorang yang masih merajuk

Di sini dikongsikan beberapa cadangan idea terbaik hadiah untuk lelaki bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan untuk dihadiahkan kepada mereka yang anda sayang dengan harga bawah RM100 dan ada kurang RM50.

Senarai barangan kesukaan lelaki di bawah adalah sekadar contoh hadiah dan yang membuat pilihan adalah diri anda sendiri. Pilihlah dengan tepat dan sesuai.

Jika anda kreatif, pastikan kertas hadiah juga memenuhi citarasa lelaki dan ada juga lelaki yang lebih menyukai jenis buah tangan DIY iaitu Do IT Yourself.

1. Wireless Earphone

hadiah untuk lelaki remaja

Zaman sekarang semuanya tanpa wayar termasuk earphone dan inilah antara hadiah untuk lelaki yang sesuai mengikut trend dan peredaran zaman.

Wireless Earphone ini sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja selain ada juga harga yang murah boleh dibeli dengan kualiti yang sama dengan yang mahal.


2. Wallet For Men

hadiah untuk lelaki

Ini antara kesukaan orang lelaki, wallet atau dompet. Mereka akan gunakan wallet seperti ini sampailah betul-betul buruk, barulah nak tukar baru. Wallet ini mempunyai berbagai jenis dan brand yang sangat berkualiti dan paling penting murah sangat yang boleh dibeli secara online.


3. Kasut Lelaki

hadiah yang simple untuk hari jadi lelaki

Ini juga antara kesukaan ramai orang lelaki tapi sebelum nak beli atau nak buat surprise sebaiknya tahu size kaki teman lelaki atau suami anda. Kalau tak nanti, rugi terpaksa pulangkan semula sebab tak muat kaki katanya. Kasut ni memang sangat murah dan kalau nak save budget boleh beli di Shopee.


4. Minyak Wangi (Perfume)

hadiah minyak wangi bos lelaki

Tak semua lelaki sukakan perfume atau minyak wangi tapi biasanya ramai yang suka terutamanya yang mementingkan penampilan diri. Minyak wangi untuk lelaki boleh beli dengan harga bawah RM100 atau paling murah RM20 sahaja di Shopee atau Lazada.


5. Jam Tangan Daniel Wellington

hadiah wallet jam lelaki kekasih

Percaya tak jam tangan branded macam ni boleh dibeli dengan harga murah? Ada kaum lelaki yang tidak mementingkan harga sesebuah hadiah yang diberi tapi tanda ingatan itu lebih penting. Jadi, anda boleh juga beli jam tangan sebagai hadiah untuk lelaki dan tak semestinya yang tak berjenama dan murah.


6. Baju Kemeja Lelaki

Surprise hadiah birthday untuk suami

Baju kemeja juga sesuai dijadikan hadiah untuk lelaki, lebih-lebih lagi lelaki yang berkerja di pejabat, pasti dia tak akan menolak jika kemeja tersebut cantik dan berkualiti. Kemeja di atas berkain lembut dan tidak panas jika dipakai dan harga juga tak mahal hanya RM31.99 pada masa ini.


7. Tali Pinggang Kulit

gambar tali pinggang murah anak lelaki remaja sekolah rendah

Tali pinggang kulit juga adalah antara hadiah yang amat sesuai untuk lelaki, sama ada tua atau muda, tali pinggang memang sangat diperlukan dan sentiasa digunakan hampir setiap hari. Gambar tali pinggang kulit di atas berharga bawah RM70. Tak terlalu mahal kan?


8. Set Bertukang

kedai online set pertukangan murah

Set bertukang atau tool set ini sesuai dihadiahkan kepada lelaki yang suka repair bermacam benda termasuk buat rumah, baiki motor dan macam-macam lagi. Confirm dia suka sebab memang minat dia kalau benda-benda macam ni. Lagi-lagi kalau dia belum ada set bertukang ni.


9. Spek Mata Hitam (Ray Ban)

spek mata rayban murah

Spek mata brand Ray-Ban ni memang sangat disukai ramai lelaki, jarang sangat nak jumpa lelaki yang tak suka spek mata hitam macam ni. Biasanya diorang akan pakai bila panas terik dan ketika memandu kereta serta jalan-jalan. Jangan terkejut harga Ray Ban ni sangat murah tapi berkualiti.


10. Set Pencukur

set hadiah pencukur lelaki

6D Floating Electric Shaver atau set pencukur misai dan janggut ini memang sangat menarik kerana 4 dalam 1 seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Set pencukur ini adalah hadiah untuk lelaki yang jenis banyak janggut dan misai, mudah untuk mencukur dan tak perlu lagi penyukur misai pakai buang.


Baca : Cenderahati Yang Paling Istimewa Untuk Daddy, Ayah atau Abah

11. Drone Murah Terbaik Malaysia

contoh hadiah drone anniversary untuk suami

Ini adalah drone murah, terbaik dan bagus yang terdapat di Malaysia. Pada masa ini harga lebih kurang paling murah RM70, RM90, RM120 dan sebagainya mengikut masa-masa tertentu. Ia memang sangat-sangat sesuai menjadi hadiah untuk lelaki. Pasti suami, anak lelaki, ayah atau mana-mana lelaki tak akan menolak.


12. Seluar Jeans

cadangan hadiah untuk lelaki

Seluar jenis ini pastinya amat disukai oleh ramai kaum Adam dan banyak jenis-jenis seluar jeans yang dijual dengan harga yang berbeza-beza mengikut kualiti.

Antara kualiti yang biasa diminati oleh kaum lelaki adalah sedap dipakai, kain tebal, warna menarik dan yang penting adalah saiz yang tepat.


13. Naskah Al-Quran Istimewa

Al-Quran Istimewa

Jangan tak tahu, Al-Quran pun boleh dijadikan hadiah yang paling istimewa selain dapat memberikan sokongan dan galakan untuk seorang jejaka itu supaya ia terus dapat belajar dan menghafal ayat-ayat suci Allah. Semestinya apabila seseorang itu menerima cenderahati ini akan menghargai pemberian anda malah ia akan terus menyayangi anda kerana telah mengingatkannya tentang satu kebaikan dan kelebihan yang terdapat di dalam kitab suci ini yang amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.


14. Baju Melayu Moden

Anniversary untuk pasangan suami isteri

Baju Melayu adalah satu pakaian dalam kehidupan seorang yang bernama lelaki samada anak teruna, suami, ayah dan sebagainya. Semestinya si dia akan memakainya pada waktu tertentu seperi solat Jumaat, Hari Raya dan majlis tertentu.


15. Drill Bosch GSB 550 Freedom Kit Pro Impact

Hadiah birthday suami

Seorang lelaki yang tua atau muda pasti ada minat tersendiri kepada sesuatu barang seperti peralatan Bosch GSB 550 Impact Drill ini yang boleh digunakan untuk berbagai tebukan seperti kayu, besi, dan sebagainya.


16. Set Kelengkapan Memancing

Si dia yang bersara

Biasanya ramai orang lelaki yang suka memancing dan menjadikan ia sebagai satu hobi yang wajib serta untuk mengisi masa lapang, jika si dia seorang kaki pancing hadiah ini memang sangat bagus.

Kalau nak belikan set kelengkapan memancing ini, anda harus pastikan tidak membeli barang yang serupa dan mungkin ia telah mempunyai di rumah yang dijadikan koleksi peribadi.

Nama peralatan ini adalah Sougayilang Fishing Rod and Fishing Reel Full Fishing Set yang mempunyai beberapa peralatan lain selain alat memancing iaitu terdapat dalam pakej seperti berikut:

  • Fishing Reel
  • Fishing Rod
  • Boxed Fishing Bait
  • Fishing Line


17. Suite Men

Lelaki dan hari jadi

Jika lelaki yang anda sayangi itu masih lagi berkerja dan bertugas di pejabat, hadiah ekslusif suite for men ini amat sesuai untuk diberikan padanya, namun perlu dipastikan size yang bersesuaian.

Apa yang menarik pada hadiah ini ada complete package yang mana jahitannya sangat kemas, kain tebal, warna yang sangat cantik dan anda tak perlu lagi beli tie dan tali pinggang kerana semua lengkap satu set.


18. Electric Hair Trimmer

Hadiah untuk cikgu lelaki

Gambar Rechargeable Hair Clipper or Electric Hair Trimmer ini adalah contoh hadiah untuk lelaki yang sesuai kerana ia sentiasa boleh digunakan oleh lelaki yang bermisai atau berjanggut pada setiap hari.

Dengan adanya alatan ini sememangnya dapat memudahkan urusan si dia kerana tak perlu lagi menghabiskan masa untuk bercukur menggunakan pisau cukur secara manual. dan lebih menarik ia boleh juga digunakan untuk rambut.


19. Hamper Untuk Lelaki

hamper untuk lelaki


Hamper yang besar mempunyai berbagai benda seperti makanan, peralatan, bunga dan sebagainya untuk buat surprise pasti akan disukai si lelaki itu kerana ini adalah antara present yang terbaik.

Lebih bagus lagi, masukkan segala jenis barangan atau makanan yang menjadi kegemarannya, tentunya nanti ia akan suka dengan kejutan istimewa seperti ini, kan?


20. 1001 Hadiah Paling Istimewa Untuk Lelaki

Sekiranya anda masih lagi tak berkenan atau tak tahu langsung present apa bersesuaian dengan kehendak lelaki itu, jangan khuatir kami sediakan pautan yang akan memudahkan untuk memilih beratus ribu jenis Gift for Men yang boleh anda dapatkan.


Kesimpulan

Jika anda bercadang untuk membeli hadiah untuk lelaki yang anda sayangi itu, anda tak perlu lagi pergi ke kedai atau pasaraya untuk membeli hadiah-hadiah tersebut. Anda boleh membeli secara online melalui Shopee dan Lazada dengan menekan link yang dikongsikan dan pilihan di jari anda walaupun present untuk seorang gamers, askar, cikgu, lelaki bersara dan sebagainya..

Hari jadi, ulangtahun perkahwinan dan pertunangan adalah antara hari yang penting untuk anda berikan hadiah kepada lelaki. Jangan pula lupa, nanti ada yang merajuk susah kalau nak pujuk.

Selain hadiah yang boleh dibeli, anda juga boleh buat sendiri iaitu DIY hadiah mengikut kreativiti anda sendiri. Walau bagaimanapun, hadiah untuk lelaki sebenarnya tak susah pun nak cari.

Semoga cadangan dan contoh hadiah untuk lelaki yang dikongsikan dapat membantu anda semua untuk mendapatkan idea yang ingin diberikan kepada kaum Adam yang anda sayangi. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog