20 Hadiah Untuk Ayah Yang Murah Istimewa Hari Bapa & Birthday

Hadiah untuk ayah

Sedang buntu mencari hadiah untuk ayah yang sesuai ketika sambutan hari jadi ulang tahun kelahiran, hari bapa atau sekadar untuk memberi penghargaan segala jasa seorang insan istimewa ini?

Kasih sayang seorang ibu membawa hingga ke syurga indah dan kasih ayah sepanjang masa dari dulu sehingga sekarang atau sampai bila-bila, inilah antara pengorbanan orang tua kita demi anak-anaknya.

Dalam Islam kita amat digalakkan untuk menghargai kedua ibu bapa kita dan jika tidak mampu memberikan hadiah sebaiknya berilah kasih sayang sepertimana ayah dan mak menyayangi kita sejak dari kecil lagi.

Anda boleh menghadiahkan apa saja kepada ayah tetapi harus dipastikan adakah ia suka atau tidak, sesuai untuk dirinya. Belilah hadiah yang boleh digunakan sepanjang hayatnya, itu yang terbaik.

Selain itu, boleh juga buat hadiah buatan sendiri DIY mengikut kreativiti dan idea yang ada. Pastinya ayah akan menghargainya dengan penuh rasa syukur dan berterima kasih pada anaknya.

Sebelum membelikan buah tangan, janganlah terlalu berkira samada harga yang murah atau mahal, yang penting ia disukai, mengikut kemampuan atau pemberian anda itu adalah ikhlas dari hati seorang anak.

Senarai Hadiah Untuk Ayah Yang Tersayang


Hadiah hari bapa

Berikut dikongsikan senarai cadangan hadiah untuk ayah, daddy, mertua dan semua insan yang memegang status sebagai seorang bapa atau pakcik yang kita kenali.

Sebenarnya, berbagai hadiah hari lahir yang boleh didapati samada di kedai yang menjual hadiah, pasar raya atau secara online melalui pembelian di laman Shopee, Lazada dan sebagainya.

1. Suite Men


Untuk ayah hari jadi

Jika ayah masih lagi berkerja dan bertugas di pejabat, hadiah ekslusif suite for men ini amat sesuai untuk diberikan padanya, namun perlu dipastikan size yang bersesuaian.

Apa yang menarik hadiah ini ada complete package yang mana jahitannya sangat kemas, kain tebal, warna yang sangat cantik dan anda tak perlu lagi beli tie dan tali pinggang kerana semua lengkap satu set.


2. Set Kelengkapan Memancing


Ayah pencen bersara untuk orang yang sudah tua

Biasanya ramai orang lelaki yang suka memancing dan menjadikan ia sebagai satu hobi yang wajib serta untuk mengisi masa lapang, jika ayah seorang kaki pancing hadiah ini memang sangat bagus.

Kalau nak belikan set kelengkapan memancing ini, anda harus pastikan tidak membeli barang yang serupa dan mungkin ia telah mempunyai di rumah yang dijadikan koleksi peribadi.

Nama peralatan ini adalah Sougayilang Fishing Rod and Fishing Reel Full Fishing Set yang mempunyai beberapa peralatan lain selain alat memancing iaitu terdapat dalam pakej seperti berikut:

  • Fishing Reel
  • Fishing Rod
  • Boxed Fishing Bait
  • Fishing Line


3. Mesin Urut Badan


Senarai cadangan hadiah hari lahir

Seorang bapa yang sedang meningkat usia tua pasti akan menghadapi masalah sakit badan dan ketegangan urat. Jadi mesin urut badan boleh diberikan padanya agar dapat menghilangkan kesakitan itu.


4. Mesin Pengurut Kaki


Hadiah untuk ayah murah

Pengurut kaki sangat diperlukan oleh sesiapa sahaja yang mengalami sakit pada betis dan kaki. Dengan alat ini sekurangnya dapat mengurangkan serta melegakan apa yang dihidapinya itu.

Jika anda tidak mampu untuk mendapatkan kerusi urut yang harganya agak mahal, anda boleh dapatkan mesin pengurut kaki dan betis sahaja dengan harga yang agak murah bawah RM300 pun ada, jangan risau.

Hadiah jenis ini sememangnya amat disarankan kerana kebanyakan orang yang telah berusia sering mengalami masalah sakit-sakit badan serta lenguh-lenguh kaki dan sebagainya, jadi tak salah menghadiahkannya.


5. Wallet Untuk Lelaki


Shopee

Berkemungkinan dompet duit milik ayah sudah terlalu lama atau lusuh, jadi belikan saja wallet seperti ini dan pastinya ia akan menyukainya kerana anaknya yang belikan.

Wallet jenama Coach ini adalah original dan harganya bawah RM100 yang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai present kepada seorang lelaki samada BF, ayah dan sebagainya.

Anda boleh lihat bagaimana ucapan dan kata-kata testimoni daripada orang yang terdahulu membeli wallet ini dan katanya ia sangat berbaloi dijadikan sebagai hadiah istimewa.


6. Jam Tangan Ekslusif


Ayah dan ibu

Jam tangan adalah antara hadiah yang sering diberikan oleh ramai orang kerana jam biasanya sering dipakai pada setiap hari. Lebih istimewa sekiranya jam tangan tersebut jenama mewah atau branded.

Daniel Wellington sememangnya terkenal dengan kualiti jam tangannya serta harganya agak berpatutan serta bersesuaian dipakai oleh mereka yang telah berusia seperti ayah atau pakcik kita.


7. Naskhah Al-Quran Istimewa


Al-Quran Istimewa

Jika anda ingin hadiahkan sebuah Al-Quran untuk insan yang paling istimewa ini pastikan ianya cantik dan sesuai dengan tulisan agar ia mudah dibaca serta digunakan oleh mereka yang telah tua.

Al-Quran adalah sejenis hadiah yang teristimewa kerana kebaikan dan kelebihannya sukar digambarkan dengan kata-kata dan apa yang pasti ayah tentu akan sentiasa ingat keapda anaknya ketika baca Al-Quran.


8. Telefon Bimbit


Untuk ayah tersayang

Telefon pada zaman sekarang adalah satu keperluan bagi semua orang untuk menghubungi antara satu sama lain. Begitu juga dengan orang tua kita yang berada jauh di kampung atau di mana sahaja.

Mungkin jua telefon yang ayah sedang gunakan telah outdated atau rosak serta perlu ditukar, jadi sebagai anak, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk belikan kepadanya sebagai hadiah isitmewa.


9. Baju Melayu


Anniversary untuk ibu bapa

Baju Melayu semestinya akan sering dipakai oleh ayah dan ini antara hadiah yang paling menarik untuk dihadiahkan kepadanya kerana pasti ia akan memakai samada ke surau dan masjid.


10. Set Pertukangan atau Tool Box


Bouquet untuk bapa

Peralatan menukang atau dipanggil sebagai tool box adalah antara teman setia orang lelaki yang meminati bidang seperti ini, lebih-lebih lagi ia seorang tukang kayu, besi dan sebagainya.

Sekiranya ayah anda salah seorang penukang, hadiah yang diberikan ini pasti akan membuatkan dia senyum lebar dan lebih terharu dihadiahkan daripada anak sendiri yang amat memahami diri ayahnya.


Baca : Senarai Idea Hadiah Untuk Lelaki

11. Drill Bosch GSB 550 Freedom Kit Pro Impact


Hadiah birthday bapa

Seorang lelaki yang tua atau muda pasti ada minat tersendiri kepada sesuatu barang seperti peralatan Bosch GSB 550 Impact Drill ini yang boleh digunakan untuk berbagai tebukan seperti kayu, besi, dan sebagainya.


12. Kasut


Hari lahir ayah

Kasut untuk lelaki jenama Clarks ini adalah antara yang paling popular kerana kualiti dan keselesaan apabila memakainya selain original dan middle cut style, harga jualan juga agak murah.

Ia sesuai dipakai oleh semua lelaki tak kira tua atau muda, pastinya jika seorang ayah yang memakainya akan nampak lebih kacak bergaya berserta dengan pakaian menarik.


13. Set Hadiah Untuk Lelaki


Hadiah sesuai untuk ayah mertua

Gift For Men satu set ini lengkap dengan 2 item iaitu wallet dan jam tangan berserta dengan kotak hadiah yang menarik untuk seorang lelaki, bapa, boyfriend dan suami.


14. Hamper Istimewa


Terbaik dalam islam

Hamper yang besar mempunyai berbagai benda seperti makanan, peralatan, bunga dan sebagainya untuk buat surprise pasti akan disukai bapa kerana ini adalah antara present yang terbaik.

Lebih bagus lagi, masukkan segala jenis barangan atau makanan yang menjadi kegemaran seorang bapa, tentunya nanti ia akan suka dengan kejutan seperti ini, kan?


15. Barangan Elektrik


Orang tua lelaki

Barang elektrik zaman sekarang adalah satu keperluan kerana setiap hari semua orang pasti menggunakannya dan ini termasuk juga ibu dan bapa yang tercinta walau di mana pun mereka berada.

Pelbagai jenis barangan elektrik yang boleh dihadiahkan kepada ayah anda dan sebelum dibeli sebaiknya buatlah tinjauan samada buah hati anda itu sudah mempunyai barang tersebut atau belum ada.

Atau anda boleh juga membeli sebarang peralatan yang telah lusuh atau rosak serta perlu diganti seperti peti sejuk, pembancuh kopi, mesin basuh, air cond dan sebagainya.

Gambar Rechargeable Hair Clipper or Electric Hair Trimmer ini adalah contoh hadiah untuk ayah yang sesuai kerana ia juga peralatan elektronik menggunakan eletrik dengan mengecas sebelum guna.

Ia juga bukan saja digunakan untuk rambut tetapi boleh cukur misai, janggut dan sebagainya dengan mudah tanpa perlu lagi adanya gunting atau pisau pencukur manual.


16. Tilam Untuk Sakit Belakang


Dari anak

Untuk kebaikan serta menjaga kesihatan ayah, anda boleh hadiahkan tilam urut seperti ini kerana bapa pasti menggunakannya memandangkan badannya sentiasa sakit belakang dan lenguh-lenguh setiap hari.

Malahan, tidur ibu dan ayah pasti akan lebih selesa serta kesihatan mereka lebih terjamin kerana banyak fungsi dan kelebihan yang terdapat pada tilam seperti ini dan mudah dibasuh.

Paling menarik, jenis kain cotton berkualiti tinggi ini adalah anti bacterial serta mudah untuk dibawa ke mana-mana saja tentunya mak atau ayah pasti suka kan?


17. Ubat Sakit Lutut dan Sendi


Kasut untuk lelaki

Seorang lelaki yang sudah tua atau pencen bersara termasuk ibu bapa kita sudah telah berusia, ada yang berdepan dengan masalah kesihatan seperti ada bermacam penyakit atau sakit lutut dan kaki.

Jika ayah anda berdepan dengan masalah ini, hadiahkanlah ubat sakit lutut dan sendi ini kerana terbukti ramai yang telah dibantu dengan mengamalkan ubat istimewa ini yang amat berkesan.

Ia dipanggil sebagai Gel Lutut mampu menghilangkan serta mengubati mereka yang sakit lutut ketika solat, lenguh berjalan, kerap sakit sukar nak tidur malam, cedera di lutut dan sebagainya.

Sekiranya, anda masih was-was dan ingin tahu keberkesanan penawar lutut ini, sila rujuk pautan di bawah dan lihat apakah review dan testimoni ribuan orang yang terdahulu menggunakannya.


18. Pakej Percutian


Happy father's day

Hadiah berupa pakej percutian adalah antara pemberian yang amat terbaik dan sesuai untuk ayah dan ibu kerana mereka akan terasa amat dihargai serta berpeluang menghabiskan masa terluang bersama isteri tercinta.

Malahan, percutian ini juga umpama pakej bulan madu khas untuk ayah yang selama ini berkerja keras untuk membesarkan semua anaknya tanpa memikirkan penat dan lelah, inilah masa terbaik untuk bercuti.

Harga murah atau mahal ia berpandukan kepada tempat percutian yang anda pilih dengan jangka masa cuti berapa lama termasuk penginapan dan sebagainya yang perlu diambil kira supaya memudahkan ayah nanti.

19. Set Golf


Jam tangan sesuai

Set Golf ini sememangnya sangat sesuai sekiranya ayah adalah seorang amat suka bermain golf ketika di masa lapang dan jika ini adalah hobi atau minatnya yang utama, maka hadiah ini akan lebih bermakna.


20. Sejadah, Kopiah & Kain Pelekat


Jenama mewah untuk lelaki

Ini antara hadiah yang pastinya akan dipakai oleh ayah setiap hari dan lebih-lebih lagi sekiranya surau adalah rumah kedua pada ayah yang disayangi. Tentulah ayah pasti suka kerana pakaian begini amat diperlukan.


Baca : Senarai Cadangan Hadiah Untuk Seorang Ibu

Kesimpulan

Walau apa jenis hadiah yang untuk diberikan kepada seorang bapa atau ayah yang dikasihi, berilah dengan penuh keikhlasan tanpa berkira dengan harga yang murah atau yang mahal, tapi kenapa?

Kerana sejak dari kecil ayah tak pernah berkira dengan kita walau satu sen pun sehinggalah kita dewasa serta ada keluarga sendiri, jadi jangan terlalu berkira-kira dengan duit ringgit untuk hero kita ini.

Semoga perkongsian senarai hadiah untuk ayah yang tercinta ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda untuk memberikan cenderahati atau cenderamata kepadanya dengan seikhlas hati. - Bukit Besi Blog