Senarai Hadiah Untuk Ibu Tersayang Yang Istimewa & Bermakna

Hadiah untuk ibu

Anda buntu nak belikan hadiah untuk ibu yang tersayang samada untuk birthday hari lahir atau saat ulangtahun serta ingin menghadiahkan sempena hari penting dan hari raya atau sebagainya?

Jangan pening sebab banyak hadiah menarik yang boleh anda hadiahkan untuk si ibu yang anda sayang, tak kisahlah samada ibu-ibu yang sudah tua, mertua atau mereka yang bergelar emak dalam hidup kita.

Walau bagaimanapun, hari ibu di Malaysia jatuh pada tarikh 9 Mei pada setiap tahun dan sebagai anak, anda perlu berikan hadiah yang istimewa untuk mereka serta jangan terlalu kedekut untuk membelikan satu hadiah khas untuknya.

Nilai kasih sayang tidak dapat dibandingkan dengan wang ringgit, pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita wajib dihargai dengan keikhlasan dan bukan hanya pada hadiah hari jadi tetapi kasih sayang.

Pada anda yang sedang memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu, kami kongsikan senarai idea cadangan hadiah untuk ibu seperti yang tertera di bawah:

Cadangan Idea Hadiah Untuk Ibu Tersayang


Hadiah istimewa untuk ibu tercinta

Dalam Islam kita sangat digalakkan menyanjungi dan menghargai ibu bapa kita dan sebagai penghargaan, belilah hadiah yang bernilai serta disukai oleh ibu sebagai tanda cinta dan kasih terhadapnya.

Sebenarnya amat banyak contoh dan jenis-jenis hadiah yang bersesuaian untuk ibu anda samada yang murah atau yang mahal mengikut bajet poket anda sendiri. Apa yang anda perlu fikirkan adakah dia suka dengan pemberian tersebut.

Antara tips memilih hadiah untuk ibu adalah berpandukan kepada kesukaan atau minat ibu sendiri seperti sesetengah ibu-ibu sangat sukakan bercucuk tanam, barang kemas, menjahit, memasak, makanan sedap dan sebagainya.

Di bawah ini adalah beberapa contoh-contoh hadiah untuk mak yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan kemampuan anda sendiri. Jika untuk hadiah hari jadi ibu apakah yang terbaik, anda yang perlu tentukannya.

1. Multifunction Rice Cooker

Makanan

Periuk elektrik atau penanak nasi ini mempunyai berbagai fungsi menarik terkini seperti untuk memasak, memanaskan dan mengukus serta dapat menjaga suhu dengan waktu yang lebih lama dari biasa.

Mak-mak bukan saja dapat masak nasi tapi dengan periuk yang sama boleh buat sup, mee dan berbagai lagi kelebihan rice cooker jenis ini yang menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia.

Harganya tidak melebihi daripada RM100 malahan sehingga hari ini di laman Shopee ramai kaum wanita yang memuji melalui review pembelian akan kebaikan periuk jenis ini dan anda boleh jadikan hadiah pada ibu, kan?


2. Telekung Istimewa

Hadiah untuk mak yang murah tapi bermakna beli di Shopee

Antara barang yang pasti ibu suka adalah telekung yang cantik dengan jenis kain yang sedap dipakai dan ia juga adalah sebagai lambang kasih dan sayang terhadap ibu tercinta. Pasti ibu akan menyukainya kerana selesa memakainya ketika solat.

Manakala, jenis telekung yang dicadangkan adalah telekung Siti Khadijah kerana ia amat popular dikenali ramai selain terbukti jenama ini sememangnya diakui sangat berbaloi-baloi jika dijadikan hadiah untuk ibu.


3. Bunga dan Coklat

Contoh hadiah buat ibu 60 tahun ke atas

Bouquet suprise delivery pasti akan mengejutkan si penerimanya iaitu mak kita apabila terima jambangan bunga yang masih segar dengan hiasan coklat yang berbagai warna dan bentuk.

Suprise hadiah seperti pasti akan membuatkan ibu akan tersenyum kerana anak yang tersayang membuat kejutan tanpa disangka-sangka. Jangan tak percaya, Shopee dan Lazada pun ada menjual perkhidmatan seperti ini.


4. Set Tupperware

Tips memilih hadiah untuk ibu-ibu

Jangan tak tahu ada ibu-ibu yang sangat suka dengan tupperware satu set yang mana serba serbi bentuk ada dan jenis-jenis yang berwarna warni sesuai untuk letakkan apa saja selain dari makanan dan sayur-sayuran.

Pastinya ibu akan lebih seronok apabila memiliki tupperware murah seperti ini kerana kualiti dan jenamanya sememangnya terkenal serta boleh digunakan dalam jangka masa yang lebih lama dari jenis yang biasa.


5. Beg Tangan Berkualiti

Hadiah hari lahir ibu

Beg tangan bersaiz besar dan harga pula tidak terlalu mahal tetapi berkualiti sedap dipakai pasti menjadi pilihan ramai wanita termasuk ibu-ibu yang sering keluar rumah untuk shopping atau urusan lain.

Style beg seperti ini juga sesuai untuk dipakai oleh semua ibu tetapi warna memainkan peranan penting untuk sesuaikan dengan warna baju dan pakaian mengikut tempat dan destinasi yang ingin kita tujui.

Jika telah lama ibu tidak menukarkan beg tangan, ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda membelikan khas untuknya pastinya ibu akan tersenyum gembira sepanjang hari apabila diberi hadiah seperti ini.


6. Minyak Wangi

Gift hari jadi mak mertua

Minyak wangi atau perfume adalah antara hadiah yang paling terbaik untuk semua ibu kerana semua wanita akan menyukainya kerana mungkin ibu anda telah lama tidak membelikan minyak wangi baru yang sememangnya wajib ada dalam simpanan.

Sebaiknya buat pilihan yang sesuai mengikut kesukaan ibu atau ingat semula apakah jenis dan bau minyak wangi yang ibu pernah belikan untuk dirinya sebelum ini.


7. Cadar Patchwork Murah

Present untuk mak cik

Cadar juga adalah antara hadiah untuk ibu yang amat sesuai selain cantik dan romantik, pasti ibu suka kerana dapat cadar baru yang dihadiahkan oleh anaknya yang disayangi. Lebih-lebih lagi jika telah lama tidak membeli yang baru.

Cadar patchwork jenis ini mempunyai berbagai warna selain selesa digunakan serta gebu saja permukaannya. Ia mempunyai berbagai size yang boleh dipilih tetapi saiz Queen kebiasaannya menjadi pilihan ramai.

Material kain pula ada yang jenis cotton sahaja tetapi untuk seperti di atas adalah daripada 80% cotton dan 20% polyster yang sangat mudah dicuci dengan guna mesin basuh sahaja dan akan memudahkan tugas ibu yang semakin berumur.

Selain cadar patchwork, anda boleh dapatkan berbagai jenis-jenis cadar serta warna-warna yang menarik mengikut citarasa sendiri yang boleh dipilih melalui laman Lazada dan Shopee.


8. Telefon Bimbit Baru

Ibu mengandung bersalin

Jika ibu telah lama tidak bertukar telefon, lebih baik anda belikan yang baru serta yang sesuai dengan dirinya. Banyak jenis telefon Android dan iPhone yang dijual dengan harga murah tetapi kualiti adalah original.

Jika anda memilih hadiah untuk mak adalah sebuah telefon bimbit, ibu anda pastinya akan suka sangat-sangat, tambahan pula telefon yang digunakan sekarang adalah jenis lama yang mungkin mempunyai kerosakan dari segi memory full etc.

Anda boleh dapatkan berbagai jenis telefon dengan pembelian secara online melalui lama terbesar di Malaysia seperti dikongsikan link di bawah bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan dari segi harga murah atau mahal dan sebagainya.


9. Kerusi Malas Gebu

Hadiah untuk warga emas

Jangan tak tahu kerusi malas pun sesuai untuk ibu dan tidak semestinya untuk ayah sahaja kerana ada masa tertentu ibu akan ingin merehatkan badan dan kerusi seperti ini pasti menjadi pilihannya.

Selain itu, kerusi malas yang gebu dan cantik ini pasti akan disukai dan ibu akan berehat dengan duduk di atasnya sehingga mungkin akan terlena tidur akibat keletihan seharian berada di dapur.


10. Tudung Berfesyen

Ibu yang sudah tua

Ibu tentu perlukan tudung yang baru memandangkan mungkin telah lama tidak membeli tudung yang baru, jika dibeli pun semasa musim Hari Raya Aidil Fitri dan sebagainya.

Jika anda ingin membeli tudung untuk dihadiahkan pada ibu, pilihlah yang bersesuaian mengikut citarasa dan peringkat umur ibu kerana sesetengah ibu ada yang suka berfesyen dan sebaliknya.

Seperti gambar yang dikongsikan dilihat amat bersesuaian untuk ibu, namun di matanya belum tentu dia menyukainya. Jadi sebagai anak, anda tentunya tahu apakah jenis tudung menjadi kesukaan ibu.


11. Al-Quran

Hadiah untuk ibuku yang tersayang

Jika anda ingin hadiahkan sebuah Al-Quran, sila pilihkan Al-Quran yang cantik dan sesuai dengan tulisan yang tertera agar mudah dibaca oleh ibu ketika beliau ingin membacanya nanti.

Al-Quran adalah sejenis hadiah yang teramat istimewa dan sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Apa yang pasti adalah apabila ibu membaca Al-Quran tentunya ibu akan terus ingat pada anak kesayangannya.

Al-Quran seperti dalam gambar di atas adalah bersaiz A5 yang sangat berkualiti, mudah dibawa ke mana sahaja, mempunyai design yang sangat menarik dan warna-warna yang berbeza boleh dipilih.

Yang paling menarik ia dilengkapi dengan Tajwid berwarna serta penerangannya yang terdapat pada setiap muka surat berserta terjemahan penuh dalam Bahasa Malaysia yang sangat mudah difahami dan baca.

Nama Al-Quran ini adalah Tagging Raudhah yang sering menjadi pilihan orang ramai dan harga yang dijual pula tidak terlalu mahal memandangkan ia berlainan daripada jenis-jenis kitab suci lain seperti ini.

Dari segi kelebihan pula, ia dapat membantu si pembaca untuk memahami kalam Allah dengan lebih mudah serta mempunyai kata kunci untuk memudahkan membuat rujukan ayat-ayat penting di dalamnya.

Selain itu, ia dilengkapkan juga dengan doa-doa khusus yang terdapat dalam Al-Quran, mudah untuk Taddabur, mencari ayat-ayat pilihan dengan mudah serta mempunyai kelebihan tagging seperti berikut:

  • 170 Tagging Ayat Pilihan
  • 30 Tagging Pembahagian Juzuk
  • Setiap Warna Tag dibahagikan ikut 6 Kategori Ayat
  • 20 Doa Pilihan
  • 20 Rasul Ulul Azmi
  • 40 Ayat Suruhan/Amalan/Perintah
  • 30 Ayat Pengajaran/Petunjuk/Motivasi (Positif)
  • 30 Ayat Larangan/Peringatan (Negatif)
  • 30 Ayat Kisah dan Cerita


Baca : Cadangan Hadiah Istimewa Untuk Pasangan Pengantin

12. Set Senduk Silicone Viral

Ibu dan ayah

Set senduk silicone utensil spatula atau sudip satu set untuk periuk ini adalah hadiah untuk ibu yang kini jadi trend di laman sosial dan viral dek kerana harga yang murah bawah RM50 sahaja untuk setiap set.

Anda juga boleh memilih warna yang disukai serta bersesuaian dengan minat ibu, kebanyakannya berwarna lembut seperti pink, hijau muda, biru dan sebagainya.


13. Sejadah Tebal dan Gebu

Senarai pemberian hari lahir emak

Sejadah daripada jenis yang kualiti tinggi biasanya dari kain yang tebal atau baldu yang banyak selain sedap dipakai ketika ingin menunaikan solat malahan apabila duduk di atasnya terasa seperti span.

Apa kata hadiah untuk ibu tersayang pada kali ini anda belikan hadiah sejadah baldu seperti ini dan tentunya mak akan suka kerana anaknya hadiahkan sejadah untuknya.


Baca : Senarai Cadangan Hadiah Untuk Wanita

14. Periuk Le Creuset

Sempena hari raya

Jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh membeli periuk Le Creuset yang mana periuk jenis ini sentiasa menjadi idaman ramai wanita di luar sana dan termasuk ibu-ibu kita sendiri.

Harga pula agak tinggi tetapi tidaklah beribu ringgit dan jika dibeli secara online melalui Shopee dan Lazada harganya sekitar RM100 sehingga RM200 sahaja serta kualitinya terbukti amat baik dan boleh dipuji.


15. Mesin Pengurut Kaki

Idea buat ibu dari seorang anak

Jika ibu sering mengadu dia selalu lenguh-lenguh kaki dan betis, mesin pengurut kaki atau Foot Therapy Massager Reflexolofy Machine ini sangat sesuai untuknya menghilangkan semua kesakitan itu.

Harga pula sangat berpatutan dan boleh dikatakan tidak terlalu mahal memandangkan mesin pengurut ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang berharga bawah RM300 sahaja.


16. BBQ Grill & Steamboat Hot Pot

Cadangan idea hadiah untuk wanita

Set BBQ Grill & Steamboat Hot Pot seperti ini adalah antara hadiah yang paling terbaik kerana harga yang agak murah bawah RM100 dan boleh digunakan di mana saja selain Multifunction Frying Cooker.


16. Vacuum Cleaner Khind

Perempuan berkerjaya

Vacuum cleaner jenama Khind adalah antara yang terbaik yang ada di pasaran selain Midea, Panasonic dan banyak lagi. Namun, mesin vacuum seperti ini mudah untuk mencuci segala kotoran dan habuk.

Kelebihannya adalah mempunyai batang untuk memegang yang panjang dan ini memudahkan kerja untuk menyedut segala kekotoran yang berada di bawah meja atau katil serta boleh diguna setiap hari.

Jika tugas ibu yang sentiasa vakum di rumah bermakna barang jenis ini sangat elok diberikan padanya dan ibu tak perlu lagi nak menyapu sehingga menyebabkan sakit pada pinggang.


17. Pembakar Roti Multifunctional Toaster

Harga murah bawah RM100 untuk ibu

Pembakar roti yang berkualiti tinggi adalah jenama Philips yang mana ramai orang telah memujinya kerana tahan lama dan boleh diguna dalam jangka masa yang panjang.

Namun, ada juga jenama lain yang setanding kualitinya dengan Philips iaitu Panasonic, Khind, Pensonic dan banyak lagi yang boleh anda pilih mengikut bajet dan kemampuan.

Sebenarnya, toaster jenama Philips ini tidak terlalu mahal dan harga pula di bawah RM100 sahaja dan ia kelihatan mahal serta ekslusif, hakikatnya sangat murah dan berbaloi jika membelinya untuk ibu.


18. Cabinet Organizer Storage Box

Ibu bapa

Hadiah ini yang paling sesuai untuk semua ibu termasuk mak mertua dan semua kaum wanita pasti suka. Selain harga sangat murah, ia didatangkan satu set lengkap dengan warna warni mengikut pilihan sendiri.

Percaya tak harganya bawah RM30. Simple dengan 5 jenis warna iaitu biru, hijau, oren, putih dan kuning amat berkualiti, bilik atau ruang dalam rumah nampak lebih kemas dan rapi, kan? Cepat sebelum masih ada stok.


19. Barang Kemas

Senarai hadiah khas untuk mak

Emas biasanya sering disukai ramai perempuan dan ini termasuk ibu sendiri. Tak perlu beli yang terlalu mahal, cukuplah emas Bangkok seperti ini, apa yang penting pemberian anda adalah ikhlas untuknya.


20. Vacuum Wireless

Contoh

Present ini sememangnya amat sesuai jika ibu anda masih lagi kuat buat kerja rumah tapi tak semestinya kerana ia sangat ringan dan beratnya hanya 1.4 kg sahaja setiap satu malah bunyinya tak bising.

Paling best siap ada wireless berkualiti tinggi iaitu tanpa wayar serta perlu dicas untuk guna dan untuk mencuci rumah dua tingkat hanya perlukan 40 minit caj dan bukan itu saja ia juga multifunction senang diguna.


Tips Memilih Hadiah Murah Tapi Bermakna


Hadiah untuk ibu bersalin juga tidak sukar untuk dicari memandangkan banyak jenis hadiah yang dijual di mana-mana kedai atau secara online. Namun, seperti biasa anda wajib tahu apa yang disukai oleh wanita tersebut.

Selain itu, anda boleh buat sendiri hadiah DIY mengikut kreativiti dan idea anda, sebagai contoh menjahit baju, alas TV, mengait dengan menggunakan benang, membuat sapu tangan cantik dan sebagainya.

Begitu juga dengan ibu yang sedang mengandung, hadiah terbaik seperti jubah, blouse khas untuk ibu yang sedang hamil atau sebarang peralatan yang diperlukan oleh mereka yang sedang berbadan dua seperti selimut tebal, kain batik dan lain-lain.

Manakala untuk ibu yang sudah berumur atau mentua pasti anda tahu apakah barangan sesuai dihadiahkan kepadanya. Biasanya hadiah tersebut seperti sejadah, telekung, kain ela, baju dan seumpamanya yang dia boleh menggunakannya.

Walau bagaimanapun, hadiah buatan sendiri lebih bermakna dan akan dihargai lebih lagi apabila diterima oleh ibu kerana penghargaan seperti ini amat luar biasa dan tidak bermakna hadiah yang dibeli tidak bernilai.

Cadangan lain untuk belikan hadiah untuk orang yang melahirkan kita ini adalah barangan bercucuk tanam seperti pasu bunga atau tool berkaitan kebun khas untuk mak yang sukakan tanaman dan berkebun.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh juga beli barangan elektronik atau apa saja barang yang diperlukan di rumah agar ibu boleh menggunakannya setiap hari seperti penghawa dingin, rice cooker dan lain-lain.

Untuk memudahkan kerja anda, dikongsikan juga pautan ke laman Shopee dan Lazada yang memaparkan ratusan jenis-jenis hadiah yang istimewa yang boleh dihadiahkan untuk ibu seperti di bawah tanpa perlu anda cari lagi.


Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi hadiah yang istimewa untuk seorang ibu yang boleh didapati secara online menerusi Shopee dan Lazada, taipkan saja apa yang anda mahu pastinya semuanya akan dipaparkan dengan segera mengikut citarasa anda.

Apa sekalipun yang ingin dihadiahkan, tips untuk membuat pemilihan hadiah yang sesuai untuk ibu anda itu adalah dengan tahu apa yang dia suka dan jenis barang bagaimanakah yang tidak dia suka, itu saja, simple kan?

Berbakti kepada kedua ibu bapa pastinya anda akan dilimpahkan rezeki serta akan diredhai Allah, Semoga niat baik anda itu dapat meneguhkan lagi kasih sayang antara anak dan ibu tersayang.

Semoga perkongsian senarai cadangan hadiah untuk ibu termasuk idea dan tips yang dikongsikan akan dapat membantu anda membuat keputusan yang betul demi seorang ibu yang disayangi dan tercinta sehingga ke hujung nyawa. - Bukit Besi Blog