Mencari hadiah untuk perempuan atau girlfriend mungkin agak sukar bagi sesetengah orang. Jangan risau, kami sediakan contoh senarai cadangan dan idea untuk anda menghadiahkan kepada kaum hawa ini mengikut bajet samada untuk hari jadi, anniversary atau apa saja.
Memang betul, terkadang kaum wanita agak cerewet dalam beberapa perkara tetapi tidak semua begitu. Jadi, sebelum anda hadiahkan untuk seseorang perempuan, pastikan anda tahu apakah yang si dia suka.
Pemberian hadiah terbaik kepada mereka yang anda sayang termasuk best friend kawan perempuan, ibu, isteri, kakak, adik, sahabat, kekasih, ipar duai dan sebagainya adalah satu penghargaan yang amat besar serta memerlukan sedikit pengorbanan keluarkan duit poket sendiri.
Anda juga perlu tahu apakah hadiah hari jadi untuk perempuan yang sesuai untuk mereka samada individu tersebut adalah wanita muslimah, remaja, Melayu, Cina, India dan umur mereka sama ada 20 ke atas atau bawah 8, 10, 12 tahun dan seterusnya.
Apabila semua itu dah tahu, pasti idea carikan hadiah akan jadi lebih mudah kerana anda telah tahu apakah present yang bersesuaian untuk mereka berpandukan umur, latar belakang dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, untuk membelikan hadiah untuk kekasih yang jauh di mata atau tunang adalah perkara yang lebih mudah kerana anda telah mengenali mereka dengan lebih dekat, jadi anda pasti tahu apakah kesukaan mereka.
Begitu juga untuk hadiahkan kepada sahabat perempuan atau kawan serta ibu dan anak, jangan terlalu sayang mengeluarkan duit untuk membelikan hadiah untuk hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan dan untuk apa saja.
Belikan sesuatu yang menarik dan yang perempuan suka pastinya akan dihargai dengan sepenuh hati olehnya serta mereka juga akan membalasnya nanti apabila tiba hari jadi atau hari besar anda.
Senarai Hadiah Untuk Perempuan Yang Tersayang
Berikut adalah beberapa idea cadangan hadiah untuk perempuan yang kami kongsikan untuk memudahkan kerja anda bagi mencari hadiah yang bersesuaian untuk mereka.
Perkongsian senarai hadiah ini disertakan dengan harga bajet yang mana ada di antaranya bawah RM50 dan bawah RM100, anda pilih saja yang mana sesuai.
Anda boleh pilih yang manakah menarik serta boleh membeli secara online melalui laman Lazada dan Shopee tanpa perlu pergi ke kedai atau keluar daripada rumah.
1. Robotic Vacuum
Pasti si dia akan suka hadiah ini kerana robot vacuum ini mampu membersihkan lantai di rumah dengan secara tekan suis dan semuanya telah selesai tanpa perlu bersusah payah menggunakan tangan.
2. Baju Kurung Ruffles
Rasanya ramai wanita yang menyukai baju kurung jenis Ruffles ini kerana ada kain kembang payung yang berpoket serta amat selesa dipakai serta akan tampak lebih cantik dan menarik.
Jenis kain pula adalah daripada material Chiffon Crepe serta wudhu friendly, berkolar bulat, tidak melekat di badan dan mempunyai pelbagai saiz yang berbeza.
3. Ladies Purse
Purse pastinya amat disukai kekasih anda atau ibu dan semua kaum hawa kerana benda ini biasanya adalah kegunaan harian untuk mengisi duit dan sebagainya.
4. Tudung Naelofar
Tentunya ramai yang tahu tudung Naelofar ini adalah tudung yang cantik dan harga yang berpatutan jika nak dibandingkan dengan berbagai jenama tudung yang lain.
Jangan fikir panjang, jika anda kehilangan idea, hadiah untuk perempuan muslimah adalah tudung yang paling terbaik untuk dihadiahkan kepada seseorang yang anda sayang itu, pasti dia suka.
5. Air Fryer
Peralatan dapur seperti ini menjadi satu keperluan pada zaman sekarang dan ia adalah salah satu alat yang perlu ada di rumah serta akan memudahkan tugas untuk memasak.
Lebih penting, jika wanita tersebut suka memasak, pastinya dia akan menghargainya kerana alat ini sememangnya sangat berguna untuk masak berbagai jenis masakan dengan mudah.
Baca : Senarai Cadangan Hadiah Untuk Lelaki Yang Terbaik
6. Set Pisau Viral
Set pisau ini sangat menarik dan cantik bagi mereka yang menyukai alatan yang berwarna warni. Biasanya wanita amat suka dengan warna pink, apa kata beli satu untuknya?
7. Kasut
Kasut terbukti semua wanita suka dan lebih penting kasut yang berkualiti serta cantik. Tentang harga pula kebanyakkannya di bawah RM50 sahaja, belilah satu.
8. Beg Tangan Berjenama
Jenama beg tangan yang popular tapi boleh dibeli dengan harga yang sangat murah di Lazada dan Shopee. Kualiti pula hampir sama dengan original, jangan bimbang.
Sesetengah wanita tidak mementingkan harga dan jenama, yang paling penting adalah hadiah yang diberikan sebagai satu penghargaan dan tanda kasih dan sayang.
9. Set Alat Solek
Alat solek atau barang make up sesuai untuk wanita yang suka bersolek dan yang mementingkan kecantikan serta penampilan. Boleh dikatakan semua wanita zaman sekarang semua suka cantik.
Artikel Berkaitan : Senarai Hadiah Kahwin Untuk Pengantin Yang Sesuai
10. Lipstick
Gincu adalah antara aksesori wanita yang wajib ada dan kalau anda inginkan kekasih atau perempuan yang anda sayang itu sentiasa cantik dan menawan, apa kata hadiahkan lipstik?
11. Dress Mengandung Lily
Jika wanita yang anda sayangi sedang hamil, anda boleh belikan hadiah seperti ini ia dress mengandung yang seakan-akan jubah, sesuai untuk semua ibu-ibu yang sedang mengandung.
Dress Mengandung Lily ini sangat menarik kerana mempunyai padding di bahu, poket dan zip di bahagian dada untuk memudahkan si ibu untuk menyusu nanti ketika selepas bersalin anak.
Kualiti tinggi serta mesra wuduk dan boleh dipakai oleh wanita muslimah dan ibu yang mengandung sehingga ke 9 bulan, malah jahitan yang kemas dan kain yang tidak melekat pada badan dengan pemilihan saiz yang betul.
12. Set Skin Care
Set penjagaan kulit seperti ini juga sesuai untuk menjadi hadiah untuk perempuan dan pastinya mereka akan suka kerana semua wanita amat mementingkan penjagaan kulit untuk kelihatan cantik dan menyerlah.
Harga set penjagaan kulit ini juga sangat berpatutan selain kualitinya terbukti terbaik kerana ramai wanita yang membelinya berdasarkan rating dan review pembelian.
Harga set penjagaan kulit ini juga sangat berpatutan selain kualitinya terbukti terbaik kerana ramai wanita yang membelinya berdasarkan rating dan review pembelian.
13. Set Senduk Silicone Viral
Set senduk silicone utensil spatula atau sudip satu set untuk periuk ini adalah hadiah untuk wanita yang kini jadi trend di laman sosial dan viral dek kerana harga yang murah bawah RM50 sahaja untuk setiap set.
Anda juga boleh memilih warna yang disukai serta bersesuaian dengan minat kaum hawa, kebanyakannya berwarna lembut seperti pink, hijau muda, biru dan sebagainya.
14. Sejadah Tebal dan Gebu
Sejadah daripada jenis yang kualiti tinggi biasanya dari kain yang tebal atau baldu yang banyak selain sedap dipakai ketika ingin menunaikan solat malahan apabila duduk di atasnya terasa seperti span.
Apa kata hadiah untuk yang tersayang pada kali ini anda belikan hadiah sejadah baldu seperti ini dan tentunya si dia akan suka kerana dihadiahkan sejadah untuknya.
15. Periuk Le Creuset
Jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh membeli periuk Le Creuset yang mana periuk jenis ini sentiasa menjadi idaman ramai perempuan di luar sana dan termasuk ibu-ibu kita sendiri.
Harga pula agak tinggi tetapi tidaklah beribu ringgit dan jika dibeli secara online melalui Shopee dan Lazada harganya sekitar RM100 sehingga RM200 sahaja serta kualitinya terbukti amat baik dan boleh dipuji.
16. Mesin Pengurut Kaki
Jika ada yang sering mengadu dia selalu lenguh-lenguh kaki dan betis, mesin pengurut kaki atau Foot Therapy Massager Reflexolofy Machine ini sangat sesuai untuknya menghilangkan semua kesakitan itu.
Harga pula sangat berpatutan dan boleh dikatakan tidak terlalu mahal memandangkan mesin pengurut ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang berharga bawah RM300 sahaja.
17. Vacuum Cleaner Khind
Vacuum cleaner jenama Khind adalah antara yang terbaik yang ada di pasaran selain Midea, Panasonic dan banyak lagi. Namun, mesin vacuum seperti ini mudah untuk mencuci segala kotoran dan habuk.
Kelebihannya adalah mempunyai batang untuk memegang yang panjang dan ini memudahkan kerja untuk menyedut segala kekotoran yang berada di bawah meja atau katil serta boleh diguna setiap hari.
Jika tugas wanita yang sentiasa vakum di rumah bermakna barang elektronik jenis ini sangat elok diberikan padanya dan dia tak perlu lagi nak menyapu sehingga menyebabkan sakit pada pinggang.
18. Pembakar Roti Multifunctional Toaster
Pembakar roti yang berkualiti tinggi adalah jenama Philips yang mana ramai orang telah memujinya kerana tahan lama dan boleh diguna dalam jangka masa yang panjang.
Namun, ada juga jenama lain yang setanding kualitinya dengan Philips iaitu Panasonic, Khind, Pensonic dan banyak lagi yang boleh anda pilih mengikut bajet dan kemampuan.
Sebenarnya, toaster jenama Philips ini tidak terlalu mahal dan harga pula di bawah RM100 sahaja dan ia kelihatan mahal serta ekslusif, hakikatnya sangat murah dan berbaloi jika membelinya untuk si dia.
19. Cabinet Organizer Storage Box
Hadiah ini yang paling sesuai untuk semua perempuan termasuk kekasih hati dan semua orang pasti suka. Selain harga sangat murah, ia didatangkan satu set lengkap dengan warna warni mengikut pilihan sendiri.
Percaya tak harganya bawah RM30. Simple dengan 5 jenis warna iaitu biru, hijau, oren, putih dan kuning amat berkualiti, bilik atau ruang dalam rumah nampak lebih kemas dan rapi, kan? Cepat sebelum masih ada stok.
20. 1001 Contoh dan Jenis Hadiah Terbaik
Sekiranya senarai barangan di atas tidak memenuhi citarasa atau kehendak anda untuk menghadiahkan kepada perempuan remaja, dewasa, ibu, kawan cina, India dan sebagainya, jangan risau.
Kami sediakan pautan carian hadiah untuk perempuan dari semua peringkat umur supaya mudah untuk anda dapatkan idea contoh buah tangan tersebut di bawah.
Kesimpulan
Semoga perkongsian senarai cadangan hadiah untuk perempuan ini akan dapat membantu anda yang sedang buntu untuk menghadiahkan kepada seseorang yang istimewa dalam hidup anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog