Bila musim kenduri dan majlis perkahwinan biasanya ramai yang kehilangan idea untuk mencari hadiah kahwin yang paling sesuai untuk pengantin perempuan dan lelaki samada untuk kawan baik, best friend (BFF), sahabat, adik-beradik atau rakan sekerja.
Memberikan hadiah yang istimewa untuk pengantin baru seperti satu tradisi yang mana sehingga sekarang ramai yang melakukannya, lebih-lebih lagi seseorang yang tersangat special di mata kita.
Cadangan untuk menghadiahkan kepada pasangan pengantin terkadang agak sukar kerana kita tidak tahu apakah kesukaan dan kegemaran salah seorang daripada mereka, oleh itu wishlist hadiah yang bersesuaian adalah penting.
Walau bagaimanapun, hadiah kahwin yang biasa kita lihat di mana-mana majlis kenduri agak tipikal seperti produk Ikea, set gelas, pinggan mangkuk, periuk nasi barang elektrik, bingkai gambar dan jam dinding.
Jadi, anda perlu kreatif untuk mencari idea hadiah yang rare, berguna dan disukai oleh kedua-dua pengantin dan jangan tersalah membuat pilihan present yang tidak sesuai dengan trend sekarang.
Tentang harga murah atau mahal mungkin tidak menjadi masalah kepada setiap individu, namun kualiti adalah menjadi keutamaan agar ia menjadi kenangan kepada pengantin sehingga ke akhir hayat.
Senarai Cadangan Hadiah Kahwin Untuk Kawan Pengantin Baru
Berikut dikongsikan cadangan idea contoh hadiah kahwin yang sesuai untuk diberikan kepada bakal pengantin baru ketika majlis perkahwinan mereka diadakan yang boleh anda beli secara online dan offline.
Tips penting untuk mencari hadiah untuk pengantin adalah dengan memastikan setiap hadiah yang dibeli haruslah boleh digunakan oleh pasangan yang baru bernikah itu selepas tamat kenduri tersebut.
Anda digalakkan membeli hadiah berupa barangan atau alatan yang tahan lama serta dapat digunakan oleh pasangan tersebut dalam kehidupan mereka untuk selama-lamanya.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu kemestian dan pastikan anda memilih sesuatu hadiah yang terbaik serta dapat digunapakai oleh mempelai samada pada badan atau kegunaan di rumah.
Senarai cadangan hadiah khas untuk pengantin di bawah adalah sekadar idea yang boleh dijadikan rujukan kepada anda yang sedang buntu memikirkan tentang wedding gift ini.
Cadangan Hadiah Yang Agak Rare dan Kelakar
Di bawah ini adalah idea hadiah yang kelakar dan lucu serta agak berlainan daripada biasa, walaupun ada diantaranya agak murah dan mahal, anda yang tentukan untuk memilih.
- Tong gas kosong atau berisi
- Komputer Desktop atau Lap Top
- Pencuci pinggan, sabun dan span
- Set pertukangan
- Baju tidur lelaki dan perempuan
- Beg pakaian besar
- Modem wifi
- Tiket percutian bulan madu
- Microwave atau oven
- Pengisar kopi
- Vacuum cleaners
- Air fryer
- Portable air cond
- Pressure cooker
- Rak buku
- Carpet
- Set speaker
Sebenarnya masih banyak hadiah untuk pengantin yang rare, walau bagaimanapun senarai di atas adalah sekadar suka-suka, jika salah satu daripadanya anda suka, anda boleh beli untuk dijadikan hadiah kahwin.
Cadangan Hadiah Kahwin Terbaik Untuk Pengantin
Berikut pula adalah wishlist hadiah yang biasa diberikan kepada pasangan pengantin oleh masyarakat kita pada hari ini tak kira lelaki atau perempuan, kawan atau saudara mara.
- Rice cooker terbaru
- Set pinggan mangkuk
- Pengering rambut
- Set cadar bilik tidur
- Pembakar roti
- Pengisar buah
- Kipas angin
- Satu kotak gelas atau cawan
- Tupperware
- Seterika ada jenama
- Bingkai atau frame gambar
- Minyak wangi yang mahal
- Set tuala mandi ada sulaman
- Jam dinding yang cantik
- Wallet lelaki
- Beg tangan perempuan
- Selimut tebal
- Telefon bimbit
- Drone
Contoh Hadiah Kahwin Islamik
Berikut adalah senarai cadangan hadiah untuk pengantin yang boleh dikategorikan boleh didapati dengan harga yang murah tetapi amat bermakna kepada pasangan yang menerimanya.
Apa yang pasti hadiah seperti mempunyai maksud yang tersendiri serta memberikan dorongan kepada penerima untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT.
- Al-Quran
- Telekung untuk solat
- Kain pelikat
- Sejadah baldu
- Hiasan ayat-ayat suci Al-Quran
- Frame terhias dengan doa-doa
- Songkok atau kopiah
- Tudung yang comel
- Jubah atau kurta
- Buku motivasi Islamik
- Tafsir Al-Quran
Idea Hadiah Kahwin IKEA
Ikea juga menjual produk-produk yang berkualiti tinggi dari barangan dapur, set pinggan mangkuk, untuk bilik tidur, perabot yang cantik, hiasan rumah, segala jenis lampu dan banyak lagi.
Kebanyakan barangan Ikea boleh anda beli untuk membuat kejutan dan kelainan kepada pengantin kerana selain kualiti serta rekaan yang menarik, harga juga ada yang murah samada bawah RM50, RM100 atau RM200 dan seterusnya.
Antara barangan-barangan yang pasti akan menarik minat anda untuk membelinya adalah seperti yang dikongsikan di bawah, pilihlah yang mana sesuai dari segi harga dan kesesuaian:
- Set meja makan IKEA
- Gelas dan cawan
- Hiasan lampu tidur
- Bekas rempah IKEA
- Set kutleri
- Set cadar dan tilam
- Aksesori bilik mandi
- Perabot kecil
- Tempat letak kasut etc
- IKEA Clothes Rack
Sebenarnya, masih banyak hadiah-hadiah yang boleh didapati daripada jenama IKEA, walau bagaimanapun, senarai yang dikongsikan adalah sekadar cadangan berdasarkan kualiti dan harga yang berpatutan.
Jika ada barangan yang berkenan di hati, anda tidak perlu pergi ke IKEA untuk mendapatkannya kerana anda boleh beli secara online sahaja melalui link yang kami kongsikan seperti di bawah:
Hadiah Pengantin Bawah RM50
Berikut adalah senarai hadiah untuk pengantin baru lelaki dan perempuan dengan harga murah bawah RM50 yang boleh anda dapatkan secara atas talian dan barang akan terus dihantar ke alamat rumah pengantin atau sendiri.
Anda boleh buat pilihan berkaitan dengan produk yang anda mahu dan harga melalui laman Shopee dan Lazada kerana terlalu banyak barang yang murah dan berkualiti.
Helmet Murah
Dicadangkan anda membeli dua hadiah untuk pasangan agar mereka boleh menggunakannya. Sebagai contoh helmet, anda perlu dapat dua helmet untuk lelaki dan wanita.
Walau bagaimanapun, hadiah berupa helmet ini boleh diberikan kepada pasangan pengantin yang sememangnya meminati dunia permotoran atau yang sering menaiki motor.
Cabinet Organizer Storage Box
Hadiah ini yang paling sesuai untuk semua orang atau wedding sahabat termasuk lelaki dan perempuan pasti suka. Selain harga sangat murah, ia didatangkan satu set lengkap dengan warna warni mengikut pilihan sendiri.
Percaya tak harganya bawah RM30. Simple dengan 5 jenis warna iaitu biru, hijau, oren, putih dan kuning amat berkualiti, bilik atau ruang dalam rumah nampak lebih kemas dan rapi, kan? Cepat sebelum masih ada stok.
Set Pisau Cantik
Hadiah kahwin berupa set pisau termasuk free papan pemotong ini sangat sesuai untuk mereka yang berumahtangga kerana peralatan yang terdapat 7 in 1 ini setiap hari digunakan.
Rupanya yang menarik dilengkapkan dengan warna warni yang pasti akan disukai oleh sesiapa sahaja dan yang paling penting ia murah dan berkualiti.
Frame Khat Menarik
Frame khat yang cantik ini dikhaskan untuk pengantin kerana ia boleh dituliskan dengan nama kedua-dua pengantin di atasnya dengan tulisan rumi dan jawi biasa atau khat biasa.
Untuk ejaan nama dalam tulisan jawi, pembeli haruslah menyediakan setiap ejaan dalam jawi yang perlu diserahkan kepada penjual selepas membuat sebarang pembelian.
Lebih rare lagi, frame khat ini mempunyai empat pakej khat yang boleh anda pilih yang mana ada yang dilengkapi dengan kad kahwin, gambar pengantin dan sebagainya.
Proses penghantaran pula tidak terlalu lama dan biasanya dalam 3 hingga 5 hari berkerja sahaja dan jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, sila rujuk butang di bawah:
Set Senduk Silicone Viral
Set senduk silicone utensil spatula atau set sudip periuk ini adalah hadiah kahwin yang jadi trend dan telah viral di laman sosial baru-baru ini kerana cantik dan harga agak murah bawah RM50.
Anda boleh membuat pilihan warna yang sesuai dengan kehendak dan citarasa anda melalui link daripada Shopee dan Lazada yang disediakan di bawah:
Sejadah Tebal dan Gebu
Sejadah yang berkualiti biasanya daripada jenis yang tebal dan lebut serta sedap digunapakai untuk menunaikan solat. Untuk dapatkan hadiah seperti ini sila rujuk link berikut:
Cadar Patchwork Murah dan Berkualiti
Cadar patchwork jenis ini mempunyai bermacam warna serta bersaiz Queen dilengkapi dengan dua sarung bantal. Kain jenis ini tidak berbulu, agak sejuk dan amat tebal sesuai digunakan untuk beradu.
Material kain ini adalah 80% cotton dan 20% Polyster yang amat mudah untuk dibasuh menggunakan mesin basuh serta warna kain pula tidak mudah pudar dan luntur.
Baju Tidur Pyjama Lengan Panjang
Baju tidur atau pijama ini boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan yang berlengan panjang sesuai dijadikan present untuk seseorang yang istimewa pada hari bersejarah mereka.
Baca : Hadiah Untuk Lelaki & Hadiah Untuk Perempuan
Hadiah Perkahwinan Bawah RM100
Jika anda sedang mencari hadiah-hadiah bajet murah bawah RM100, di sini disediakan beberapa cadangan idea untuk anda pilih serta boleh dibeli secara online di laman pembelian yang terbesar di Malaysia.
Barangan elektrik atau elektronik pada zaman sekarang seperti satu keperluan yang teramat penting kerana kita pasti akan gunakannya dalam kehidupan seharian.
Hair Dryer
Barang elektrik seperti ini sememangnya terbukti adalah terbaik untuk anda menghadiahkan kepada pengantin terutamanya orang perempuan yang pastinya akan menggunakan hair dryer ini setiap hari.
Perempuan kebiasaannya yang bertudung tentunya akan mengeringkan rambut terlebih dahulu selepas mandi sebelum pakai tudung untuk pergi berkerja atau keluar ke mana-mana saja.
Jadi, mesin pengering rambut adalah hadiah kahwin yang paling sesuai untuk semua pengantin perempuan, lagi pun mereka pasti akan suka dengan present ini.
Percaya tak hair dryer ada yang harga RM15.00? Tapi bila barang murah mungkin kualiti kurang baik, jadi belilah pengering rambut yang bawah RM100 kerana pasti puas hati.
BBQ Grill & Steamboat Hot Pot
Set BBQ Grill & Steamboat Hot Pot seperti ini adalah antara hadiah yang paling terbaik kerana harga yang agak murah bawah RM100 dan boleh digunakan di mana saja selain Multifunction Frying Cooker.
Giselle Hand Blender
Barangan elektrik yang boleh digunakan di dapur adalah antara hadiah perkahwinan yang sering menjadi pilihan ramai kerana pastinya ia terus digunakan selagi ia tidak rosak.
Giselle Hand Blender ini sangat mudah untuk digunakan dan yang penting ia berharga di bawah RM100 seperti bajet anda.
Vacuum Cleaner
Vacuum cleaner jenama Khind adalah antara yang terbaik yang ada di pasaran selain Midea, Panasonic dan banyak lagi. Namun, mesin vacuum seperti sangat mudah untuk mencuci segala kotoran dan habuk.
Kelebihannya adalah batang untuk memegang agak panjang dan ini memudahkan kerja anda untuk menyedut kekotoran yang berada di bawah meja atau katil serta sebagainya boleh guna setiap hari.
Multifunctional Toaster / Pembakar Roti
Pembakar roti yang terbaik adalah antara jenama yang terkenal di seluruh dunia seperti Phillips, Panasonic, Khind dan banyak lagi yang boleh anda pilih.
Namun, untuk harga yang di bawah RM100, jangan tak percaya kerana ada jenama yang kelihatan mahal tetapi dijual murah selain fungsinya yang berpelbagai untuk digunakan pada setiap pagi.
Toaster sebenarnya banyak juga yang murah tetapi brand Phillips adalah yang terbaik kerana kualitinya terbukti amat berguna untuk semua pengguna yang membelinya.
Kesimpulan
Selain itu, anda boleh dapatkan berbagai jenis barangan yang boleh dijadikan sebagai hadiah khas untuk semua bakal pengantin yang boleh didapati daripada MR DIY dengan harga yang berpatutan secara atas talian sahaja samada di Shopee atau Lazada, kami sediakan link tersebut untuk mudahkan anda melihat dengan cepat tanpa perlu mencari lagi.
Perkongsian senarai idea hadiah yang sesuai untuk pengantin baru ini adalah sekadar cadangan sahaja, sekiranya semua produk yang dikongsikan tidak memenuhi citarasa anda, harap dimaafkan.
Semoga cadangan senarai hadiah kahwin untuk pengantin baru ini samada yang murah dan mahal akan dapat membantu anda untuk menghadiahkan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog