Resepi Kebab Ayam Homemade Simple dan Paling Sedap

resepi kebab ayam paling sedap

Tak semua orang suka makan kebab dan biasanya kebab ayam atau daging yang menjadi pilihan. Makanan yang dikatakan berasal dari negeri Arab ini juga mudah didapati terutama ketika bulan Ramadhan atau pun di mana-mana pasar malam. Untuk kali ini kami kongsikan resepi kebab ayam homemade simple dan sedap.

Walau bagaimanapun, kebab ada bermacam jenis iaitu yang wrap, gulung, guna roti pita dan banyak lagi. Jika anda suka makan kebab, apa kata anda buat sendiri dengan menggunakan resepi kebab ayam paling sedap yang kami kongsikan?

Untuk resepi kebab ayam ini, sebenarnya hasil perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ustaz Farid Rashidi yang berkongsi cara untuk membuat kebab ayam yang mudah dan sedap. Jom kita ikut perkongsian beliau.

Resepi Kebab Ayam Homemade Simple


cara buat kebab ayam mudah

Dulu saya pernah share cara buat kebab daging. Jadi, sempenan Ramadhan kali ini saya nak kongsikan satu resepi kebab ayam. Mana tahu nanti boleh buat sendiri untuk berbuka puasa, mesti seronok kan?

Ok, cara buat kebab ayam ini sangat mudah dan senang. Apa yang perlu kita buat adalah roti terlebih dahulu sebelum membuat inti atau ayamnya nanti. Di bawah ini adalah bahan-bahan untuk roti dan kebab ayam homemade.

Bahan-bahan Roti

  • Tepung 1/2 kg
  • Yis setengah paket
  • Air suam untuk yis
  • Sesudu teh garam dan gula
  • Airi untuk uli doh

Rendamkan yis sekejap dalam air suam sampai ia berbuih. Kemudian satukan tepung, gula, garam dan yis. Air letakkan sedikit demi sedikit sambil uli tepung tersebut.

cara buat roti kebab

Boleh juga ketika menguli adunan tepung untuk roti sambil menyanyi lagu Ramadhan Tiba, Marhaban Ya Ramadon. Sekadar gurauan semata-mata, jangan ambil serius okay.

Apabila dah siap, biarkan doh mengembang selama 30 minit. Bulatkan dan leperkan sebesar piring kemudian bakar atas pan dengan api yang perlahan. Tekan sedikit supaya roti akan mengembang atau mengembung.

Sementara itu mari kita buat isi atau inti kebab ayam homemade ini. Di bawah adalah bahan-bahan yang perlu disediakan sebelum membuatnya.

Bahan-bahan Kebab Ayam

  • Isi ayam dipotong leper
  • Sesenduk tepung gandum
  • Sesenduk tepung jagung
  • Serbuk cili
  • Bawang putih dua ulas ditumbuk
  • Garam dan sedikit perasa mengikut selera anda

Sila campurkan bawang putih dan perasa bersama ayam dan seterus perap untuk beberapa ketika supaya semua bahan menyerap ke dalam ayam yang akan menjadi ayam lebih sedap.

Resepi Lain : Resepi Pizza Homemade Simple

resepi kebab ayam roti pita

resepi kebab ayam ala arab

resepi kebab ayam pasar malam

Kemudian gaul mesra bersama campuran tepung gandum, tepung jagung dan serbuk cili. Gorenglah sehingga ia menjadi kekuningan.

Isi ayam goreng boleh juga nak dipotong atau tidak dipotong juga tak mengapa. Ia mengikut selera masing-masing. Kemudian sumbatkan ke dalam roti yang telah dipotong dua seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

bahan ayam

Ayam goreng

resepi kebab ayam sedap

Seterusnya, masukkan sayur seperti salad, tomato, kubis yang telah dipotong halus. Masukkan mayonis, sos cili, sos keju atau apa-apa sos mengikut selera anda. Siap.

kebab ayam resepi

Sungguh, rasanya persis berada di negara Timur Tengah iaitu Arab.Dah cuba buat pasti tahu apa yang dikata ini adalah benar atau dusta semata-mata. Resepi kebab ayam homemade simple ini umpama makan kebab Arab punya.

Semoga perkongsian resepi kebab ayam simple ala-ala kebab Arab dari Ustaz Farid Rashidi ini akan memudahkan anda untuk menyediakan makanan ini dengan cepat dan segera. Semoga Ramadhan kali ini juga adalah yang paling baik dari sebelumnya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog